Bab 12

4.5K 219 6
                                    

Setelah sebulan berlalu keadaan Am semakin membaik. Bulan puasa juga tiba membuka tirai baru. Azan berkumandang menandakan waktu berbuka. Setelah meneguk segelas air putih dan tiga biji kurma Amir kembali ke bilik untuk menunaikan solatnya.

Ketika diakhir solatnya Am menghadiahkan segulung doa kepada Nya. Setelah selesai niatnya untuk kembali ke meja makan dibatalkan saat dia melihat pemandangan dari tingkat atas rumah itu. Dia melihat kakak, ayah dan abangnya sedang ketawa di meja makan. Dilihatnya wajah kakaknya yang terlihat bahagia itu. Mana mungkin dia akan mengganggu kebahagian itu.

"Am? Kenape tak ikut sekali dia orang?" Soal Mak Nab mengejutkan Am.

"Takpelah Mak Nab. Bagi Am kepuasan mereka adalah kebahagian Am. Am masuk bilik dulu ye Mak Nab."

Mak Nab mengangguk dan tersenyum.

Dibalik tawa mereka dalam diam Asad memerhatikan Amir sejak dari tadi. Niatnya ingin memanggil adiknya itu tetapi terbatal saat Mak Nab menghampirinya.

"Apa yang along lamunkan tu?" Soal Atin sengaja menghentikan lamunan abang nya itu.

"Takde pape lah angah-"

"Angah tau yang along tengah fikirkan budak sial tu. Entah apa lah yang dia berikan kat along sampai along ikut setiap telunjuk dia."

"Atin stop it." Asad sudah benar2 marah jika nama Atin sudah keluar dari mulutnya.

"Okay fine. Ikut along lah. Tapi ingat angah cuma nak ingatkan. Jangan me-nye-sal." Ucapnya penuh penekanan lalu meninggalkan Asad dan ayahnya di meja makan itu.

"We need to talk As."

"Just talk."

"Stop bela budak tu. Stop buat Atin terluka dengan sikap As ni. As dah janji kan dengan dia dulu akan ada dengan dia setiap masa."

Asad terdiam. Terluka? Benarkah dia telah melukakan hati adiknya yang satu itu? Di sisi lain dia tidak mahu egois untuk membenci Amir tapi di sisi lain janji nya pada Atin masih utuh dan kekal dalam ingatan nya. Dia buntu.

💕💕💕💕💕
Dua biji ubat berlainan ditelan rangkus oleh Am. Dada nya diremas kuat. Perut nya semakin menyiksa seakan ditusuk oleh pisau tajam. Tubuhnya begetar hebat.

"Sakit.. Ergh.." Erang nya tertahan.

"Am?" Suara Asad diluar pintu kedengaran.

"Am along masuk ni." Tanpa izin Asad terus melangkah kaki ke dalam bilik kecil adiknya itu.

Pemandangan pertama ia lihat adalah kegelapan. Tangan Asad mula meraba membuka lampu bilik itu. Setelah suis dibuka Asad dikejutkan dengan keadaan Amir.

"Ya Allah Am!"

Kenangan TerindahWhere stories live. Discover now