29'

11.6K 432 4
                                    

Iris termenung panjang. Tak sangka, dah dua bulan berlalu. Semenjak dihina, dia jarang keluar rumah.

Oh ya. Iris sudah berpindah ke rumah sewa. Dia tidak lagi tinggal dihotel.

Iris tersenyum nipis. Perutnya yang sudah kelihatan, diusap lembut. Dia takut nak jumpa Harris. Dia rasa macam sia sia sahaja dia mencari Harris. Tapi, perasaan sayang tu, tak pernah lekang di hati. Dia tahu, ini semua dugaan dari Allah untuknya. Dia harus bersabar. Segala apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya.

"Anak ibu ni. Nakal sangat. Duduk diam diam sikit sayang. Penat lah ibu" ujar Iris. Bayinya sudah mula menendang nendang. Lenguh satu badan melayan janinnya itu.

Sedang dia berkomunikasi dengan kandungannya, terdengar bunyi loceng rumah. Iris bangun lalu mencapai tuala. Tuala disarungkan dikepala. Dia mengintai ditingkap. Pintu segera dibuka.

"Assalamualaikum" Sapa Hansyar.

"Waalaikumsalam" jawab Iris sambil tersenyum.

"Lama saya tak jenguk awak. Awak sihat?" Soal Hansyar, mengambil berat.

"Alhamdulillah, sihat. Anak saya pun sihat"

"Alhamdulillah. Ni saya nak bawa awak keluar. Awak sudi?"

"Er. Jap eh saya bersiap" Iris segera masuk kebilik lalu menukar pakaiannya.

Selesai, dia keluar dan mengunci pintu. Dia masuk kedalam perut kereta setelah Hansyar membukakan pintu buatnya.

"Kita nak pergi mana?" soal Iris.

"Saya nak shopping. Awak temankan saya boleh?"

"Boleh" jawab Iris. Mungkin dengan cara ini, dia boleh membalas budi Hansyar. Tapi dia tahu, dia takkan mampu membayar apa yang Hansyar berikan kepadanya.

Mereka tiba dia sebuah butik. Hansyar memberhentikan keretanya.

"Jom masuk?"

"Awak kata awak nak shopping. Tapi kenapa nak masuk butik pakaian perempuan pula?"

"Kita beli baju untuk awak dulu. Jom"

"Hansyar. Dah lah. Saya tak nak. Banyak sangat dah awak bagi kat saya. Saya tak nak makan budi. Tak perlulah beli baju untuk saya" Iris merendah diri. Malunya bila lelaki ini terlalu baik.

"Ni saya ikhlas. Mana ada makan budi. Saya saje nak belikan baju untuk awak. Bukan saya nak awak terhutang budi"

"Saya tak boleh Hansyar. Saya tak nak orang lain anggap saya nak gunakan awak. Saya bukan mata duitan. Kita--balik? Atau pun saya temankan awak beli baju awak je?"

"Kecil hati saya bila awak tolak"

"Bukan macam tu. Tapi, dah banyak kali awak tolong saya. Baju baju ni tak penting pun"

"Takpe. Anggap saya tolong awak, oke?"

Iris terdiam. Perlahan lahan dia mengangguk.

"Bagus. Awak masuk dulu. Pilih la awak nak baju apa. Saya ada hal. Kejap je. Nanti saya masuk"

"Baiklah" Iris hanya akur. Dia masuk kedalam butik itu.

Hansyar tersenyum. Untung benar Harris memilik isteri seperti Iris.

Hansyar mencapai telefon pintarnya lalu membuka aplikasi Whatsapp. Niatnya mahu menghantar mesej kepada Harris. Tetapi..

"Kau buat apa kat sini?" soal Harris yang baru datang membuatkan Hansyar terperanjat.

Hansyar memandang adiknya yang sedang berpelukan dengan seorang perempuan. Yang penting tu bukan Azy. Harris kan tukar tukar perempuan.

Hansyar sudah menggaru kepalanya. Aduh Harris. Kenapa kau usung perempuan. Kau tahu tak Iris ada kat sini. Terkilan dia kalau tengok kau macam ni.

"Oi asal senyap. Kau buat apa kat butik perempuan ni? Kau bawa perempuan eh?" Harris menyindir. Perempuan disebelahnya ketawa kecil.

"Aku berdiri kat depan butik je pun. Kau sibuk apa? Ni perempuan mana pulak kau bawak?"

"She's my new girlfriend, Aysha"

"Ah aku tak kisahlah. Kau pergi la dari sini. Bawak awek kau gi tempat lain"

Iris yang ralit memilih baju terlihat figura Harris. Hatinya terkutik.

"Harris. Dia buat apa kat sini? Dengan Hansyar?" Iris sudah naik pening. Apa ni. Aku tak faham.

"Kau halau aku ke? Oke fine" Harris menjeling. Dia membawa Aysha pergi dari situ. Hansyar terasa lega. Dia memandang kedalam butik. Mana tahu Iris nampak Harris ke. Tak lama selepas itu, dia masuk kedalam butik itu.

**

Didalam kereta, Iris diam membisu. Hatinya langsung tak berminat nak berbual dengan Hansyar.

Hansyar menghantar Iris sampai dihadapan rumah.

"Terima kasih" ucap Iris.

"Sama sama. Saya pergi dulu" Pamit Hansyar.

"Hansyar" panggil Iris. Dia mesti tahu apa kena mengena Harris dengan lelaki itu.

"Ye?" soal Hansyar.

"Awak kenal Harris, suami saya?"

Tangan Hansyar sudah naik sejuk. Soalan itu benar benar membuatkan dia terdiam.

"Jawab. Saya nampak awak dengan dia tadi. Tolong jawab dengan jujur" Iris meminta. Wajahnya merayu meminta Hansyar menceritakan hal sebenar.

Menunggu Kamu ✔Where stories live. Discover now