Harris memandu kereta menuju ke homestay nya. Tiba tiba dia terpandang figura gadis yang ingin sekali dia jumpa sedang mengayuh basikal.
Harris menghentikan keretanya.
Kayuhan Iris terhenti. Dia pelik kenapa kereta ni tiba tiba berhenti dihadapannya.
Seorang lelaki keluar dari keretanya lalu menuju kesini. Lelaki itu nampak begitu bergaya sekali. Kemas. Kacak dengan spek hitam yang dipakai. Iris memandang lelaki itu tidak berkelip.
Kenapa lelaki itu datang ke arahnya? Nak tanya arah jalan ke? Ataupun.. Dia tu penculik!! Oh tidakk
"Hai" sapa Harris sambil tersenyum. Dia membuka cermin matanya. Waduh. Ganteng sekalii!
"Wa--waalaikum--salam" Iris tergagap. Matanya tidak lepas memadang Harris.
"Walaikumsalam? Bila masa saya bagi salam?" Harris menjungkitkan keningnya.
Iris tersedar. Bila masa mamat ni bagi salammm! Mazhab mana kau pakai ni Iris.
Muka Iris berubah malu. Dia tertunduk.
Harris tergelak kecil melihat Iris. Gadis didepannya sungguh comel.
"Nak pergi mana lawa lawa ni?" Harris memandang Iris atas bawah. Gadis itu sopan berbaju kurung ungu. Rambutnya tidak berikat. Dibiarkan bebas.
Iris berpaling. Dia tidak selesa dipandang sebegitu oleh lelaki dihadapannya. Apahal? Tak pernah jumpa perempuan cantik macam aku? Riak menebal di jiwanya.
"Suka hati saya lah--kenapa encik tanya pula" jawapan itu keluar dari mulut Iris. Secara tiba tiba. Bapak kurang ajar gila kau ni Iris.
"Amboi.. Saya tanya je pun" manis saja mulut si buaya tu. Wajah pun manis saja. Iris dipandang lama.
Iris tidak suka diperhatikan. Lelaki itu seperti gatal. Pandang macam nak buat tah. Baik aku pergi selamatkan diri.
Iris menaiki basikalnya lalu mengayuh perlahan. Dia mahu meninggalkan Harris yang berwajah miang itu.
"Iris Izzliyana" Panggil Harris. Iris berpaling. Mana dia tahu nama aku??
"Janganlah sombong sangat" sambung Harris lagi.
Iris berhenti. Dia menunjukkan riak menyampah.
"Suka hati saya lah" Balas Iris selamba.
"Uit. Garangnya" Harris menghampiri.
"Jangan cuba dekat eh" Iris memberi amaran.
"Kenapa?"
"Saya dahlah tak kenal awak. Tiba tiba awak nak borak borak dengan saya. Mana awak tahu nama sayaa?" Iris menjeling.
"Perlu ke saya bagitahu mana saya tahu nama awak?" Dia mendekati wajah Iris. Semakin dekat dan dekat. Jarak muka mereka hanya sejengkal saja.
Iris tersentak. Dekat gila lelaki ni. Dia segera menjauhi. Selipar yang dipakai diambil. Dia menunjukkan gaya mahu melontar selipar.
"Jangan sampai saya baling selipar ni kat awak. Gatal" Iris mengugut. Wajahnya tampak serius.
"Jual mahal la awak ni. Suka saya tengok awak" Harris masih tenang. Tak takut pun walau kejap lagi selipar tu akan hinggap diwajahnya.
"Nak kena baling selipar ke?" Lagi sekali Iris mengugut. Tak de masa nak bergurau oke.
"Balinglah cik Iris. Saya tak takkisah" Harris menyusun langkah semakin hampir dengan Iris. Iris sudah naik seram. Muka macam perogol bersirii.
Iris takut di apa apakan. Dia memakai seliparnya kembali lalu mengayuh basikalnya sepantas mungkin.
Letus ketawa Harris. Tahu takut.
"Cik Iris.. Cik Iris. Comelnya perangai awak" gumam Harris lalu masuk kekeretanya.
**
Iris tergesa gesa turun dari basikalnya setelah tiba dirumah. Dia masuk kedalam rumahnya. Pintu tingkap habis dikunci. Takut punya pasal.
Gila lah lelaki tadi tu. Nasib baik dia sempat lari. Kalau tak.. Taktahulah apa jadi!
Dia bersandar di kerusi rotan berdekatan pintu rumah itu lalu melepaskan nafas lega.
