17'

10.4K 428 2
                                    

Sebulan berlalu dengan pantas. Dato Afdan melirik jam ditangannya. Dia menunggu kedatangan Hansyar di pejabat.

"Maaf lambat, pa" Wajah Hansyar serba salah.

"Hansyar pergi mana? Lama tau papa tunggu" marah Dato Afdan.

"Sorry pa. Hansyar tertinggal dokumen tadi. Er papa, Hansyar ada berita buruk" Hansyar sedikit menunduk.

"What?"

"Kita tiada supporter untuk dirikan plan kita yang dirancang tu. Sebelum ni, Harris yang buat kerja tu. Tapi, semenjak Harris takde. Kita kekurangan anggota yang dipercayai. Kalau benda ni dibiarkan berlarutan, bankrup syarikat kita" Muka Dato Afdan berubah pucat.

"Hansyar dah check ke setiap butir? Cakap betul betul Hansyar! Tiada masa untuk bergurau!" Bentak Dato Afdan. Hansyar mengeluh.

"Im serious. Kita tiada jalan lain untuk selamatkan syarikat kita ni kecuali kita pujuk Harris untuk kerja kembali di syarikat ni"

"No! Dia bukan anak papa lagi. Buat apa nak ambil dia kerja?"

"Its up to you. Hansyar terima je keputusan papa. Hansyar minta diri dulu" kaki diatur keluar dari bilik pejabat itu.

Dato Afdan menunduk. Apa dah jadi ni? Salah diakah selama ini tidak mengambil berat tentang syarikatnya? Sebelum ini dia hanya tahu enjoy dengan harta dan memberi amanah kepada anak anak dan stuff lain. Sehingga dia lupa, dia sudah kehilangan orang kepercayaan. Muka diraup kasar.

**

Harris keluar dari keretanya. Dia membawa beberapa beg menuju ke dalam rumah.

"Iris. Abang dah balik" laung Harris.

Tidak lama selepas itu, Iris datang mendapatkan Harris. Dia terlihat suaminya menjinjing beg beg.

"Apa tu?" soal Iris.

"Ha Iris tengok ni. Abang belikan tadi" Iris mencapai huluran Harris.

"Ehh tudung! Cantiknya!" Mata Iris membuntang. Wajahnya menunjukkan riak teruja.

"Iris.. Mulai hari ini, bila Iris nak keluar rumah.. Iris pakai tudung ye?" Pinta Harris.

"Kenapa? Saya tak cantik dah ke?" Iris mencebik.

"No lah. Iris cantik sangat. Tapi kecantikan Iris, hanya untuk tatapan abang. Abang tak suka lelaki lain ushar isteri abang ni. Abang cemburu" luah Harris. Pipi Iris dicium dengan penuh cinta.

Iris berfikir sejenak. Dia mencerna kata kata suaminya. Kemudian dia tersenyum manis.

"Baiklah" Iris mengambil sehelai tudung lalu dililitkan dikepala.

"Cantik tak?" Tanya Iris.

Harris menatap wajah anggun milik Iris sambil mengangguk.

"Isteri abang tak pernah tak cantik" Balas Harris membuatkan Iris tersipu malu.

**

Dato Afdan melabuhkan punggung diatas sofa. Satu keluhan berat dilepaskan. Datin Fatihah yang sibuk melihat koleksi barang kemasnya tidak mempedulikan kehadiran suaminya disitu.

"Bik! Bawakan jus oren" arah Dato Afdan membuat Datin Fatihah tersedar kedatangan Dato Afdan.

"You dah balik? You, you tengok collection i ni. Cantik kan? Nanti hujung minggu ni temankan i pergi habib jewels, ya. Nak tambah lagi barang kemas ni" panjang lebar Datin Fatihah meminta. Dato Afdan mula merasa mahu naik marah.

"Orang tengah serabut ni you sibuk dengan barang kemas you!" bidas Dato Afdan.

"Apa masalah you? You serabut sebab apa?" marah Datin Fatihah kembali. Tiba tiba naik suara apahal?

"Kalau you nak tahu. Syarikat kita akan jatuh tak lama lagi. You nak enjoy sangat kan? You enjoy la bila kita dah jadi miskin nanti"

"What? No!" Terkejut Datin Fatihah dibuatnya.

"Apa? Memang akan terjadi. You ingat mimpi ke?" Dato Afdan menambahkan lagi kejutan. Kepala Datin Fatihah terasa berat.

"Air dah sampai, Dato" Hulur Mak Kiah. Dato Afdan menyambut huluran Mak Kiah. Air diteguk rakus.

Mak Kiah berlalu dari situ.

"Lagi satu, you kumpul lah koleksi you tu. Kumpul lah. Kumpul sebelum you kehilangan semua barang kemas you"

Datin Fatihah hilang keseimbangan diri. Dia rebah disitu.

Aik? Tak boleh terima hakikat ke akan jatuh miskin tak lama lagi?

Menunggu Kamu ✔Where stories live. Discover now