Bab 15

4.7K 221 4
                                    

"Apa yang mak tok kau cakap Am?" Soal Airil sesampai sahaja masuk ke bilik rawat sahabatnya itu.

Ptakk!

Kepala Airil dihempuk kuat mengunakan buku rekod hospital yang dipegang Aziz.

"Am baru je bangun dek. Jangan lah macam tu."

"Maaf bang."

"Rel..." Suara serak milik Amir meleraikan petengkaran kedua beradik itu.

"Ye Am? Kenape? Mana yang sakit?"

"Buka.." Airil tahu apa yang dimahukan Amir. Ditatapnya wajah sang abang meminta keizinan.

"Am.. Am baru je sedar. Tak boleh buka masker ni." Pujuk Aziz.

"Bang kesian kat dia."

"Rimas.." Lagi suara serak itu memilukan hati Aziz.

"Kalau macam tu abang pasang nasal cannula ye?"

Am hanya mengangguk samar. Setelah kepergian Tengku Khadijah semalam tiba-tiba anak itu mengalami sesak nafas yang teruk.

"Am.. Abang ada benda nak disampaikan. Berita baik dan tak baik. Nak dengar yang mana dulu?"

"Berita tak baik."

"Okay. Am dengar baik2 ye apa abang nak cakap ni. Abang nak Am sabar walau apa pun."

Am mengangguk mantap. Airil terlihat fokus mengupas buah apple untuk Am akan tetapi telinganya masih setia mendengar. Hembusan kasar Aziz terdengar.

"Am. Am tahukan jantung Am tak sihat. Am tak boleh letih2. Am tahukan kelainan jantung ni bukan benda main. Belom lagi dengan paru2 Am. Abang dah cakap berapa kali dah Am. Dari stage one dah masuk ke stage two dah ni. Am, am anggap kanser paru2 Am ni satu benda yang boleh Am main ke? Am. Its cancer. Kenape tak pernah jaga kesihatan Am? And lastly buat abang kecewa ginjal Am. Am, am hidup dengan satu ginjal tau. Please Am. And abang kesan ada sesuatu yang ganjil pada darah Am. Abang dah buat pemeriksaan kat lab and tunggu result keluar."

Hening. Mahu Airil juga terdiam mendengar penjelasan doktor itu. Amir tersenyum.

"Uhuk! Uhuk!" Batuk kedengaran.

Segera Airil duduk di samping ranjang milik Am. Mengurut pelan dada kiri kawan nya itu.

"Maaf. Abang terlebih kat Am." Aziz mula merasa bersalah saat melihat Amir begitu. Tidak sepatutnya dia beremosi sedikit terhadap remaja itu.

"Tak.. Am yang lemah. Maaf." Ucapnya payah.

Airil masih setia mengurut dada kiri sahabatnya itu.

"Nak dengar berita baik tak?" Aziz cuba mencairkan suasana.

Am mengangguk mantap.

"Am dah boleh balik. Besok Am diperboleh balik."

Am tersenyum girang.

Tiba2 ketukan di pintu itu membuat ketiga lelaki itu menoleh.

"Along.." Suara serak itu terdengar gembira.

"Along ganggu ke?"

Gelengen ketiga lelaki itu membuat Asad ketawa.

"Bro. Apa macam adik aku hari ni?"

Amir dan Airil kehairanan.

"Dia okay. Esok dia dah boleh balik. Semalam kau kalah teruk. Hahaha apa lagi belanja ler."

"Ala nasib je tu. Ye aku tahu janji tetap janji."

Airil dan Amir masih terdiam.

"Adik along lapar tak ni?"

Anggukan lemah Amir berikan.

"Nah abang belikan bubur ayam mushroom ni."

Amir tersenyum mengusik Airil.

"Nah rel. Abang belikan pizza untuk Airil. Mesti penatkan jaga adik abang ni."

Kali ini Airil pula tersenyum evil. Dia tersenyum kemenangan. Amir hanya ketawa.

"Along tinggal jap ye? Along keluar jap dengan doktor Aziz ni."

"Ye bang.." Jawab Amir.

Kini tinggal lah Amir dan Airil di ruangan itu. Amir dengan bersusah payah cuba untuk mengangkat badan nya. Melihat itu segera Airil membantu.

"Kalau tak dapat cakap lah." Bebel Airil seraya membantu Amir bersandar.

"Aku dah banyak susahkan kau."

"Apa kau cakap ni. Tak pernah kau susahkan aku. Kalau hari ni kau tak boleh buat sendiri tak bermakna esok kau tak boleh buat." Airil masih fokus mengatur kedudukan sahabatnya itu agar Amir merasa selesa.

"Kalau mungkin tak ada esok buat aku?"

Gerakan tangan Airil terhenti.

Kenangan TerindahWhere stories live. Discover now