(BERBAHAGIALAH) -Tamat-

8.2K 351 75
                                    

Sekali lagi bacaan talkin kedengaran di telinga Tengku Fendy,Atin dan Asad. Air mata mereka jatuh seiringan dengan alunan bacaan ayat yassin. Kini tubuh yang selama ini menjadi korban,hati yang selama ini sering disakit, dihina dan dibuang kini sudah terkubur bersama tanah. Tiada lagi senyum tersirat seribu luka itu. Tiada lagi pandangan mata yang redup menyimpan seribu beban.

Kini perlahan orang yang hadir beransur pulang. Masing2 mengucapkan takziah kepada Tengku Fendy dan sekeluarga. Aziz dan Airil juga beransur pulang setelah berpamitan dengan Tengku Fendy,Atin dan Asad. Setelah itu Mai pula meminta izin untuk pulang memberi ruang kepada keluarga itu.

Asad masih terduduk di hadapan kubur milik Am. Diusap nya lembut batu nisan Am.

"Hah.. Macam ni ke rasa ucap kata maaf berulang kali tapi tak diendah kan? Betul sakit dek. Tapi kali ni along tak nak ucap maaf dah." Seketika Asad membiarkan air mata nya jatuh. Batu nisan digenggam nya kuat. Atin merangkul Asad erat bagi menenangkan nya.

"Tengku Fakhrul Amirullah Bin Tengku Fendy. Ayah, nama ni As baru dapat lihat sepenuhnya Yah."

Asad yang paling tertampar di saat ini. Tengku Fendy memujuk Asad untuk pulang kerana hujan sudah mulai membasahi bumi.

"Dek, along pergi dulu tau. Nanti along datang jenguk lagi. Bye." Batu nisan itu dikucup lama dan penuh kasih sayang seolah batu nisan itu adalah Am.

"Penyesalan itu selalu datang pada akhirnya. Kerana apa? Kerana rasa itu adalah satu hukuman buat mereka yang telah melakukan sesuatu tanpa berfikir. Sekeras apa pun kita menolak dan merancang akhirnya kita kalah jua dengan takdir. Bahagia itu sederhana. Bukan harta yang dipinta. Bukan martabat yang diinginkan. Akan tetapi secebis kasih sayang mampu membuat bahagia sebesar dunia. Jadi hargailah mereka sebelum mereka dihargai olehNya."

2 tahun kemudian....

"Aku nikahkan dikau Megat Aziz Iskandar dengan anak ku Tengku Fatin Arisa Binti Tengku Fendy berwalikan aku bapanya dengan mas kahwin sebanyak lima puluh ribu ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Tengku Fatin Arisa Binti Tengku Fendy dengan mas kahwin sebanyak lima puluh ribu ringgit tunai."

"Sah!"

"Sah!"

Disinilah mereka semua di tempat yang sama setiap tahun.

"Dek, tengok ni ada orang dah kahwin..." Usik Asad kepada Atin dan Aziz.

"Yelah tu dek, kita orang okay dah kahwin. Orang tu masih tak kahwin2 lagi dek." Kali ini Atin pula membidas Asad membuat Asad terbatuk.

"A'a lah Am. Along kau masih jauh lagi sebab dia tengah tunggu Am orang tu tengah sambung study. Nampak nya kahwin tua lah along kau ni. Tapi kan kalau kau nak tengok along kau bahagia aku boleh je kahwin dengan along kau."

Cuppp!!!! Pipi Asad dicium tanpa izin.

"Sini kau! Kurang ajar si gay ni! Sini kau aku cium kau betul!"

"Abang tolong!!!"

Atin dan Aziz tertawa melihat gelagat mereka berdua. Setelah itu mereka pun berpamitan kepada Am untuk pulang. Baru beberapa langkah Aziz melangkah tiba2 angin menerpa ke arahnya.

"Bang jaga dia. Dia cantik sangat harini. Terima kasih."

Langkah kaki Aziz terhenti. Dia terkejut dan tergamam. Kemudian senyum nya mengembang.

"Awak tak nak balik ke?" Soalan Atin menghentikan lamunan Aziz. Aziz segera berlari anak mengejar langkah Atin. Tangan Atin digenggam nya erat kemudian dicium nya lembut.

Asad melihat dari kejauhan kemesraan adiknya. Kebahagian itu tak kan tercipta jika bukan kerana dia. Ya dia.

"Tengku Fakhrul Amirullah. Terima kasih dek. Terima kasih sebab hadir dalam hidup along. Sampai jumpa nanti dek. Berbahagia lah di sana."

Tamat!!!! So macam mana gais? Last chap ni macam ada bosan sikit kan? Maafkan sis sebab lambat update dan buat korang tertunggu2 🙇. Maafkan kalau membosan kan sebab kekeringan idea. Dan terima kasih sebab sudi baca novel tak seberapa ni. Thanks juga sebab yang selalu support sis tak henti2 tu. Much love for you gais!!!❤❤❤❤❤. Happy reading!!!

Kenangan TerindahWhere stories live. Discover now