Bab 42

6.7K 275 30
                                    

❤❤❤❤❤
Sinar pagi itu membuka mata seseorang yang baru sahaja terbangun dari tidurnya yang tidak pernah lena kerana penyakitnya. Tubuh kurus itu menggeliat. Ini hari terakhir nya tidur di bilik itu. Esok dia akan kembali ke rumah nya sendiri. Dia tidak mahu kelihatan menjijikan di mata semua.

"Adek angah dah bangun? Ada yang sakit tak?"

Am mengangguk. Kemudian tangan nya menunjukkan ke arah dadanya. Atin kemudian mengurut perlahan dada Am.

"Dada ni nakal lagi ke?"

Am mengangguk.

"Cepat pergi mandi lepastu makan. Harini angah tak dapat nak teman Am tau. Am kena pergi hospital. Ayah pulak awal lagi dah ke office sebab ada meeting mendadak. Tinggal along je."

Am terdiam. Dia paling takut ditinggal dengan Asad.

"Nanti angah jenguk tau."

Am mengangguk. Atin kemudian berlalu meninggalkan Am yang masih duduk termangu di katilnya. Setelah melihat kepergian Atin, Am segera membersihkan dirinya.

Am turun ke dapur untuk mencari Mak Nab. Akan tetapi kelibat orang yang dicarinya tidak kelihatan. Kemudian satu surat dijumpai di atas meja mengatakan orang gaji rumah itu pulang ke kampung secara mendadak kerana anak mereka sedang sakit.

Melihat sebegitu, Am terus mengeluarkan keperluan untuk dimasak. Manakala Asad yang berada di bilik terus turun saat mencium aroma enak yang berada di dapur. Saat orang yang sedang menghidang makanan di meja makan itu langkah Asad terhenti.

"Along... Mak Nab balik kampung sebab anak dia sakit. Am masak sikit ni. Along makan lah."

Tanpa suara Am terus duduk di meja makan tersebut. Entah hantu apa yang merasuknya sehingga dia menurut. Melihat itu Am mengauk nasi ke piring Asad lalu meletakkan dihadapan Asad. Setelah itu lauk kegemaran Asad dikauk lalu diletakkan di piring Asad. Asad terus makan tanpa sebarang suara.

"Izinkan Am makan bersama Am buat kali terakhir."

Suapan Asad terhenti seketika. Kemudian dia meneruskan lagi suapan nya hingga makanan nya habis. Piring kosong itu dibawa hingga ke dapur kemudian Asad kembali ke biliknya semula menyisakan Am yang masih di meja makan. Dia tersenyum gembira saat masih diberi peluang duduk bersama Asad walau sekejap.

Tak lama selepas itu, pintu rumah itu terbuka.

"Angah, awal angah balik. Kenapa?"

Senyum Atin dipaksakan.

"Angah lapar tak? Jomlah makan Am ada masak sikit."

Atin menurut akan tetapi jalan nya terlihat gontai. Am memperlakukan Atin sama seperti dia memperlakukan Asad sebentar tadi. Atin hanya menurut. Dilihatnya wajah Am. Berita yang baru sahaja dia dengar sebentar tadi benar2 mematahkan hatinya. Sebab dia kembali rumah awal juga kerana berita yang baru sahaja dia dengar dari Aziz.

"Adik tak rahsiakan apa2 dari angah ke?" Atin cuba tenang.

"Tak." Am menjawab dengan gembira.

"Jujur!" Meja dihentak kuat oleh Atin membuat Am terkejut. Dada kirinya dipegang.

"Ma..af tapi Am be..betul tak tahu."

Prang!!! Pinggan itu bederai di lantai.

"Kau anggap aku apa selama ni?! Aku yang bersusah payah bantu kau tetapi kau rahsia kan aku hal ni!!"

Satu kertas dilempar ke muka Am.

"I.. Ini am lupa nak-"

"Cukup! Cancer perut? Dan orang terakhir tahu aku..."

"Angah Am boleh je-"

"Apa yang bising2 ni?" Mata Asad tertumpu kepada tangan Atin yang berdarah akibat serpihan kaca mengenai tangan nya.

