01'

21.8K 808 4
                                    

Batuan besar menjadi tempat duduk. Pemandangan sungai menjadi tatapan. Dia tersenyum sendiri. Kalau dia rasa bosan, sinilah tempat dia mengisi masa. Merendamkan kaki kedalam air sungai yang sejuk. Tengok budak budak mandi. Seronok sangat.

Iris Izzliyana membelai rambutnya yang panjang itu sambil mengukirkan senyuman tenang. Bunga merah yang mekar diselitkan dicelahan telinga. Kelihatan begitu ayu sekali.

"Oi termenung eh" tegur Adhia, kawan kepada Iris. Dia duduk disebelah Iris.

"Mana ada" Nafi Iris sambil tersenyum.

"Aku ada sesuatu nak bagitahu kau"

"Apa dia?" Iris mengangkat keningnya.

"Aku nak sambung belajar!" Riang sahaja jawapan Adhia. Tubuh Iris dipeluk erat.

Senyuman Iris lucut dari bibirnya.

"Kenapa?" Adhia memandang Iris yang seperti kurang senang dengan benda yang diberitahunya.

"Sorang lah aku nanti. Takde kawan" jawab Iris, hambar.

Adhia terdiam. Dia tahu Iris akan bersendirian jika dia sambung belajar nanti. Lagipun, Iris anak yatim piatu. Dia hanya sebatang kara sahaja. Dirinya sahajalah kawan kepada Iris. Dia menyandarkan kepalanya kebahu Iris.

"Rilekla. Aku pergi taklama pun. Nanti aku balik ye?" Ujar Adhia. Mahu menenangkan hati Iris.

"Kau pergi bila?" soal Iris.

"2-3 bulan nanti. Tengok dulu lah"

"Untung kawan aku yang sorang ni dapat sambung belajar. Aku ni ada SPM je. Kalau kau dah berjaya nanti, nak ke kau kawan dengan aku lagi?" Iris senyum.

Adhia ketawa kecil. Pipi Iris dicubit.

"Mestilah aku kawan dengan kau. Ingat aku jenis lupa kawan ke? Kau kan kawan aku sejak kecil. Kita susah senang sama sama" Jawab Adhia. Mereka berdua ketawa senang.

"Weh kau tengok tu!" Tukas Adhia tiba tiba. Jarinya menunjukkan kearah dua lelaki yang sedang berjalan diatas jambatan. Seorang daripadanya penduduk kampung ini. Seorang lagi..nampak macam orang bandar.

"Kenapa?" Iris tidak mengerti apa yang cuba ditunjukkan Adhia.

"Mak aku kata. Ada dua orang KL datang kampung kita. Tapi tu ada sorang je"

"Untuk apa?" soal Iris lagi. Dia tidak berminat sebenarnya.

"Aku tak pasti. Ada kerja kot kat sini" Adhia mengangkat bahunya.

"Biarkan sajelah. Kita sambung borak. Nanti kau pergi sana. Macam mana aku nak sembang dengan kau? Aku takde telefon" Iris mencebik bibir.

"Ala kau pergi lah rumah mak aku. Nanti aku hubungi kau" Jawab Adhia.

"Kalau mak kau tak bagi macam mana?"

"Mesti bagi punya. Walaupun mak aku macam tu, dia baik tau"

"Tapi aku takut. Mak kau garang!"

"Memanglah garang. Tapi dia baiklah"

Iris sekadar mencebik. Dia masih takut.

"Apa cebik cebik? Cubit bibir tu kang. Dah jadi macam Chef Wan. Wan bukan nak kata apalah kan.. " Adhia meniru gaya Chef terkenal itu berbicara. Kemudian disertai oleh gelak ketawa mereka berdua.

**

Harris sepatutnya datang ke kampung bersama abangnya. Tetapi dia pergi seorang sahaja. Hansyar sibuk dekat office.

Harris terdengar suara perempuan yang sedang ketawa di kawasan sungai. Dia segera mencari suara itu.

Kelihatan dua orang perempuan sedang asyik berborak di bawah jambatan itu sambil tergelak gelak. Matanya tertacap kepada seorang perempuan yang memakai kurung tradisional berwarna coklat. Berambut ikal mayang paras perut dan bunga dicelahan telinga. Perempuan yang seorang lagi, tidak nampak wajahnya kerana menghadap kebelakang.

Iris langsung tidak perasan dirinya diperhati. Dia ralit berborak. Tidak pandang kiri kanan.

Harris tersenyum melihat gadis ayu itu ketawa galak. Wajah gadis sungguh cantik. Bermata bundar dan beralis tebal. Lesung pipi yang memberi seri. Berkulit putih dan bersih. Harris terpana. Jantungnya laju mengepam apabila gadis itu menoleh kearahnya.

"Harris, mari Pak Samad bawa Harris ke tempat seterusnya" Pak Samad tersenyum manis. Harris mengangguk. Dia berhenti memerhati Iris.

Perjalanan diteruskan. Sempat lagi dia menoleh sekilas kearah gadis cantik itu.

"Pak Samad nampak Harris tengok anak dara tu lama lama" tegur Pak Samad.

Harris menelan liur. Anak dia ke? Habislah aku.

"Tak delah. Saya tengok sungai tadi tu. Cantik betul" Dalih Harris. Dia tersengih.

"Oh sungai tu memang cantik. Airnya bersih je. Tapi Pak Samad tahu Harris pandang dia.."

"Er. Siapa dia? Anak Pak Samad ke?" tanya Harris.

"Namanya Iris Izzliyana setahu Pak Samad. Dia anak yatim piatu. Mak ayah dia pergi masa umur dia 17 tahun. 4 tahun dia hidup sebatang kara"

Harris sebak mendengar jawapan Pak Samad. Iris Izzliyana.

"Jadi sekarang umur dia 21 tahun? Dia sambung belajar tak?"

"Ye umur dia 21 tahun. Dia tak sambung belajar. Dia kerja sambilan untuk sara hidup sendiri. Duit tak cukup nak belajar. Tapi budaknya pandai. Cerdik" puji Pak Samad.

Harris tersenyum. Wajah Iris terbit difikirannya. Debaran jantung masih bersisa apabila teringatkan Iris. Perasaan apa ini?

"Jomlah. Kita dah nak sampai ni" Tukas Pak Samad lalu mengetuai perjalanan.

Menunggu Kamu ✔Where stories live. Discover now