"Cik Iris!" Harris berlari. Cepatnya Iris ni berjalan.
"Apa dia?" Iris masih berjalan.
"Tunggu saya"
Iris berhenti berjalan. Dia menyilangkan tangannya lalu menghadap Harris.
"Awak nak apa?" soal Iris.
"Saya--dah pandai mengaji sikit sikit" beritahu Harris dengan sedikit bangga.
"Baguslah. Semoga awak boleh baca dengan lancar lepasni" Iris berpaling kehadapan kembali. Dia masuk kehalaman rumahnya setelah sampai.
"Cik Iris. Saya tak puas bercakap dengan awak lagi ni" ujar Harris mengejar Iris.
"Awak nak cakap apa lagi?"
Tiba tiba kedengaran bunyi guruh. Langit juga kelihatan semakin gelap. Setitis demi setitis hujan turun.
"Saya--"
"Eh awak balik lah. Hujan makin lebat ni. Nanti awak basah" Iris menyuruh.
"Saya--sayang awak, Iris" luah Harris.
"Baliklah Harris!"
"Tolong terima saya. Saya meletakkan harapan yang tinggi pada awak" sambung Harris lagi.
"Jangan merepek boleh tak? Pergi balik"
"Saya takkan balik selagi awak tak terima saya. Saya boleh tahan hujan ni" Jawab Harris.
"Suka hati awak lah! Awak duduklah situ sampai hujan berhenti" Marah Iris. Degil. Tak nak dengar cakap.
"Cik Iris! Kalau ni adalah satu daripada syarat yang awak bagi, saya akan turutkan"
Iris hanya diam. Dia masuk kedalam rumahnya. Suka hati kau lah.
"Nanti dia bla lah tu" gumam Iris didalam hatinya.
**
Hujan berhenti menitis. Langit juga kembali cerah. Iris membuka tingkap biliknya. Dia memandang keluar.
"Ya Allah" mata Iris membuntang luas. Cuba teka apa dia nampak?
Harris. Harris duduk di tersandar di tepi pokok kecil dihalamannya. Matanya terpejam. Seperti sedang tidur. Bajunya basah lencun.
Tanpa berlengah, Iris keluar dari rumahnya lalu mendapatkan Harris.
"Harris" panggil Iris. Badan Harris digoncang lembut.
Tiada sahutan. Tidur ke?
"Harris janganlah tidur kat sini. Awak baliklah tidur kat sana. Bangunn"
Harris tidak sedarkan diri.
"Harris. Awak kenapa?" Iris sudah mula cuak. Pengsan ke?
Iris menggunakan sepenuh tenaganya untuk mengangkat tubuh Harris. Dia menyandarkan Harris pada kerusi berkusyen di luar rumahnya.
Air suam dia ambil lalu dia menyuapkan air itu kedalam mulut Harris.
Tidak lama selepas itu, Harris tersedar.
"Harris?" panggil Iris.
"Cik Iris. Macam mana saya ada kat sini?" soal Harris. Harris meraup mukanya. Dia menggigil kesejukan.
"Awak tunggu sini. Saya amik baju" soalan Harris tidak dijawab. Takkan dia nak kata dia yang angkat Harris kot.
Harris mengangguk. Selang 3 minit. Iris membawa baju t-shirt dan seluar arwah ayahnya lalu dia hulurkan kedua pakaian itu kepada Harris.
"Nah. Awak pergi salin baju kat dalam. Saya tunggu luar" Harris tersenyum. Dia mencapai pakaian itu lalu masuk kedalam rumah Iris.
"Cik Iris" ujar Harris. Iris berpaling. Baju arwah yang tersarung ketubuh Harris memang sesuai untuknya. Tidak sedar, Iris tersenyum kecil.
Harris juga turut tersenyum. Dia mendekati Iris. Iris sedikit menjauh.
"Air suam tu habiskan" pesan Iris. Harris hanya akur.
"Terima kasih"
"Awak rasalah. Sejuk kan? Saya dah kata balik tadi. Awak tak nak dengar"
"Kan saya dah kata. Saya boleh buat apa saja yang awak suruh. Kalau awak suruh saya minum racun pun saya sanggup" benar. Apa yang keluar dari mulutnya memang benar. Dia mencintai Iris sehingga sanggup melakukan segalanya demi Iris.
Iris terdiam. Mata Harris ditatap mencari keikhlasan itu.
"Awak tak percaya saya?" Soal Harris. Tangan Iris yang beralas digapai.
"Saya janji akan jaga awak. Saya tak kan mainkan awak. Saya akan bawa awak jumpa mama dan papa saya" beria Harris berjanji. Dia betul betul serius.
Iris memandang Harris. Lelaki ni memang ikhlas nak kan aku. Kalau tak, takdenya dia redah hujan sebab nak tunggu aku. Iris tersenyum.
"Saya--" Iris mahu menjawab.
"Awak banyak buat saya berubah. Saya tahu awak adalah jodoh saya. Tolong terima saya. Jangan siksa saya macam ni"
Sekali lagi Iris tergamam. Tiada idea untuk dia menyuarakan isi hatinya.
"Saya--cuba"
YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
RomanceBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...