04'

12.9K 615 6
                                    

Iris mengangkat bekas Tupperware besar yang berisi kuih donat dan karipap lalu diletakkan diatas meja. Dia terloncat kecil ketika berjalan. Maklumlah kaki masih sakit. Tapi dah surut sikit.

Tiba tiba dia terdengar bunyi pintu kereta ditutup dari luar rumahnya. Iris lambat lambat melihat keluar.

Ah sudah agak. Harris ni lagi. Tapi kenapa pagi pagi dia dah datang sini. Mentang mentanglah dah tahu rumah aku kat mana. Boleh datang sesuka hatilah?

"Cik Iris" panggil Harris. Dia berhenti dihadapan pintu rumah Iris.

"Ada apa?" soal Iris. Dia datang kearah Harris.

"Kaki awak dah sembuh dah?"

"Sembuhlah sikit. Tak sakit macam malam tadi" Jawab Iris. Harris melontarkan pandangan kearah bekas kuih. Kemudian pandangannya beralih kepada Iris kembali.

"Awak dah buat kuih tu ke?"

"Dah. Malam tadi"

"Uit. Lewat lah awak tidur malam tadi kan? Macam mana awak nak bergerak gerak bila buat kuih tu. Boleh pulak eh awak kehulu kehilir buat kuih" Harris mula cakap banyak.
"Kau dah lah baru kenal aku. Mula cakap banyak pulak dah" Bisik hati Iris. Dia memandang Harris tajam.

"Bisinglah awak ni" balas Iris.

"Nak rasa kuih tu boleh?" pinta Harria tanpa segan silu.

Iris mengangat bibir atasnya. Lalu tanpa banyak bunyi, dia mengambil piring kecil. Dua biji kuih donat dan dua biji karipap di isi kedalam piring itu lalu diserahkan kepada Harris.

Harris lantas menyuap kuih itu kedalam mulut.

"Baca doa dulu tak boleh ke?" tegur Iris.

"Ehh...Bismillahirrahmannirrahim" Harris menggigit lagi kuih itu.

"Sedapnya. Tak sia sia saya belikan awak tepung dan gula semalam" ujar Harris sambil menunjukkan riak nikmat.

Iris sudah tersenyum sinis. Baru tahu ke kuih aku sedap? Iris lantas mendapatkan bekas kuih tadi. Dia mahu menghantar kuih kuih tu semua ke warung Mak Siti. Dah lambat dah ni.

"Nak pergi mana?"

"Hantar kuih" jawab Iris.

"Saya hantar. Takkan awak nak kayuh basikal?" Harris menawar.

"Takpe. Saya jalan kaki" tolak Iris. Pintu dikunci.

"Awak nak jalan terhenjut henjut ke?" Harris tersenyum.

Iris menjeling. Lelaki gatal ni memanglah. Sajalah tu nak kata kaki aku tempang.

"Sudah. Naik je dengan saya. Saya tak apa apa kan awak lah" Jamin Harris lalu membukakan pintu untuk Iris. Dia memang berharap agar Iris menumpangnya.

Iris tiada pilihan. Dia masuk kedalam kereta Harris. Harria tersenyum lebar.

"Awak sepatutnya datang kampung ni sebab hal kerja kan?" Iris menyoal.

"Yup" Balas Harris, ringkas.

"Jadi kenapa awak kat sini? Kenapa tak pergi ke tempat awak sepatutnya datang?" Soal Iris lagi. Lelaki disebelahnya ini langsung tak risau kalau kalau dia terlepas benda penting.

"Peninglah saya nak uruskan kerja tu. Baik saya pandang awak. Tenang saya, kan Cik Iris?" Harris mempamirkan senyuman. Menggoda habis.

Iris menunjukkan riak menyampah. "Daripada awak membazir air liur cakap ayat manis dekat orang macam saya ni, lebih baik awak uruskan hal awak. Lagipun, awak ni dah ada teman wanita kan?" Iris menyengetkan bibirnya.

Harris terdiam. Awak tak tahu saya ni siapa.

"Yup. Saya ada banyak girlfriend kat KL. Semua lawa lawaa" seloroh Harris lalu tersengih.

Iris sudah terasa tidak selesa dengan kata Harris. Sah kaki perempuan!

"Sudah tu? Kenapa tak jaga teman wanita awak?" Bidas Iris. Meluat aku tengok dia ni.

"Buat apa saya nak jaga teman wanita saya kalau saya dah ada future wife saya kat sebelah ni? " selamba badak Harris menjawab. Iris terkejut beruk mendengarnya.

"Haish siapa nak kahwin dengan awak? Siapa nak jadi bakal isteri awak?"

"Awaklah cik Iris"

"Taknaklah saya.. Dah warung Mak Siti dah dekat tu. Turunkan saya. Nanti apa pula orang kampung kata" Tegas Iris. Harris sudah ketawa.

"Cik Iris" panggil Harris setelah Iris keluar dari keretanya.

"Apa dia?" Iris terhenjut henjut berjalan

"Jangan sombong sangat. Saya suka jenis yang garang garang ni" Ujar Harris. Iris malas mahu mendengar dia meneruskan perjalanannya.

Menunggu Kamu ✔Where stories live. Discover now