Iris duduk diatas batuan tempat dia biasa meluangkan waktu. Pemandangan disitu sungguh indah. Sebab tu dia memilih tempat seperti ini. Sejuk. Tenang. Kepala yang runsing pun boleh kebah bila duduk sini.
Iris tiba tiba teringatkan Harris. Kata kata Harris kelmarin sungguh mengejutkan. Luahan hati yang disuarakan oleh Harris benar benar membuatkan dia kurang enak.
"Serius ke dia nak kan aku?" soal Iris sendirian. Dia kurang yakin dengan penyataan perasaan itu. Dia takut kalau dia akan dipergunakan. Taknak lah dia menjadi mangsa lelaki gatal itu.
"Tak mungkin lah. Dia tu ada gaya, kacak, kaya. Semua rebutkan dia. Aku ni dah lah perempuan kampung je. Pelajaran pun takde. Tak layak lah untuk dia" Iris bermonolog. Dia sedar siapa diri dia. Dia dan Harris umpama langit dan bumi.
"Fikir apa tu? Fikirkan saya eh?" Sampuk Harris selamba duduk disebelah Iris.
"Eh terkejut saya. Awak buat apa kat sini? Nanti orang kampung nampak lah. Saya taknak jadi buah mulut orang" Marah Iris. Dah lah lelaki ni datang tah dari mana.
"Takpe. Budak budak mandi tu kan ada" Jawab Harris. Iris menjeling.
"Banyaklah awak" Iris bangun dari duduknya.
"Cik Iris" panggil Harris lembut.
"Ape dia?" Soal Iris. Dia berpaling kearah Harris.
"Kita nikah?" Iris terkejut beruk. Apa ke gila ke namanya ni!
"Boleh tak jangan main main soal nikah ni? Saya tak sukalah"
"Apa pula Cik Iris. Saya serius ni" balas Harris.
Iris berfikir sejenak.
"Ada syarat"
"Apa dia syaratnya? Saya akan tunaikan demi awak" Yakin jawapan Harris. Dia sudah tidak peduli. Daripada dia makan hati tak dapat memilik Iris. Baik dia ikut saja syarat Iris.
"Awak kena balik. Saya tak suka jadi bualan mulut tempayan kampung ni"
"Oh takut makcik bawang" gurau Harris lalu tersengih sengih. Iris sekadar menjeling.
"Saya minta diri dulu Cik Iris. Nanti bagitahu saya syarat seterusnya" pesan Harris lalu beredar.
Iris menghembus nafas lega. Nasib baik dia dah bla. Yakin ke dia boleh ikut apa je yang aku pinta? Tak mungkin lah. Aku tahu dia akan terus mengalah nanti
Iris mendapatkan basikalnya lalu mengayuh pulang kerumah. Dia berfikir apa lagi yang dia akan perintahkan kepada Harris. Tunggulah.
**
"Biar betul Cik Iris?" Harris terperanjat.
"Ya. Kenapa? Tak berani?"
"Er.." Harris sudah cuak. Dia bukan apa. Permintaan Iris itu sedikit sukar untuk ditunaikan. Ade ke patut dia suruh aku jadi imam kat masjid? Ingat aku berani ke? Aku dah lah tak reti sembahyang. Seumur hidup aku, tak pernah aku sembahyang. Tulah. Selama ni Hansyar ajak solat sama sama. Dia tolak mentah mentah. Sekarang memakan diri sendiri pula.
Harris terdiam. Macam mana ni?
"Tak boleh ke? Kalau tak boleh tak pe" Iris menjeling sinis.
"Eh boleh. Saya akan buat. Tapi ambil masa. Boleh Cik Iris?" Pinta Harris sambil menggaru kepala.
"Oke boleh" Balas Iris. Harris lega. Dia tersengih.
**
Harris menanggalkan kasutnya lalu menapak didalam masjid. Dia ingin berjumpa dengan pak imam. Dia ingin belajar sembahyang demi mendapatkan hati Cik Iris.
"Hello" Harris menegur seorang tua yang memakai jubah putih. Seperti baru sahaja selesai beribadat.
"Assalamualaikum" jawabnya. Harris dah deep dah tu.
"Waalaikumussalam" Harris membalas. Dia tersengih.
"Ye ada apa?"
"Saya--nak--cari pak imam" Tergagap gagap Harris menjawab.
"Oh. Saya Imam Umar"
"Imam..saya nak mintak tolong"
"Duduklah dulu, nak" Harris akur. Dia duduk disitu bersama Imam Umar.
"Nak mintak tolong apa?" soal Imam Umar ingin tahu.
"Saya--nak belajar solat. Sebelum ni--saya--takpernah solat, pak imam"
Imam Umar tersenyum. "Baguslah jika terbuka hatimu nak dirikan solat"
"Saya---""Teruskan"
Harris menceritakan permintaan Iris yang mahu dia menjadi imam di masjid.
Seperti yang dijanji, dia akan laksanakan segala syarat agar Iris menerimanya. Sebab tu dia tergesa gesa mencari pak imam.
"Saya--tak boleh jadi imam kalau saya tak pandai solat"
"Nak. Dapatkan cinta tu tak salah.." lembut Imam Umar bersuara. Harris mendengar dengan tekun
"Yang salah, bila kita melakukan ibadah dan kebaikan kerana cinta kepada manusia. Bukan kerana Allah SWT"
Harris termangu. Dia mendengar segala hadis dan riwayat yang disampaikan oleh Imam Umar dengan bersungguh sungguh. Rupanya, niat dia salah. Dia sepatutnya memasang niat melakukan perubahan kerana Allah. Bukan kerana Iris.
Walaupun cintanya terlalu dalam untuk Iris, dia tak patut berbuat semua kebaikan itu untuk Iris.
Menurut Imam Umar, jika kita mencintai Allah. Allah akan mengasihi kita. Betapa sucinya cinta Allah kepada ciptaannya.
Allah akan meredhai semua perbuatan kita jika kita selalu ingat kepada-Nya.
Tak mustahil Iris akan membalas cintanya jika dia mencari cinta Allah.
"Saya faham imam" Harris menunduk.
"Imam akan ajar kamu sembahyang. Jangan risau. Yang penting, ikhlaskan hatimu. Lama lama kamu akan selesa dengan ibadah ini. Perlahan lahan ya?" Pesan Imam Umar.
Harris mengangguk.
YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
RomanceBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...