"Kau buat apa kat sini?"
Seketika dunia Am seakan terhenti saat mendengar suara yang sudah lama dia rindukan.
"Along-"
"Takde tempat lain dah? Kat sini jugak kau nak tunjuk muka kau?"
"Maaf.."
"Heh kau tak layak untuk aku maafkan. Berambus je dari hidup aku itu dah memadai."
"Izinkan Am tinggal kat sini dua minggu je long. Lepastu Am janji Am tak kan kacau hidup along."
"Muak aku dengan orang macam kau ni! Aku tak nak kotorkan tangan aku nak tumbuk muka jijik kau."
"Kalau itu buatkan along puas hati Am sanggup."
"Berambus sebelum kesabaran aku menipis."
Kolar baju Am digenggam kuat.
"Along!"
Segera baju Am dilepas.
"Adik along dah balik ye?"
Atin mengangguk. Perlahan Am kembali semula ke biliknya.
"Penat tak? Nak makan kat luar tak? Along belanja."
"Ermmmm..." Atin tampak berfikir panjang.
"Nak makan masakan along!!"
Asad terkekeh. Rambut Atin diusap.
"Haa iyalahhh. Along masak ye."
Atin melompat girang membuat Asad ketawa.
Di balik pintu bilik itu seseorang sedang tersenyum bahagia saat melihat orang yang lama sudah tidak dia ketemui kini berada di hadapan dia. Walaupun dia tahu kedatangan nya tak mungkin diterima tetapi dia bersyukur melihat Asad. Itu sudah memadai baginya.Sedang Am asyik tersenym sambil bersandar di pintu biliknya, tiba2
Deg!!!
Tangan kanan nya meremas kuat dada kirinya. Nafasnya mulai memendek. Makin kuat dada nya diremas makin dia sukar untuk bernafas.
"Uhuk!! Uhuk!! Erghhh.." Darah segar itu keluar tanpa diminta oleh nya.
Bahagian pinggang nya terasa seakan ditusuk pisau. Bahagian dada nya pula semakin menyiksanya. Seluruh tubuhnya pula bergetar hebat. Perlahan Am merangkak menuju ke arah laci meja nya. Membuka satu kotak first-aid yang sudah disediakan khas oleh Atin untuknya. Injection diambil perlahan dia menyuntik bahagian lengan nya sendiri. Perlahan tubuhnya meluruh tanpa suara sedikit pun dikeluarkan walau sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Am tahu dia perlu berjuang sendiri saat ini. Dia tidak mungkin mengganggu masa lapang Atin dan tak mungkin Asad perlu tahu penyakitnya.
"Jika ini caranya dapat lihat mereka tersenyum ya Allah, Am sanggup. Erghh, ya Allah aku tak akan mengeluh akan ujian Mu, akan tetapi i...izinkan Am lihat mereka tertawa dengan puas. Izinkan Am li..hat mereka bahagia. Am nak lihat along,angah dan ayah dengan puas walaupun Am dipandang jijik,hina oleh mereka sekalipun Am sudi. Allah, bahagiakan mereka yang Am sayang. Erghh, ya Allah sesakit ini kah hati mereka saat Am rampas semuanya dari mereka? Jika begini rasanya berilah Am sepuasnya rasa sakit ini... Uhuk!!"
Telapak tangan nya sudah basah dipenuhi darah nya. Perlahan rasa sakit itu menghilang pergi. Bibirnya biru itu kini merah dihiasi darahnya sendiri. Baju yang dipakai nya saat ini dibuka perlahan kemudian diguna untuk mengelap darah nya yang mengotori lantai bilik itu. Setelah selesai semuanya Am menganti baju nya kemudian perlahan kaki nya diatur menuju meja belajarnya. Satu kertas kecil berukuran segi empat diambil kemudian dia menulis sesuatu. Setelah selesai, kertas itu dilipat kemudian dijadikan origami burung lalu disimpan di dalam bekas yang sudah diisi dan dipenuhi origami burung itu.
Saat Am hendak memakan ubatnya tiba2 pintunya dibuka kasar.
"Along buat ap-"
Bugh!! Bugh!! Tumbukan demi tumbukan hinggap di wajah Am.
"Maaf long, Am min..minta maaf-"
"Kau cakap kat aku! Kau dah buat apa kat Mai?! Kau tinggalkan dia kan?! Dia menangis disebabkan kau sial!!"
"Tak Am tak buat apa2 Am-"
Brughhh!! Brughhh!! Tendangan Asad mengenai perut dan dada Am.
"Uhuk!! Uhuk!! Uwekk!! Erghhh.. Ma..maaf long..."
Seketika Asad terpaku melihat darah yang dimuntahkan oleh Am.
"Maaf, Am bersihkan... Ma...maaf, erghh.." Perlahan erangan nya ditahan. Am tahu Asad benci mendengar erangan nya. Asad masih terpaku.
Am perlahan membuka baju nya lagi sekali untuk membersikan darahnya. Lagi sekali pintu bilik nya dibuka kasar. Kali ini menampakkan sosok tubub tegap lelaki berusia 40-an.
"Apa bising2 ni?" Soal Tengku Fendy.
Am sudah telan ludah. Kini sakit di dada dan perutnya terpaksa ditahan melihat ayahnya.
"Kau lagi?"
Bughh! Bughh!! Plak!! Plak!! Bugh!! Brugh!!! Tumbukan demi tumbukan, tamparan demi tamparan, dan akhir sekali tendangan ia dapat dimuka. Am lemah dilantai bilik itu. Akan tetapi perlahan dia mengangkat lalu berlutut di hadapan Tengku Fendy.
"Ma.. Ma..af yah.."
"Kau bukan anak aku sampah. Jijik!" Singkat dan padat tapi mampu membuat hati anak itu luluh.
"Ma..ma..maaf Tuan.."
Akan tetapi baru sahaja Tengku Fendy hendak menampar Am tiba2.
"AYAH!"
YOU ARE READING
Kenangan Terindah
Teen Fiction💕💕💕💕 Hanya kerana secebis kemaafan dia sanggup melakukan apa sahaja sehingga nyawa dipertaruhkan. Hidupnya dipenuhi dengan kebencian orang disekelilingnya. Kebencian seorang ayah kebencian seorang abang dan kakak kepadanya. Namun kebencian itu m...