Bab 25

5.2K 214 3
                                    

💕💕💕💕💕
Haruman harum masakan membangunkan Maisara dari mimpi yang dibilang tidak begitu indah. Perlahan kaki Mai menuruni anak tangga rumah itu. Dilihatnya kelibat Am yang sedang berkutat di dapur. Nasib Mai agak malang apabila dia ditangkap pandang oleh Am.

"Mai jom makan."

Tidak dibohongi Mai sedang lapar saat ini. Perlahan dia mengambil tempat di hadapan Am. Wajah Am tidak ditatap. Suapan demi suapan masih tidak ada suara antara mereka.

"Aku janji aku tak kan sentuh kau. Aku janji aku akan pulangkan hak kau semula. Kau tak perlu risau. Perkahwinan kita atas dasar kertas sahaja. Maafkan aku Mai dah hancurkan kebahagian kau. Aku janji ini akan jadi kali terakhir kau melepak bersama aku kat rumah ni. Maafkan aku Mai."

Mai tidak menyahut. Matanya masih lekat memandang wajah pucat yang sedang menunduk di haadapan nya kini. Matanya sayu seakan dunianya kosong. Wajah nya pucat. Bibirnya membiru. Lingkaran matanya memerah.

"Aku kenyang." Mai hendak angkat tetapi tangan terlebih dahulu ditahan oleh Am.

"Mai bagi aku empat bulan Mai. Cukup empat bulan aku akan lepaskan kau. Aku akan hapuskan setiap data perkahwinan kita. Aku akan kembalikan status kau yang dahulu. Aku janji Mai."

Mai menatap sepasang mata sayu itu.

"Baiklah aku beri kau masa empat bulan tu. Selepas dari empat bulan kau tak lepaskan aku, aku sendiri tuntut cerai."

"Aku setuju Mai. Terima kasih."

"Hidung kau..." Mai terkejut saat cairan merah pekat mengalir dari ronga hidung Am.

"Maaf. Kau masuk lah bilik dulu. Aku nak kemas dapur." Am berucap sambil menutup hidungnya.

"Sungguhpun aku benci kau jangan sesekali sakit dihadapan aku jangan sesekali mati dihadapan aku. Sebab... Aku tak sanggup tengok sahabat yang aku kenal sejak kecil menderita di depan mata aku." Monolog hati kecil Mai.

Mai kembali ke biliknya. Sedangkan Am tangan nya begetar menahan sakit yang menyerangnya saat ini. Mata nya terpejam kuat. Ubat nya ditelan rangkus tanpa setitis air. Tulang belakang nya terasa ngilu. Darah di hidung tidak henti2 mengalir.

"Ergh... Sakit ya allah.." Perlahan kaki Am melemah dan dia bersandar di balik dinding dapur itu berharap agar sakit di tubuhnya itu segera hilang.

💕💕💕💕💕
"Dek, abang lama dah tak tengok Am lepak ngan adek."

"Biarlah dia."

"Adek gaduh dengan Am ke?"

Airil terdiam.

"Kenape?" Soal Aziz lagi.

"Dia bukan sahabat yang adek kenal bang. Dia berubah. Dia hancurkan kebahagian Mai."

"Ya allah ape ni? Sebenarnye-"

Bunyi ketukan pintu menghentikan ucapan Aziz.

"Hi doktor Aziz. Saya ganggu ke dok?"

"No. Masuklah lagi pun saya dah nak balik." Airil bangkit dari tempat duduknya.

Airil yang melihat Atin masuk terus mengemas tempatnya dengan gelabah. Hal itu dapat Airil tangkap. Airil sudah smirk.

"Actually why i feel something fishy right here? Oh bro i got you! Haha! And doktor Atin kan?" Soal Airil sambil membaca tag nama Atin.

Atin tersenyum dan mengangguk. Aziz pula sudah gelabah. Dia tahu adiknya itu akan mengenakannya.

"Boleh tak saya panggil kak Atin?"

"Sure. Why not." Balas Atin riang.

"Kak. Jangan cantik sangat. Nanti ada yang tak tidur malam." Usik Airil lalu meninggalkan ruangan itu.

Tawanya terhenti saat melihat seseorang yang amat dia kenali.

"Rel. Kau apa khabar? Lama aku tak jumpa kau." Soalnya penuh gembira.

Airil masih lekat memerhati Am dari atas ke bawah. Tubuh sahabatnya itu terlihat sangat kurus. Muka nya pucat bagaikan tidak bernyawa. Bibirnya membiru itu tidak lelah menguntum senyum.

"Aku baik." Airil segera ingin pergi akan tetapi tangan nya ditahan Am.

"Apa lagi kau nak?"

"Maafkan aku Rel."

Airil tersenyum sinis.

"Lebih baik kau minta keampuanan kat Allah supaya kau mati tak seksa sangat sebabnya kau dah buat kawan kau sendiri menderita. Aku bukan apa. Just kesian kat kau. Dah lah menderita kau dunia nanti menderita pulak masa mati-"

"Enough Airil! Are you out of your mind?! Abang tak pernah ajar Airil macam ni."

💕💕💕💕💕
Sebelumnya..

"Atin saya nak kejar adik saya dulu sebab dia tertinggal phone dia. Awak duk sini kejap ye nanti saya datang balik."

"Okay no problem."

Keluar sahaja Aziz dari pintu ruangan nya dia tersenyum lebar saat melihat Am sedang berbual dengan Airil. Tapi sekejap. Ada sesuatu yang tak kena. Am tersenyum kecut dan sesekali menunduk. Perlahan kaki Aziz mendekati mereka. Dan sehingga lah dia terdengar suara Am yang makin meninggi.

"Lebih baik kau minta keampuanan kat Allah supaya kau mati tak seksa sangat sebabnya kau dah buat kawan kau sendiri menderita. Aku bukan apa. Just kesian kat kau. Dah lah menderita kau dunia nanti menderita pulak masa mati-"

"Enough Airil! Are you out of your mind?! Abang tak pernah ajar Airil macam ni."

💕💕💕💕💕

"Eh abang Aziz. Hahaha tadi kami hanya bergurau. Tadi Am datang sini sebab baru lepas kemo and tebus ubat. Kalau macam tu Am minta diri dulu bang. Assalamualaikum."
Tangan Aziz disalam.

Kemudian dia menghulur tangan ke arah sahabatnya akan tetapi dibiar sepi. Tanpa berlengah lagi Am terus melangkahkan kaki nya menyisakan dua beradik itu.

Aziz memandang tajam ke arah adiknya. Telefon Airil yang dipegang Aziz kini bertukar tangan.

"Kita akan bincang hal ni di rumah." Tegas Aziz sambil meninggalkan adiknya yang masih mematung.

Kenangan TerindahWhere stories live. Discover now