26'

11.9K 446 29
                                    

"Terima kasih, Hansyar" ucap Iris, menghargai.

"Sama sama. Awak dari mana?" soal Hansyar. Dia tahu dimana Iris tinggal. Tapi dia sengaja ingin bertanya lagi.

"Saya dari kampung" segan silu Iris menjawab.

"Oh. Datang sini dengan siapa?"

"Sorang"

"Ada tempat tinggal?"

"Takde. Tapi saya boleh je tidur kat mana mana. Nak sewa hotel pun, takut duit tak cukup"

Hansyar pilu melihat Iris. Kasihan. Harris, kau seronok berfoya foya. Isteri kau? Tapi, aku tak boleh salahkan kau. Kau tak minta pun nak hadapi kemalangan. Kau tak minta pun nak amnesia.

"Takpelah. Awak tinggal kat hotel mana mana dulu, saya bayarkan. Nanti saya carikan rumah sewa untuk awak"

Iris tergamam. Baiknya lelaki dihadapannya sekarang. Tapi, ikhlas atau ada makna disebaliknya? Iris mula mencurigai Hansyar.

"Jangan risau, saya ikhlas" Hansyar tersenyum. Iris terpana. Wajahnya mirip sedikit dengan Harris. Perasaan rindu mula memenuhi jiwanya. Ikhlas. Dia memang ikhlas. Lelaki ni memang ikhlas. Senyuman terbit di bibir merah jambu kepunyaan Iris.

"Awak baru kenal saya. Tapi kenapa awak nak tolong saya?"

"Sebab.. Saya tengok awak ni macam orang baik baik. Jadi saya rajin lah nak tolong"

"Terima kasih sekali lagi"

"Sama sama. Oh ye. Awak nak terus cari hotel? Saya boleh bawakkan awak"

"Em takpelah. Nanti saya cari lah bas ke teksi ke. Menyusahkan awak lah"

"Takpe. Awak naik dengan saya. Simpan duit awak tu"

Iris hanya mengikut. Dia memang kena berjimat. Takut apa apa jadi. Dia berjalan dibelakang Hansyar. Mengekorinya sampai kesebuah kereta.

Hansyar membukakan pintu kereta untuk Iris. Iris terasa segan. Kereta mewah. Mesti kaya dia ni.

Iris masuk kedalam kereta itu. Mereka bertolak kehotel berdekatan.

**

Harris sedikit sebanyak berasa lega apabila Afina sudah tidak mahu bersamanya. Lega sangat. Lepasni bebas aku nak bermanja manja dengan sesiapa pun.

Dia menjatuhkan badannya diatas sofa. Lenguh satu badan. Pasal malam tadi lah. Lepastu pagi pagi rushing ke office. Buat kerja lagi. Otaknya kusut.

Terlihat Hansyar yang baru tiba. Ringan pula mulutnya ingin bertanya.
"Kau dari mana? Bukan kau balik awal dari aku ke tadi?" soal Harris.

"Aku ada hal. Kau ape tahu" jawab Hansyar. Dia menuju kebiliknya.

Harris hanya diam mendengar jawapan Hansyar. Ah lantak kau la.

**

Malam tiba, Harris bersiap siap mahu ke kelab malam. Tempat dia biasa dia melepaskan hawa nafsunya.

Sampai di kelab, dia sudah nampak seorang perempuan seksi menunggunya di situ. Harris pergi mendapatkan perempuan itu.

"Lama tunggu i?" Soal Harris. Mereka berlaga pipi.

"Tak pun. Sayang. Jom masuk. I tak sabar nak em em dengan you" Perempuan yang dikenali sebagai Azy mula meliuk lentok. Manja bukan main.

Ni kalau author sepak sekali muka si Azy ni mahu amnesia juga macam Harris.

"Jom. I pun tak sabar ni" Harris melayan. Pinggang Azy di rangkul erat. Mereka beriringan masuk kedalam kelab malam yang bising.

Didalam kelab, Harris bersuka ria disitu. Dia bebas bergaul dengan mana mana perempuan ikut suka hati dia. Perempuan disitu pum melayan. Harris banyak duit. Kacak pula tu. Siapa taknak berkepit dengan dia?

Menunggu Kamu ✔Where stories live. Discover now