Sequel(PENAMAT)

8.4K 323 61
                                    

Kertas2 kosong itu diambil dan dikoyak dengan kasar.

"Apa kau buat?! Aku dah cakap kan?! Aku nak projek tu dihantar harini!"

"Kau faham?!''

"Ape? Satu juta?!"

"Hahahahahaha!"

"Aku kaya! Aku kaya!"

Hanya suaranya sahaja yang bergema di ruangan itu. Terlihat seorang lelaki yang sedang memerhatinya di balik cerminan besar itu yang hanya dapat dilihat dari arah luar tetapi tidak dalam nya.

"Bagaimana keadaan ibu mertua saya?"

"Macam itu lah Tengku. Dia masih bergumam dengan hal seperti wang. Akan tetapi kebelakangan ini ada reaksi lain dia tunjukkan."

"Maksud doktor?"

"Dia sudai mulai menangis. Kali terakhir dia menangis sambil ketakutan dia ada menyebut nama seseorang seperti Am berulang kali dan mengucapkan kata maaf."

"Ohhh. Itu nama arwah anak saya. Nama dia Amirullah. Mungkin itu dimaksudkan oleh ibu mertua saya. Apa pun terima kasih sebab sudi jaga ibu mertua saya doc."

"Sama2 Tengku Fendy. Tidak perlu berterima kasih kepada saya. Hospital ini memang menerima pesakit seperti ibu mertua Tengku."

"Kalau macam tu saya minta diri dulu doc nak jenguk ibu saya sekejap."

"Baiklah." Mereka berdua bersalaman sebelum keduanya melangkah ke tujuan masing2.

Pintu bilik itu perlahan dibuka oleh Tengku Fendy. Wanita itu masih menyibukkan diri melihat kertas kosong yang berada di tangan nya. Bilik itu sudah bersepah dengan cebisan kertas yang sudah dikoyak.

"Ibu.."

Mendengar itu wanita itu iaitu Tengku Khadijah melihat ke arah si pemanggil. Segera kertas nya dibuang lalu ke arah Tengku Fendy.

"Nak.. Kamu datang nak? Kamu bawa siapa? Maaflah ibu tengah sibuk handle projek besar. Ibu banyak duit. Fendy nak tak?"

"Ibu-"

"Haa tengok ni banyak duit ibu kan? Kita boleh-"

"Stop ibu! Dengarkan Fendy. Ibu kembali lah seperti biasa. Tolonglah Fendy merayu. Hanya ibu seorang sahaja yang masih belum jenguk Am-"

"Am? Am? Mana? Kat mana? Am! Am! Fendy bawa dia ke? Am! Eh... Hahahaha itu pun kamu. Puas maktok cari. Sini kau menyorok rupa nya. Sini duduk dengan maktok dengan ayah. Fendy tengok ni Am ada kat sini dia-"

"Ibu! Dia dah takde bu. Am dah takde! Sedarlah ibu. Ibu sendiri tahu kalau Am takde. Am hiks hiks dah takde. Dia dah pergi bu.." Akhirnya jatuh jua air mata Tengku Fendy ketika mengata Am telah pergi.

"Tak.. Tak mungkin.. Tak! Tak mungkin! Arghhhhh!!!! Am!!!! Balik Am!! Jangan pergi!!! Arghhhhh!!!"

Segera tombol kecemasan ditekan. Kemudian doktor yang menangani Tengku Khadijah datang lalu menyuntiknya. Tengku Fendy hanya mampu menangis dan pasrah.

Tengku Khadijah tiba2 tidak dapat mengawalkan dirinya saat mendengar berita kematian Am. Setelah dibawa ke hospital Tengku Khadijah disahkan menghidap masalah jiwa. Tengku Fendy dan sekeluarga memutuskan untuk menghantar Tengku Khadijah ke Hospital Sakit Jiwa milik Tengku Fendy. Sepanjang dua tahun berlalu keadaan Tengku Khadijah masih sama dan tidak berubah membuat Tengku Fendy hanya berserah.

Wajah tua itu ditatap dengan rasa iba. Dia telah kehilangan anak perempuan satu2nya yang amat disayanginya. Dan kini dia telah kehilangan cucunya yang amat menyayanginya tanpa syarat dan tidak sempat untuk dia mendapat kemaafan dari Am.

Kenangan TerindahWhere stories live. Discover now