Telefon pintar milik Harris berbunyi tanda ada panggilan masuk. Tanpa menbuang masa, Harris menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum" sapa Harris terlebih dahulu.
"Waalaikumussalam. Harris. Ni aku" Hansyar sedikit gelabah.
"Ye aku tahu. Kenapa kau resah semacam ni?"
"Mama. Dia jatuh sakit. Kau kena balik"
Harris membatu. Mama sakit. Tapi, kenapa dia mahu balik pula? Dia bukan anak Dato Afdan dan Datin Fatihah lagi.
"Kau kena balik. Mama nak kau balik" ujar Hansyar lagi.
"Aku taknak. Cakap dengan dia aku tak boleh balik" serba salah Harris melepaskan ayat itu.
"Apahal? Kau dah lupa siapa mama kau? Kau nak jadi anak derhaka?" marah Hansyar.
"Asal kau diam? Ha? Kau dengar tak apa aku cakap ni? Kau kena balik!" sambung Hansyar lagi. Hatinya betul betul kesal dengan tindakan adiknya.
Harris meletakkan panggilan. Ah buang masa nak dengar ceramah kau.
"Kenapa ni, awak?" soal Iris. Dari tadi dia dengar suara Harris keras menjawab panggilan."Hansyar. Abang punya abang" jawab Harris. Mukanya seperti serabut.
"Dia suruh awak balik kan?"
"Mama sakit" Harris melepaskan keluhan.
"Dah tu? Abang kena jumpa mama"
"Taknak lah. Abang tak boleh lupa apa yang diorang buat kat Iris" Balas Harris.
"Saya dah lupakan semuanya. Awak baliklah ye. Dosa tau buat macam tu" pujuk Iris.
"Abang tak nak!" Harris kuat membantah.
"Saya tak suka berkawan dengan orang yang degil. Saya taknak kawan awak lagi" rajuk Iris. Dia berpaling membelakangi Harris.
"Sayang..abang tak sedia nak jumpa mereka" Bahu Iris dipegang. Dia membawa Iris memandangnya.
"Sampai bila awak tak bersedia?"
"Sayang.. Kalau abang balik sana. Abang tak boleh bawak Iris. Abang tak sanggup nak tinggalkan Iris"
"Takpe. Saya sanggup tunggu awak balik" Iris tersenyum.
**
Keesokan pagi, Iris membantu Harris menarik beg pakaian ke luar rumah. Harris pula masih bersalah mahu pergi meninggalkan Iris seorang diri.
"Sayang, abang taknak pergi"
"Please jangan macam ni, awak. Mama awak perlukan awak tau. Awak tak kesian ke kat mama?" Pujuk Iris lagi. Tangan Harris digapai lalu dikucup mesra.
"Abang janji, lagi seminggu dua abang balik jumpa Iris ye. Abang tak lama kat sana. Abang tak sanggup biarkan Iris sorang sorang" ubun ubun Iris dicium lama. Besar nilai kasihnya terhadap Iris sehingga tidak tahu bagaimana mahu gambarkannya.
"Saya tunggu awak kat sini" ujar Iris. Dia menemani Harris berjalan menuju ke keretanya.
"Nanti abang balik. Iris jangan risau ye. Tolong jaga diri Iris untuk abang. Walau apa pun terjadi kat abang, Iris ingat tau yang abang sentiasa menyayangi Iris" Ucap Harris.
Iris mengangguk. Dia melambai Harris yang sudah bertolak. Lama kelamaan bayangan Harris hilang dimata.
Tiba tiba rasa sunyi mengelilingi dirinya. Rindu pun ada. Tak sampai sejam lagi Harris pergi, dia sudah rasa rindu. Hailah. Susahnya bila berjauhan dengan suami.
YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
RomanceBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...