Harris termenung. Kejap dia tersenyum. Kejap dia tak senyum.
Wajah Iris kerap bermain di mindanya. Susah benar nak dapatkan gadis tu. Kalau perempuan lain, aku petik jari je dah dapat. Yalah aku kan hensem. Kaya pulak tu.
Tapi Iris lain. Dia jual mahal. Takkan dia taknampak aku bawak kereta apa tadi. Gaya aku. Dia buta ataupun tak nampak? Samalah tu.
"Cik Iris.." sebutnya tiba tiba.
Rasa rasa, boleh ke aku dapatkan dia? Dia dah lah garang semacam.
"Takpe. Saya akan cuba kenali awak dengan lebih lagi. Dan saya akan buat awak kenal saya" Harris tersenyum kecil.
**
Malam itu, Iris pantas mengayuh basikalnya untuk menuju kekedai. Gula dan tepung habis. Kena beli. Kalau tak, takboleh buat kuih esok.
Kawasan hutan yang gelap dilalui juga. Ah Iris berani!
Sedang Iris mengayuh basikalnya, dia terdengar bunyi semak. Iris hanya buat pekak. Taknak dengar dan taknak tahu. Dia meneruskan kayuhannya, tiba tiba dua orang lelaki yang agak berumur menghalang perjalanannya.
"Iriss..." panggil seorang lelaki dengan manja.
Iris membrek basikalnya. Dia sudah naik gerun melihat dua orang lelaki itu.
"Pakcik dua orang nak apa?" soal Iris dengan berani. Dia mengundur perlahan lahan. Tiba tiba basikalnya terhenti seakan ada orang yang menghalang.
"Nak pergi mana Iris?" tanya seorang lagi lelaki dibelakangnya. Ada tiga orang lelaki sedang mengepung Iris.
Iris diam. Perasaan takut mula mengisi benaknya.
"Iris nak pergi mana ni kayuh basikal malam malam?" tanya seorang lelaki itu. Perlahan lahan dia mendekati Iris sambil tersenyum. Senyum ada makna.
"Oi Derus. Cepatnya kau dekat dengan dia. Takut dia" tegur kawannya. Mereka bertiga ketawa berdekah.
"Apa masalah Pakcik Derus ni? Jangan dekat lah!" marah Iris. Dia sudah tiada pilihan lain selain daripada turun dari basikalnya.
"Syim. Betul lah. Dia marah. Ala comelnya Iris" Derus ketawa memandang Hasyim.
Iris mencari akal untuk melepaskan diri. Disaat bahunya disentuh oleh Hasyim, Iris segera menyentak tangan itu kasar.
"Jangan sentuh!"
"Ala nak pegang sikit pun tak boleh. Kedekutnya diaa" Hasyim menyakat. Dia memegang lengan Iris.
Iris mengelak. "Pak Cik semua ni kenapa? Pergilah surau ke masjid ke. Tunaikan ibadah. Jangan kacau saya!" Sekali lagi Iris beranikan diri.
"Uish garang. Jid, kau pegang dia ni. Nak mengajar kita pulak" Arah Derus.
Najid tanpa membuang masa memegang kedua belah tangan Iris. Iris meronta mahu melepaskan diri. Tapi kudratnya tidak mampu melawan."Lepass!! Lepassssss!!"
"Taknak! Kalau Iris terlepas, tak dapatlah abang nak manja manja dengan Iris..kan??" Hasyim mengelus pipi Iris. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Iris.
Iris meludah ke muka Hasyim ketika Hasyim menghampirinya. Dia terasa puas berbuat begitu.
Hasyim pantas mengelap ludah pada mukanya. Mukanya merah padam menahan marah.
Derus dan Najid sudah ketawa kuat. Padam muka kena ludah.
"Kurang ajar!" Hasyim melibas tangannya ke muka Iris dengan kuat. Geram!
Iris menahan kesakitan diwajahnya. Dia menangis perlahan.
"Lepaskan akuu lah!"
"Abang takkan lepaskan Iris" Hasyim sudah mengukirkan senyuman miang. Dia memberi isyarat kepada Derus dan Najid supaya membawa Iris kedalam semak.
YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
RomanceBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...