"Ya Allah Am!"
Asad dikejutkan dengan keadaan sang adik yang sedang meringkuk di atas katil. Segera kakinya mendekat ke arah Am.
"Am kenape ni?" Soal Asad cemas.
Anak itu masih juga setia meringkuk membelakangi abangnya yang sedang cemas. Darah segar mengalir keluar dari arah hidungnya tanpa henti. Dengan paksaan tubuhnya diputar menghadap abangnya.
"Am!" Asad semakin cemas saat melihat keadaan Am sekarang. Tubuh dingin Am disentuh membuat Asad semakin ketakutan.
"Uhuk!!" Kali ini darah segar itu keluar dari mulut Am. Melihat keadaan sebegitu Asad kemudian angkat lalu memanggil Atin. Ya adik perempuan nya satu itu doktor. Dia segera berlari ke arah bilik Atin.
"Angah.. Huh.. To.. Tolong along." Nafas nya terengah saat sampai ke muka pintu bilik Atin.
"Kenape along? Along sakit ke? Along demam? Along-"
"Am. Tolong dia. Darah."
Atin masih blur. Tanpa berlengah tangan si adik ditarik ke bilik Am. Pada mulanya saat melihat keadaan Am yang berlumuran darah itu Atin membeku dan terkejut seketika. Apa yang berlaku? Ada apa dengan dia? Pikir Atin tanpa henti.
"Angah.. Pa kite nak buat ni?" Panik Asad.
"Laa ingatkan sape lah sakit sampai along cemas camtu. Rupenye budak sial ni."
"Dalam keadaan macam ni boleh tak angah jangan selfish." Tenungan tajam dari Asad membuat kaki Atin berjalan ke arah Am yang sedang menahan sakit. Wajahnya sudah memucat. Bibirnya mulai membiru.
Atin mula mengecek setiap nadi Am. Dia tergamam seketika. Mengapa nadi dia selemah ini? Apa sebenarnya sakit dia ni?
"Bawak dia pergi hospital kalau taknak mayat dia berbau bangkai kat rumah ini." Sinis dan tajam.
"Ya Allah istighfar angah-'
"Tak..takpe long.. Am bo..boleh ta..tahan. Am cuma pe..penat."
Atin terdiam. Separuh kata hati nya ingin membantu manusia di depan nya kini. Separuh lagi kuat mengatakan tidak. Dipandang nya lekat wajah Am.
"Uhuk!" Sekali lagi dengan malang darah segar mengalir keluar dari arah hidung dan mulutnya.
"Am!" Panik Asad melihat keadaan Am sebegitu.
"Apa yang ribut2 ni?" Soal Tengku Fendy.
Am sudah kecut perut. Segera dia meminta maaf. Atin tergamam.
"Eh kenape dengan budak ni? Heh kalau kau ada penyakit yang jijik tu jangan kau pijak rumah aku ni. Aku taknak anak2 aku terjangkit dengan kuman kau tu. Jangan kotorkan rumah aku ni."
Sakit yang dirasa Am kini tidak sesakit yang dirasakan hatinya.
"Ma..maaf yah. Na..nanti Am ke..kemas. Am jan...ji uhuk!. Am tak..kan ko..kotorkan ru...mah a..yah."
Asad sudah tidak tahan. Tubuh kurus sang adik diangkat lalu dimasukkan ke dalam kereta. Segera keretanya dihidupkan.
"Ergh.."
"Am sabar Am."
Segera Am dibawa ke emergency. Am digendong oleh Asad saat ini.
"Anybody help!"
Segera seorang doktor lelaki dan dua orang nurse perempuan mendekati Asad.
"Cepat bawak dia ke room emergency sekarang!" Perintah doktor itu.
Am segera dimasukkan ke dalam emergency room. Asad sudah bergetar.
"Apa dah jadi kat kau ni dek."
YOU ARE READING
Kenangan Terindah
Fiksi Remaja💕💕💕💕 Hanya kerana secebis kemaafan dia sanggup melakukan apa sahaja sehingga nyawa dipertaruhkan. Hidupnya dipenuhi dengan kebencian orang disekelilingnya. Kebencian seorang ayah kebencian seorang abang dan kakak kepadanya. Namun kebencian itu m...