"Gila si psycho ni. Mampuih aku lagu ni. Hang memang gila. Dasar playboy! Tengok muka ja dah agak dia ni buaya tak darat. Kurang asam betul dia ni duk ngaku aku ni girlpren. Hang tunggu nasib hang. Hang tak tau lagi Maisara ni sapa." Mai sudah sumpah seranah mamat dihadapanya kini.
Usai menghantar Asad di hadapan rumah, mai kembali ke ruang tamu yang sudah dihuni oleh abang2nya dan ibunya.
"Mai boleh jelaskan. Sebenaqnya.."
"Abang setuju Mai!" Tiba2 isyam bersuara.
"Abang pun sama Mai. Tak sangka betoi taste hang ni tinggi jugak Mai." Usik Irsyad.
"Mak pun kenan jugak dengan Asad tu Mai."
"Anybody. Please let me explain."
❤❤❤❤❤
Kring!!!! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula.*rooftop sekolah*
"Mai muka kau dah macam najib tak bagi brim je Mai. Kau dah kenape? Hahaha." Usik Airil saat melihat muka ketat Mai."Muka dia dah boleh buat getah dah." Lagi kali ini usikan daripada Amir.
"Semalam ada mamat psycho tahap dewa ikut aku balik rumah siap duk ngaku aku ni girlpren dia." Adu Mai.
"Sampai macam tu sekali. Kau kenal ke Mai?"
Soal Airil ."Sumpah aku tak tau. Dia tak habaq pulak dia asal mana. Nama penoh dia apa."
"Wow. Giler terer kau sampai fans kau ikut kau balik." Usik Amir lagi.
Airil dan Amir ketawa membuat Mai geram. Diambilnya beg berat miliknya kemudian dihempuk kuat ke arah Amir.
"Uhuk! Uhuk!" Hentaman Mai tepat mengena dada Amir.
Airil sudah panik. Mai terkejut. Dia tergamam. Dia tidak sengaja. Batuk Amir masih kdengaran malah lebih teruk. Hidungnya mulai mengalirkan cecair bewarna merah. Mai lupa akan satu hal bahawa sahabatnya itu memang mempunyai tubuh yang lemah sejak kecil. Kini tubuh Amir yang bersandar di badan Airil bertukar dengan Maisara. Airil sedang sibuk mencari sesuatu di dalam beg milik Amir.
"Aku mintak maaf Am. A..aku tak sengaja."
Tangan Am yang meremas dadanya digenggam erat. Senyuman diberikan kepada Mai.
"Ta..takpe lah.. Aku mii..mintak maaf se..bab usik kau. Uhuk!"
"Cepat Rel." Desak Maisara. Dia panik.
"Dah jumpa!"
Sebotol kecil bewarna putih dikeluarkan. Dua biji panadol dimasukkan ke dalam mulut Am. Mai sudah menangis teresak melihat Am sedang meringkuk menahan sakit.
YOU ARE READING
Kenangan Terindah
Teen Fiction💕💕💕💕 Hanya kerana secebis kemaafan dia sanggup melakukan apa sahaja sehingga nyawa dipertaruhkan. Hidupnya dipenuhi dengan kebencian orang disekelilingnya. Kebencian seorang ayah kebencian seorang abang dan kakak kepadanya. Namun kebencian itu m...