Bab 43

7.3K 246 6
                                    

"Am!"

Atin terus mendekati Am. Kata syukur tidak henti2 ia ucap. Dahi Am dicium. Tubuh Am dipeluk erat. Air matanya jatuh seiring dengan ucapan syukur ia ucap saat melihat mata itu mampu terbuka dan bibir itu menguntum senyum.

"Ada yang sakit tak dek? Maafkan angah. Ini semua salah angah. Ampunkan angah dek."

Am menggeleng. Tak. Tidak mungkin dia sanggup melihat air mata orang yang sangat ia sayang jatuh hanya kerana dirinya. Dia merasa tidak layak sama sekali. Tangan Atin digenggam lemah. Sebelah tangan kanan nya masih erat menggenggam tangan Airil. Dia tidak mahu sahabatnya itu meninggalkan nya walau sedetik.

"Kalau macam tu angah buat makanan dulu buat adik tau. Airil teman adik kejap kat sini okay?"

Anggukan lemah Am mampu membuat hati Atin kembali luluh. Keluar sahaja dia dari bilik Am, Atin segera ke dapur lalu menumpahkan segala tangisan yang ditahan nya sejak dari tadi. Tak mungkin dia menangis semahunya di hadapan Am. Tak. Dia harus kuat. Dia harus kuat demi Am. Air mata nya dikesat kasar. Kemudian senyuman nya diukir. Setelah Atin merasa benar2 tenang dia mula mengerjakan bahan2 masakkan nya.

Di dalam bilik pula Airil dan Am masih terdiam.

"Kau...dah..ma..makan ke?" Soal Am terbata2 dengan suara serak yang hampir tidak terdengar itu.

Sekali lagi kerana lelaki dihadapan Airil ini dia menumpahkan lagi air mata lelaki nya.

"Tak payah nak risaukan orang lain dulu lah. Kau buat aku rasa teruk. Kau okay tak? Ada yang sakit tak?" Soal Airil.

"Aku...rasa..gay.." Senyum nya terukir lemah saat Am mengisyaratkan tangan nya yang menggenggam tangan Airil.

"Biarlah jadi gay. Aku suka."

"Jangan..dekat..aku.." Tiga kata itu mampu membuat tawa Airil meletus.

"Jangan...ting..tinggalkan aku.." Am menatap lekat wajah Airil.

"Aku tak kemana2. Kau yang tak patut tinggalkan aku. Aku sayang kau Am. Jangan pergi. Tengok kau macam ni dah buat aku rasa terseksa sangat. Aku rasa nak pergi dulu sebelum kau supaya dapat ikut kau sama."

"A..apa kau cakap. Aku tak..suka..kau cakap macam ni. Kau..buat a..aku ra..sa teruk. Masih ada orang yang..sayang kau- uhuk!"

"Am. Stop talking." Airil sudah tidak tahan.

Tiba2 pintu bilik itu diketuk menampakkan Tengku Fendy disana. Kali ini Airil benar2 bangkit dari tempat duduknya. Dia mahu memberi ruang kepada dua beranak itu. Setelah Airil keluar di balik dinding itu menampakkan Atin yang mengisyaratkan untuk tidak bising kepada Airil. Airil mengangguk ngerti lalu meninggalkan bilik itu.

Didalam bilik itu pula Tengku Fendy masih diam sambil hati nya sakit melihat pemandangan sekitar bilik itu. Bau ubat2an yang menyirap di ronga hidungnya. Kabel yang melekat banyak di tubuh anak itu. Bag air yang entah seberapa banyak yang kosong telah dibuang di dalam sampah bersama tissue yang penuh dengan darah dan botol2 ubat yang kosong memenuhi sampah itu.

"Tu..tuan??"

Tengku Fendy masih terdiam. Kemudian Am hampir terlupa saat mulutnya dengan lancang memanggil lelaki paruh usia itu dengan sebutan ayah yang dia rasa tidak pernah layak untuk dia sebutkan.

"Maaf.. Kalau Am lancang panggil tuan ayah. Am-"

"Hukum aku."

"Tuan?" Am tak mengerti.

"Hukum aku! Kau patut benci aku! Kau patut balas apa aku dah buat! Hiks tolong, tolong hukum aku.." Tengku Fendy melutut dihadapan Am.

Melihat sebegitu tubuh lemah itu sigap dibawa terus melutut bersama Tengku Fendy. Tidak mengira tangan nya sudah berdarah kerana infuse nya tercabut. Melihat tindakan nekad Am, Atin ingin masuk campur akan tetapi ada tangan yang menghalangnya. Aziz datang setelah tepat urusan kerja nya selesai mendengar khabar Am telah sedar.

