Bab 27

5.2K 238 3
                                    

Mai masih duduk termenung di hadapan televisyen rumah itu. Ibu jari kukunya digigit.

"Bodoh betul! Kenape kau buat die macam tu kesian kat fika tu eeee."

Tengah kusyuk melayan drama Jangan Benci Cintaku itu tiba2 bunyi ketukan pintu perlahan dia dengar.

"Haish kacau betul." Dengan segera kaki nya dibawa menuju ke arah pintu. Sebaik sahaja pintu utama rumah itu dibuka dan bruk!!!!

"Am!!!"

Tubuh kurus itu tepat jatuh dihadapan nya.
Segera Mai mengatur kepala Am agar dapat dipangku nya.

"Am. Bangun. Apa jadi kat kau ni? Ya allah Am. Bangun Am. Ya allah apa aku nak buat ni?"

Mai mencuba mencari telefon milik Am. Seluruh badan Am dirabanya saat ini. Biarlah dia dituduh peraba selepas ini asalkan orang dihadapan nya kini selamat. Setelah menemukan telefon Am. Tangan Mai begetar mencari seseorang yang dia boleh hubungi dan tepat saat membuka call log milik Am nama yang banyak tertera di sana ialah Abang Aziz. Segera mungkin Mai mendail nombor tersebut.

"Hello?! Abang.. Tolong, tolong saya tolong Am tolong.." Setelah mendapat sahutan dari pihak seberang Mai terus meminta tolong.

"Okay. Siapapun awak tolong dengar arahan saya sementara saya sampai disana." Aziz cuba menenangkan gadis yang sedang bercakap dengan nya saat ini.

"Okay. Apa perlu saya buat?" Suara Mai terdengar begetar.

"Saya minta tolong awak urut bahagian dada kiri dia saat ini. Urut dengan perlahan. Dari bawah sampai ke atas. Ulang berkali2."

"Okay. Saya buat sekarang."

Perlahan tangan Mai mula mengurut dada kiri Am dari bawah sampai ke atas. Dia melakukan itu berkali2 seperti diarahkan oleh lelaki dia telefon tadi.

"Am. K..kau dengar aku kan? A..aku memang benci kau tapi aku taknak kau mati depan aku walau macam mana sekali pun. Walau aku tak tahu apa jadi dengan kau. Aku mohon. To..tolong jangan mati depan aku." Mai mula menangis. Air mata nya kini jatuh seiringan dengan degupan jantungnya saat ini. Jujur dia takut.

Bunyi kereta dimatikan kedengaran. Dan brakkk!! Pintu rumah yang sedia terbuka kecil itu melebar saat doktor muda itu dengan gelabah menolak pintu utama rumah itu.

"Masih tak ada respond. Dia kenape??" Wajah Mai memerah. Wajah nya juga tidak memandang orang yang berada di hadapan nya kini. Dia terlalu focus mengurut dada Am.

"Biar saya lakukan."

Perlahan Aziz mengalih kepala Am ke pangkuan miliknya. Dia tidak membawa sebarang peralatan di tangan nya saat ini. Perlahan dia mengurut dada Am.

"Am.. Dengarkan abang Am. Tolong lah jangan buat abang macam ni. Am.. Am dengar abang kan? Tolong buka mata Am cepat."

Masih tiada respond. Hanya deruan nafas nya terdengar lemah. Aziz tiada pilihan lain. Segera baju milik Am dibuka dan mengurut perlahan dada Am lagi.

Sedangkan Mai menutup mulut tidak percaya melihat tubuh Am. Air matanya kini jatuh. Dia tidak tahu apa yang sahabat nya itu lalui sehingga membuat tubuh kurus itu terlihat banyak lebam biru2 dan parut bekas jahitan kelihatan.

"A..apa dah jadi?" Am masih tergamam.

"Uhuk! Uhuk!" Am tersedar dan membuat Mai terkejut buat kali kedua. Batuk Am mengeluarkan banyak darah.

Segera Aziz mengelap darah yang mengalir di mulut dan dihidung Am. Melihat Am yang menahan sakitnya air mata lelaki Aziz jatuh dari pembentangan nya. Segera Am ditarik ke dalam pelukan nya.

"A..abang baju.. Kotor..." Aziz makin mengeratkan pelukan nya.

Mata Am terbeliak saat melihat Mai berada di belakangnya dengan wajah merah dan air mata yang becucuran melihatnya. Dilihatnya sekeliling. Dia lupa bahawa Mai sudah menjadi isterinya. Mulut dan badan nya dipenuhi darahnya. Segera baju nya diambil dan ditutupnya badan nya.

Am melihat wajah Aziz saat ini. Wajah itu dia tahu. Dia tahu Aziz sedang marah. Dia harus bersiap mendengar apa yang dikatakan doktor dihadapan nya saat ini.

"Am harus pakai tabung oksigen mulai isok."

"Abang.."

"Takde bantahan atau..." Wajah Mai Aziz pandang.

"Okay. Okay. Am akan lakukan. Maaf. Tapi bang boleh ke kalau Am pakai tu minggu depan? Biarkan Am bersekolah seminggu je. Seminggu je bang. Am janji benda macam ni tak kan terjadi."

Aziz terdiam lama.

"Pergi hospital setiap hari."

"Baik. Terima kasih bang. Terima kasih sangat2."

"Jelaskan kat aku nanti." Mai segera angkat kaki dan meninggalkan Aziz dan Am yang masih terduduk di lantai.

Bam!!!! Bunyi pintu kedengaran.

Am dan Aziz berpandangan.

"Habis lah saya bang.."

Aziz hanya gidik bahu.

Kenangan TerindahWhere stories live. Discover now