Setelah puas bermain, Airil tidur dipangkuan Am.
"Balik sekolah terus main sini. Mana tak penatnya." Perlahan Am mengalih kepala Airil dan meletakkan di bantal yang diambilnya.
Kemudian perlahan Am angkat lalu membuka tirai jendela yang berada di bilik itu. Pemandangan bandar itu sangat indah jika diwaktu malam. Kemudian seketika otak nya mengajak dia keluar untuk mencari udara segar. Kemudian dia menulis sesuatu di nota pelekat lalu dilekat di dahi Airil yang nyenyak tidur itu.
Perlahan kaki nya dibawa menuju ke tempat ia tuju. Tiba2 seorang budak lelaki melanggarnya sehingga terjatuh.
"Adik tak apa2 ke?"
"Apa abang cakap? Saya tak dengar."
Segera Am membuka masker oksigen nya.
"Abang tanya adik tak apa2 ke?"
"Saya okay. Saya kuat. Tapi kenape abang bawa beg pelik tu? Topeng tu sama macam saya punya tapi topeng saya tak bawa pergi mana2."
Am hanya terkekeh mendengar ocehan anak kecil itu. Tiba2 seorang wanita paruh baya memanggil budak lelaki itu. Wanita itu tersenyum ke arah Am. Am kembali meletakkan masker oksigen nya setelah merasakan sesak.
Kakinya diajak kembali berjalan menuju ke arah tujunya. Sesampai sahaja di rooftop sekolah itu, Am terus menikmati pemandangan di atas rooftop tersebut.
Bunyi pintu rooftop itu dibuka. Namun lamunan Am masih jauh dan tidak sedar akan kedatangan Airil.
"Am, kau keluar lain kali pakai baju tebal sikit. Sejuk kat sini.''
Airil memasang selimut yang dibawanya ke tubuh Am.
"Uhuk! Maaf aku..uhuk!"
"Haa kan aku dah cakap. Degil kau ni. Dah jom balik."
"Kejap. Aku nak kat sini kejap je."
"Am... Okay. Lima minit je. Lepastu kita balik." Tegas Airil.
Melihat mata Am seakan berat, Airil meletakkan kepala Am dibahunya. Tidak peduli apa yang akan difikirkan oleh orang sekeliling ketika melihat mereka begini. Tidak endah pula dia jika dianggap gay atau apa sekalipun. Dia akan lakukan apa sahaja demi sahabatnya.
"Terima kasih Rel haha."
"Takpe aa biar laa takde wanita yang bersandar kat bahu aku janji kau ada aumss." Airil buat muka jijik.
"Aku terjun bangunan ni kalau kau nekad tukar taste." Gurau Am mampu mengundang tawa Airil.
"Am, kenape kau lepaskan Mai?"
"Aku kembalikan hak dia Rel."
Airil terdiam.
"Dia tak sepatutnya berada di tangan aku. Aku tak layak langsung. Jadi aku lepaskan dia. Aku nak dia cari kebahagian dia. Aku nak tengok gadis yang kita jaga selama ni menjadi wanita yang paling bahagia kat dunia ni. Aku akan satu kan balik along dengan Mai kalau aku mampu dan sempat."
YOU ARE READING
Kenangan Terindah
Roman pour Adolescents💕💕💕💕 Hanya kerana secebis kemaafan dia sanggup melakukan apa sahaja sehingga nyawa dipertaruhkan. Hidupnya dipenuhi dengan kebencian orang disekelilingnya. Kebencian seorang ayah kebencian seorang abang dan kakak kepadanya. Namun kebencian itu m...