33'

14.9K 475 8
                                    

Tangan dihempaskan diatas stereng kereta dengan perasaan marah yang bergumpal dihatinya. Kepalanya begitu runsing sekali. Mukanya turut lebam ditumbuk Hansyar tadi. Kepala dipicit, pening teramat memikirkan masalahnya sekarang.

"Arghhhh!" jerit Harris sekuat hati. Merah mukanya. Bengang+serba salah, bercampur baur.

Apasal dengan semua orang ni? Asyik menyusahkan aku je. Semuanya sebab perempuan tu!

Wajah wanita selekeh mula bermain dimindanya. Dia sendiri taktahu dan tak pasti siapa wanita itu. Rambutnya diraup kasar. Serabutlah nak fikir semua ni.

Fikirannya menyinggah saat wanita itu menganggalkan tudungnya. Wajah itu seperti pernah dia nampak. Tapi dia ingat ingat lupa. Dia memang sudah anggap perempuan itu penipu. Tapi bila hijabnya dibuka, serta merta otaknya penuh dengan tanda tanya.

"Iris untuk Harris.." Satu suara menyapa dimindanya. Suara itu kedengaran sungguh lembut sekali. Merdu. Mampu meluluhkan hati sesiapa saja.

"Abang suka rambut Iris. Hitam sihat je.." Harris teringat sesuatu. Itu suara aku. Memang suara aku. Kepalanya digenggam. Ya Allah apa ni Ya Allah. Apa yang engkau mahu tunjukkan ni. Jiwa Harris kacau. Suara suara yang entah dari mana datangnya itu semakin galak berbunyi.

"Saya tunggu awak" Suara Iris sayu. Air mata Harris mengalir. Dia meracau tidak tentu arah.

"Iris.. Ya Allah" Harris tiba tiba menyebut perkataan itu. Kepalanya semakin sakit. Dia memaksa dirinya untuk ingat juga siapa perempuan itu.

Wajah Iris bermain dimindanya. Senyuman manis Iris. Wajah masam mencuka Iris. Semuanya muncul. Harris menangis tidak keruan.

Wajah Iris dengan bunga diselitkan dicelahan telinga makin membuatkan Harris mengalirkan air mata.

"Cukup! Aku tak nak ingat semua ni. Aku sakitt. Kepala aku sakitt. Cukup!" Harris menjerit rayu. Dia seperti tidak tentu arah. Nafasnya juga sesak. Dadanya turun naik turun naik.

**

Hansyar memerhatikan Harris dari atas hingga bawah. Wajah Harris kelihatan kusut teramat. Mata pun sembap. Mesti kurang tidur ni.

"Kau pergilah mandi dulu. Aku tunggu kat luar" perintah Hansyar. Dia memalingkan pandangan. Entahlah. Hansyar tidak tahu apa yang terkandung dalam otak dan hatinya. Marah? Memang dia marah? Kecewa sangat dengan perangai setan Harris. Sanggup dia tolak isteri dia yang tengah mengandung tu? Mana pergi hati kau?

Mahu saja dia minta author tuliskan jalan hidup dia menjadi cacat kerana accident (🌚😂)

[K tambah je tu]

Harris hanya menurut. Selesai sahaja mandi, dia terus mendapatkan Hansyar yang sedang bersandar dikerusi.

"Aku nak mintak maaf pasal haritu" Harris menunduk. Dia memang serba salah. Hatinya tak tenang. Fikirannya gusar.

"Kau tak payah minta maaf dengan aku. Isteri kau yang banyak makan hati dengan kau" jawab Hansyar sambil melepaskan keluhan berat.

"Kenapa kau nak bela dia? Kau tahu tak? Hidup aku tak tenang lepas dia muncul"

"Jadi apa hak kau nak tolak dia? Tak kesahlah kau ingat atau tak. Kau mengaku atau tak. Anak dalam perut dia tu, anak kau. Dia tak menipu"

"Malam tadi.." Harris meraup mukanya.

"Aku teringatkan perempuan tu. I--iris. Kepala aku sakit sangat. Muka dia muncul dalam otak aku. A--aku tak tahu apa muslihat dia. Sampai aku tak boleh berhenti teringatkan muka dia"

"Harris. Kau hampir nak ingat balik. Kau kena usaha untuk ingat balik semuanya"

"Tak boleh. Aku sakit weh. Aku tak mampu nak ingat semua tu" Tolak Harris. Dia taknak lagi rasa sakit kepala macam malam tadi.

"Mana perempuan tu?" soal Harris lagi.

"Dia dah balik kampung dia. Jangan risaulah. Kalau betul kau taknak kat dia, dia tak kan datang sini lagi. Tolong, jangan ceraikan dia sebelum dia bersalin" Pinta Hansyar.

Harris mengangguk perlahan.

"And stop panggil dia perempuan. Nama dia Iris" Ingat Hansyar lagi.


Menunggu Kamu ✔Where stories live. Discover now