Harris memberhentikan kereta dihadapan rumah Iris. Iris dan Harris hanya diam daripada tadi.
Iris serba salah. Ya. Dia tahu, Harris ikhlas mencintainya. Ibu bapa Harris yang menolak, bukan dia. Iris nampak pengorbanan Harris untuknya. Harris sanggup meninggalkan ibu bapanya demi dia. Iris terharu, tetapi dalam masa yang sama, dia gusar. Kalau boleh, dia taknak hubungan Harris dan keluarganya putus.
Iris memandang lelaki sebelahnya yang memejamkan matanya. Sesekali lelaki itu mencelikkan matanya, Iris masih memandang. Pandangannya tidak lekang.
Harris turut merenung mata Iris sedalam dalamnya.
"Saya nampak keikhlasan awak Harris" Ujar Iris.
Harris termangu.
"Tapi, lagi bagus kalau awak dahulukan keluarga awak"
"Keluarga? Heh" Harris menyandarkan kepalanya di atas stereng.
"Harris.." panggil Iris lembut.
Harris bangun lalu dia menghadap Iris.
"Kita nikah. Saya boleh jaga awak. Kita akan bina hidup baru. Saya sayangkan awak, Iris"
"Saya--tak boleh" Iris menunduk.
"Cik Iris. Awak ialah orang pertama yang berjaya luluhkan hati saya. Saya tak nampak orang lain. Saya tak pernah cintakan orang lain selain awak. Awak segala galanya bagi saya"
Iris diam. Dia membuka pintu lalu keluar. Dia berlalu, dia sedikit pun tidak menoleh kebelakang. Bersalah. Takut. Sakit. Sedih. Semuanya dah bercampur baur.
Hansyar sekadar memerhati. Ni ke rumah perempuan tadi? Mesti ada apa apa antara Harris dan perempuan itu. Tanpa membuang masa, dia memandu keretanya pulang kerumah.
**
Seminggu Harris menetap di kampung itu. Seminggu juga dia mengejar dan cuba memujuk hati Iris. Tapi hambar.
Harris melangkah keluar masjid bersama seorang makmum lelaki. Dia semakin ramai kenalan semenjak duduk di kampung itu. Sedang dia berbual, dia ternampak Iris yang sedang berjalan seorang diri mahu pulang kerumah.
Dia hanya memerhati. Takut nak kejar. Takut kena tolak lagi. Tapi disebabkan perasaan takut itu, perasaan cinta itu semakin menebal. Hatinya langsung tidak berubah arah.
Iris dapat merasakan sesuatu. Rasa kehadiran lelaki yang dicinta. Dia menoleh. Sudah agak. Harris dibelakang sedang memerhatikannya. Iris mengukirkan senyuman tawar. Wajahnya tampak sedih. Harris pula hanya memandang. Dia tak terhegeh hegeh panggil Iris macam dulu. Tapi itu tak bermakna dia dah tak sayang Iris.Iris berpaling kembali kehadapan. Dia meneruskan langkah.
Jantung Harris bergoncang laju. Apa ni. Perasaan aku semakin kuat untuk Iris. Aku tak boleh paksa diri aku untuk lupakan dia. Aku..sayang..dia.
**
Iris menanggalkan telekungnya. Mukanya membahang mahu menangis.
Hey. Kenapa nak nangis? Aku cuma nampak dia. Dia tak tegur aku dah :")
Air mata diseka laju.
"Baguslah. Awak dah tak buat kerja gila nak dapatkan saya.. Saya harap, awak kembali kat keluarga awak"
Air mata Iris semakin laju mengalir. Dia tak boleh. Dia tak boleh tengok wajah Harris.
Ya. Aku memang tak boleh nafikan yang aku juga sayangkan dia. Aku sedar, aku sedar. Tapi aku takboleh tengok orang lain derita semata mata nak ceriakan diri aku sendiri. Mama Harris mesti sedih bila anak dia tinggalkan dia.
"Harris--saya tak nak buang perasaan saya kat awak. Tapi, saya nak awak buang perasaan awak kat saya" Iris tersenyum. Biarlah dia saja memendam rasa. Janganlah Harris.
Dia berbaring. Lama kelamaan, dia lena.
YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
RomanceBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...