Tengku Fendy menatap lekat wajah Am. Wajah itu pucat. Sudut bibirnya yang pecah dan lebam. Bahagian mata nya sebelah kiri bengkak dan hampir tak terbuka mata sebelah kirinya. Dahi nya yang berbalut menyakitkan lagi hati Tengku Fendy. Dilihatnya anak itu sedang mengelap telapak tangan nya di baju nya sendiri. Kemudian dengan teragak2 bahu Tengku Fendy diajak berdiri lalu dibawa nya ke sofa bilik itu.

Lutut seluar Tengku Fendy dilap mengunakan lengan bajunya. Tak terasa air mata nya jatuh saat ini. Dia menangis sehebatnya. Am yang melihat itu mengucap kata maaf berkali2 sambil melutut dihadapan Tengku Fendy.

"Maafkan ayah hiks maaf ayah dah buat Am jadi macam ni. Maaf sebab tak dapat jadi ayah yang baik. Maaf ayah dah lukakan kamu. Maaf ayah tak jaga kamu. Hukum ayah nak. Pukul ayah. Tolong ayah nak tebus dosa ayah."

"Tak. Tak. Tak. Tuan tak pernah salah. Am salah. Am regut kebahagian tuan. Am regut kebahagian along. Maafkan tuan."

Tangisan memilukan Tengku Fendy kedengaran.

"Panggil ayah nak. Panggil ayah. Am berhak. Panggil ayah ye?" Kepala Am diusap.

"Bo..boleh ke? Tapi tuan tak jijik ke? Am cuma pengotor yang tak layak panggil tuan ayah. Am tak layak. Tuan cakap... Uhuk! Takpe ka..kalau Am tak dapat panggil tuan ayah. Ta..tapi tuan cakap Am kena pilih. Am pernah minta nak panggil tuan ayah tapi Am kena pilih kalau panggil tuan ayah, tuan tak akan maafkan Am. Kalau Am inginkan kemaafan Am kena panggil tuan dengan tuan-"

"Cukup!" Tangisan Tengku Fendy semakin hebat. Sepolos itu kah anak yang ia benci selama ini sehingga setiap butir ayat yang dilontar diingat kemas? Setakut itu kah anak yang dibenci nya itu kepada nya. Setaat itu kah anak yang tidak dianggapnya itu kepadanya?

Tiba2 itu kurus itu rebah. Atin dan Aziz terus masuk. Tengku Fendy pula dengan cemas memangku kepala Am.

"Ayah minta maaf nak. Maafkan ayah. Ampunkan ayah nak. Panggil ayah, ayah. Tolong ayah mohon. Am boleh panggil ayah. Ayah maafkan Am. Am tak pernah ada salah dengan ayah." Tengku Fendy memeluk kepala Am kedalam dakapan nya.

"Ayah..." Hampir tidak terdengar tapi mampu didengari oleh Tengku Fendy.

"Ye ayah ada kat sini."

"Ayah..akhir nya.. Am..Am.. Boleh panggil a..ayah."

Tengku Fendy mencium dahi Am. Rasa bahagia yang tidak pernah ia rasakan. Jika ini mimpi Am berharap agar tiada siapa membangunkan nya.

Melihat keadaan Am, dengan sigap Aziz mengambil tindakan. Di cek nya terlebih dahulu nadi Am.

"Dek tolong abang." Airil yang sudah berada di ambang pintu itu sigap membantu abangnya mengangkat tubuh kurus itu ke atas katil rawatnya. Dipasang semula infuse nya. Masker oksigen nya dipasang semula. Tubuh kurus itu mula bergerak gelisah. Menahan dada serta perutnya. Tubuhnya bergetar hebat. Hidungnya mengeluarkan darah pekat segar.

"Uhuk! Uhuk! Uwek!!" Tiada pilihan lain dengan segera suntikan diberikan kepada. Airil masih setia memeluk Am yang masih gelisah menahan sakitnya.

"Sa..kit."

"Aku tahu. Kau harus kuat. Kau janjikan dengan aku. " Airil semakin menguatkan lagi pelukan nya. Dia yang paling tahu keadaan Am jika begini.

Setelah beberapa lama minitnya akhirnya tubuh itu lepas dari bergerak gelisah. Membuat semua lega. Atin lemah dipelukkan Tengku Fendy. Tengku Fendy membawa Atin keluar dari bilik itu untuk di istirehatkan. Kini tinggal Aziz dan Airil sahaja di bilik itu.

"Bang.."

"Shh2 sini." Airil menghambur ke dalam pelukan abangnya. Sumpah saat ini dia lemah.

"Jangan biarkan dia pergi."

Aziz terdiam. Tak mungkin dia berani mencegah kehendakNya. Tapi dia mungkin akan berusaha sebaik mungkin. Hanya satu kata di dalam kepalanya saat ini.

'Asad'

Kenangan TerindahWhere stories live. Discover now