Penat juga mengayuh basikal tak henti henti. Bawak laju laju pula tu.Tiba tiba pintu rumahnya diketuk. Iris segera menoleh kearah pintu. Lelaki tadi ke?? Dia tahu ke rumah akuu? Dia sempat ekori aku ke? Habislahh! Macam mana ni.
Pinti masih diketuk. Semakin kuat bunyinya. Iris perlahan lahan menuju kepintu. Kuali jenis pan yang diambil tadi sudah siap ditangan. Aku bukak je pintu, habis kepala lelaki tu aku ketuk. Jangan main main dengan aku.
Iris membuka kunci rumahnya dengan cermat. Lalu dia pantas dia membuka pintu itu. Kuali dihempaskan diatas kepala orang yang mengetuk pintu tadi.
"Aduhh" teriaknya.
Iris membuntang mata. Adhiaa!
"Aku minta maaf! Aku ingatkan orang jahat" Iris melepaskan kuali tadi. Kepala Adhia di usap usap.
"Orang jahat apa pula. Aku yang biasa datang rumah kau kan?" balas Adhia. Wajahnya kelihatan menahan sakit yang teramat..
"Alah. Aku tak sengaja. Aku betul betul ingat orang jahat tau" Iris menggapai tangan Adhia lalu dibawa masuk ke rumahnya. Punggung dilabuhkan diatas kerusi.
"Kau tahu?" Iris membuka cerita.
"Apa dia?" tanya Adhia. Sakitnya sudah hilang. Biasalah makcik bawang. Asal nak gosip je habes sakit hilang. Janji dapat gosip.
"Tadi ada lelaki bawak kereta mewah berhenti depan aku. Aku bawak basikal masa tu.."
Adhia mengangkat keningnya.
"Lepastu kan. Dia macam nak borak dengan aku. Muka dia kacaklah jugak. Tapi aku tak selesa lah bila dia pandang aku atas bawah lama lama. Miang tahu tak?"
"Lepastu?" Adhia mahu tahu.
"Yang peliknya...dia tahu nama aku! Aku takutlah. Tah tah dia perogol. Takpun yang jual jual perempuan tu.. Eeeee" Iris menunjukkan riak geli plus takut teramat.
"Dia pakai kereta hitam ke? BMW kan? Bukan orang sini kan?" Adhia meminta kepastian.
"Haah hitam. BMW kot sebab aku sempat tengok lambang kereta tu. Ya bukan orang sini. Macam orang bandar" Jawab Iris.
"Iriss! Dia tu lah orang KL tu. Harris! Takkan kau lupa kot. Dia kacak sangat. Aku dah tengok dah" Adhia teruja apabila bercerita tentang Harris.
Iris seperti tidak kisah apa jua berkenaan lelaki itu. Yang dia tahu, lelaki tu gatal.
"Aku tak peduli lah pasal dia. Yang penting aku taknak jumpa dia. Gaya macam playboy. Kaki perempuan. Tadi dia dekat dekat dengan aku. Aku dah bagi amaran dah jangan dekat. Kalau tak aku baling selipar..." Seloroh Iris.
"HAHAHAHAHAH. Lepastu?" Adhia terhibur mendengar cerita Iris. Baling selipar.
"Dia nak dekat jugak. Tak takut pun. Makin gatal muka dia. Aku apa lagi.. Cabutlah. Takut aku"
"Aduh kawan aku sorang ni. Habis tu tadi? Yang aku ketuk pintu tu? Kalau kau takut orang jahat kenapa kau bukak jugak pintu?" Soal Adhia.
"Aku kan ada kuali arwah mak aku. Aku campak kat muka dia memang rebah dah ke lantai" Angkuh sahaja jawapan Iris membuatkan Adhia tergelak kuat.
"Berani sangat kau ni Iris. Lain kali jangan buat macam. Tu nasib baik aku yang datang. Kalau betul orang jahat? Tak ke naya kau? Risau aku. Laen kali intai dulu kat tingkap. Pastikan siapa yang datang. Setakat kuali tu. Kalau orang jahat tu lagi cekap macam mana? Tahu pulak nak jerit minta tolong. Haih Iris" bebel Adhia. Pinggang Iris dicubit lembut.
Iris mengelak ngelak tidak mahu dicubit. Dia ketawa.
"Yelah makcik. Saya tahu saya silap. Jangan lah membebel. Sama macam maknenek pula" Balas Iris. Suara ketawa mereka bergema diruangan rumah itu.
YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
RomanceBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...