Bab 6

5.3K 245 10
                                    

❤❤❤❤❤
"Mak aih mampuih aku. Aku dah lambat mak oiii!"

"Hang pasai pa duk kalut sangat ni Mai oii. Ya allah anak dara aku. Adakah aku melahirkan terlalu ramai anak lelaki?" Rungut Puan Mariam saat mendengar anak gadis nya itu.

Setelah merasa dirinya selesai Maisara turun laju. Sekeping roti bakar hinggap di mulut.

"Makk Mai pi sekolah dulu! Assalamualaikum!" Setelah tangan Puan Mariam disalam kakinya melangkah laju lalu menghidupkan ego merahnya.

Ego berwarna merah itu laju meluncur jalan raya. Saat tiba di persimpangan jalan tiba2 sebuah kereta muncul dari arah jalan membuat Mai tidak dapat mengelak dan....

Brak!!!

Maisara terjatuh dari egonya. Hampir saja dia dilamggar oleh si pemandu saat si pemandu break secara mengejut. Baju sekolah nya koyak dan kotor. Tangan siku dan lututnya berdarah.

"Awak tak apa2? Maaf. Saya minta maaf. Saya minta maaf sangat."

"Mata kau letak mana?? Kau lutut?? Kereta mewah tapi bodoh. Yang kau ikut salah arus jalan tu apasal? Lesen kau mana? Lesen terbang ke?" Haa Mai sudah marah. Itulah Maisara apabila tahapnya sudah diubun ubun.

Lelaki itu terdiam. Dia tertegun saat melihat wajah gadis dihadapan nya itu. Rambut yang diikat. Matanya coklat. Hidung mancung dan bulat. Pandangan matanya redup. Segalanya membuat jantung lelaki itu berdetak laju.

"Maaf sangat2. Saya janji saya akan ganti. Tapi saya dah lambat sangat. Okay. Pegang kad saya dan telefon saya sebagai bukti saya akan ganti." Lelaki itu terus berlalu meninggalkan Maisara yang masih blur.

Iphone X plus di tangan dan kereta ferarri merah lelaki itu dipandang silih berganti.

"Haiiyaaa lepak rooftop lah aku jawabnya ni." Maisara mengeluh saat jam tangan dilihat sudah menunjukkan jam 8.30 pagi.

Ego merahnya diangkat dan dihidup semula lalu laju meluncur jalan raya itu lagi. Sesampai sahaja di sekolah tanpa rasa takut tembok sekolah itu dipanjat. Dan nasib menyebelahinya ketika satu pun guru tiada untuk meronda.

"Sebelum tu aku kena pergi klinik sekolah. Giler teruk luka aku. So syial betul hari ni." Omelnya seorang diri.

❤❤❤❤❤
"Mata dia. Rambut ikal dia. Hidung dia. Wow."

"Kau puji siapa bro?" Aiman sahabat Asad bertanya melihat tingkah laku aneh Asad

Asad hanya tersenyum.

"Jarang kawan aku ni puji perempuan."

"Dia unik. Dia cantik. Aku akan pastikan aku jumpa dia lagi." Nekad Asad membuat Aiman tersenyum.

❤❤❤❤❤
Plak!

Tamparan demi tamparan diterima oleh Amir saat Tengku Fendy menerima surat dari sekolah mengatakan bahawa Amir selalu ponteng dan tidak datang ke sekolah.

Plak!

"Aku tanye mana kau pergi?"

Amir hanya mematung sambil menundukkan kepalanya. Dia buntu untuk menjawab soalan ayahnya kini.

"Sekali lagi. Aku tanye. Mana kau pergi?"

Sekarang kaki Tengku Fendy melangkah ke arah store dan mengambil kayu besbol yang ada di bilik itu.

"Masih tak ada jawapan?"

"Maafkan Am ayah." Ucapnya sambil melutut dihadapan Tengku Fendy. Dia bukan merayu inginkan kemaafan akan tetapi dia sudah siap untuk dipukul.

Bugh!Bugh!Bugh!

Berkali-kali kayu besbol itu hinggap di badan miliknya. Akan tetapi tiada rintihan mahupun ringisan terdengar. Kerana dia tahu ayahnya benci akan ringisan nya.

Bugh!Bugh!Bugh!

Lagi kayu besbol itu hinggap di perut dan dada nya. Amir tersungkur. Akan tetapi perlahan dia bangkit semula dan melutut lagi di hadapan ayahnya. Air matanya sudah jatuh.

"Kau nak malu kan aku ke? Kau patut bersyukur aku dh sekolahkan kau. Sekarang kau nak malu kan aku?"

"Maaf ayah..."

"Aku benci dengar kau panggil aku ayah."

"Maaf..."

Bugh!!

"Ayah!!!! Stop it!!!!"

Kenangan TerindahWhere stories live. Discover now