Brugh!! Tendangan kuat Asad mengenai perut Am hingga mampu membuat tubuh kurus itu tersungkur jauh. Kolar baju Am digenggam.

"Kau ikut aku!"

Atin terkejut. Am diheret hingga rooftop rumah itu. Atin tidak dapat mengejar Asad saat pintu rooftop itu dikunci oleh Asad.

"Along! Buka! Am tak salah!! Along!!"

Bugh! Bugh! Bugh! Plak! Plak! Brugh!! Tumbukan,tamparan dan tendangan diterima Am bertubi2.

"Ma..af Am. Ma..af sangat. Ergh.. Uhuk! Uwek!" Darah segar itu pekat mengalir keluar dari mulut Am.

Berkali2 Am menumbuk dan menendang dada dan perut Am. Am cuba bangkit akan tetapi tendangan lagi ia terima hingga kepalanya terhantuk kuat di dinding itu. Tiba2 Asad terhenti seakan tersedar. Dilihatnya keadaan Am. Mata Am mengeluarkan darah. Dahinya juga berdarah hebat.

Am menggelengkan kepalanya untuk memperjelaskan penglihatan nya.

"Ma..af.."

Asad terus berlari menuju ke arah pintu rooftop itu. Wajah Atin dan ayahnya terlihat cemas. Tanpa kata Asad terus berlari meninggalkan Atin dan Ayahnya yang memanggilnya.

Tanpa berlengah Atin terus berlari mendapatkan Am.

"Ma..af- tak..mak...sud nak bo..hong ang..ah-"

"Shh2 ini semua salah angah. Maaf. Maaf. Maafkan angah. Ayah call ambulans now!"

"A...yah hantar kat... Rumah."

"Kat mana nak?"

"Ru..mah Am.."

"No! Am patut pergi hospital!"

"Am...me..ra..yu ngah.."

Atin menangis sehebatnya. Mahu tidak mahu keinginan Am ditepatinya. Segera Tengku Fendy menghidupkan enjin kereta nya. Tubuh kurus Am digendong lalu diletakkan didalam kereta miliknya. Kemudian kereta itu laju meluncur menuju ke arah tempat yang dimaksudkan.

Sampai sahaja disana, Aziz dan Airil sudah menunggu dengan peralatan hospital yang lengkap. Bilik Am sudah siap disediakan. Segera Am ditangani oleh Aziz. Atin tidak henti2 menangis. Tengku Fendy pula menangis dalam diam sambil menenangkan Atin.

"Ini semua salah Atin Ayah.. Hiks hiks ya Allah apa dah Atin buat?"

"Shh2 jangan macam ni. Kita sama2 doakan Am. Bagi dia semangat. Jangan macam ni."

Tak lama kemudian Aziz keluar. Airil menangis di bilik Am.

"Keadaan nya semakin parah. Dia... Nazak." Satu kata itu mampu membuat Atin jatuh meluluh diiringi Tengku Fendy.

Setelah mendapat berita itu kesemua mereka menanti Am sedar di bilik Am. Airil tidak mahu ke sekolah. Mai pula baru sampai akan tetapi dia terus kembali bergegas keluar setelah mendengar cerita Am untuk mencari Asad. Dia perlu menjelaskan kesemuanya. Kesalahfahaman ini berpunca darinya. Tengku Fendy pulak terpaksa ke office kerana urusan mendadak yang tidak dapat dielakkan.  Atin pula masih setia menanti Am. Airil bergegas ke hospital disebabkan hospital memerlukan nya.

"Am, bangunlah. Jangan buat aku macam ni bro. Kau seksa aku tengok kau macam ni. Kau janji nak kalahkan aku main fifa tu kan? Bangun lah hiks Am.."

Tangan Am digenggam kuat oleh Airil. Melihat Am sebegini mampu membuat hatinya dan dirinya mati. Tiba2 jari itu bergerak merespon Airil. Tiba2 Airil menjerit membuat Atin bersemangat.

"Am!"

Kenangan TerindahWhere stories live. Discover now