Selepas melawat di hospital, Am memberanikan dirinya untuk singgah di rumah besar keluarganya itu. Sebaik sahaja kehadiran nya oleh orang gaji nya dia disambut baik oleh mereka. Kebetulan hujan semakin melebat di luar. Jadi dia berniat untuk berteduh memandangkan di rumah tiada sesiapa.
"Oh ya mak Nab. Am pergi naik atas jap ye nak ambik barang yang tertinggal."
"Ye. Ye." Mak Nab sedang sibuk memasak.
Am menaiki anak tangga dengan laju. Saat dia melewati bilik sang abang dia terdengar sesuatu membuat langkahnya terhenti.
"Uhuk! Uhuk!" Batuk itu semakin kedengaran.
Pintu tidak terkunci. Am membuka perlahan pintu bilik itu. Pandangan pertama dapat ditangkapnya ialah gelap. Tangan nya meraba dinding mencari suis lampu bilik abang nya itu. Setelah menemukan suis bilik itu segera Am menekan nya dan keadaan abang nya yang dilihatnya sedang berselimut tebal menutupi seluruh tubuh abangnya. Dengan cemas Am mendekati Asad.
"Ya allah along! Along? Along tak ape2 ke? Along demam ke?"
"Diamlah kau! Uhuk!" Tolakan Asad mampu membuat tubuh kurus itu jatuh dari katilnya.
"Along, mana ubat along? Along tunggu jap ye Am cari ubat untuk along."
Segera dia berlari ke arah dapur mencari keberadaan Mak Nab.
"Mak Nab. Mak Nab. Ubat ada tak? Ubat demam? Panadol?" Soal Am cemas.
"Kenape? Siapa yang sakit? Am ke?"
"Tak. Along. Ada tak mak nab?"
"Jap mak Nab cari jap."
Am menunggu tidak sabar. Dia risau.
"Mak nab rasa dah habis dah Am."
"Takpe biar Am pergi belikan."
"Am kat luar hujan."
Anak itu terus keluar meredah hujan yang lebat itu. Am mencari cari kunci motor big bike nya.
"Ya Allah mana aku letak? Arghh takde masa ni. Farmasi pun dekat." Segera kaki panjang nya itu melaju berlari ke arah farmasi yang berdekatan. Walaupun mengambil masa dua puluh minit Am tetap nekad.
Dengan nafas yang tidak teratur akhirnya dia sampai ke farmasi. Ramai yang memandangnya dengan pandangan yang pelik. Setelah mendapatkan ubat untuk abangnya dia kembali berlari menuju ke rumah besar itu semula.
"Ya allah! Astarghfirullah al azim! Am apa am buat ni am?!"
"Mak nab. Along okay?"
"Dalam keadaan macam ni risaukan diri kamu dulu."
"Mak nab dah buatkan bubur yang saya suruh?" Soalnya lagi tanpa memperdulikan soalan mak nab.
"Dah mak nab dah sediakan bubur itu dengan air suam sekali."
Segera dibawanya ke bilik abangnya.
"Along bangun long.."
"Apa lagi kau nak?"
"Kalau nk marah nak pukul ke nak tampar ke along buat lah lepas ni. Tapi along mesti makan ubat dulu."
Mahu tidak mahu perlahan Asad bangun cuba mendudukkan dirinya. Suapan bubur dari Am juga tidak ditolak kerana sejujurnya tubuh benar2 tidak dapat diajak bekerja sama. Setelah 4 suapan Asad sudah tidak mahu meneruskan lagi. Dua biji ubat yang dibeli di farmasi tadi dimakan oleh Asad. Am membantu Asad untuk baring semula.
"Kenape kau basah2 ni?" Soal Asad.
"Tadi..."
"Jangan cakap yang kau meredah hujan lebat kat luar tu."
Am hanya menunduk.
"Maaf long saya-" sekali lagi dengan malang darah mengalir dari hidung mancung lelaki itu.
"Kau?.." Lidah Asad kelu.
Segera Am mengelap darahnya.
"Am balik dulu long. Jangan lupa makan ubat along."
"Bodoh! Kenapa kau bodoh sangat! Aku tak suruh pun kau buat semua ni!"
"Am minta maaf long."
Segera Am keluar dari bilik Asad. Tubuh nya tidak bekerjasama dengan nya saat ini. Dia perlu pulang.
"Am! Ni haa kunci motor kamu. Kamu tinggalkan kat dapur tadi. Sebelum tu mandi lah dulu tukar baju nanti kamu demam. Lagi pun hujan masih kat luar tu." Pujuk Mak Nab kepada anak majikan nya itu.
"Takpelah Mak Nab. Am balik dulu ye. Assalamualaikum." Segera tangan tua itu disambut cermat dan disalam nya.
Dengan perlahan big bike milik nya dibawa perlahan. Matanya mulai mengabur. Kepalanya memberat. Dia berharap bahawa dia akan sempat sampai di rumah miliknya. Doanya termakbul. Am sampai di rumah miliknya dengan selamat. Perlahan dia berjalan. Pintu rumah itu diketuk. Pandangan nya makin lama makin mengabur. Perkara terakhir yang dilihat nya adalah seseorang menghampirinya.
"Am!!!"
YOU ARE READING
Kenangan Terindah
Teen Fiction💕💕💕💕 Hanya kerana secebis kemaafan dia sanggup melakukan apa sahaja sehingga nyawa dipertaruhkan. Hidupnya dipenuhi dengan kebencian orang disekelilingnya. Kebencian seorang ayah kebencian seorang abang dan kakak kepadanya. Namun kebencian itu m...