14'

11.3K 466 0
                                    

Iris sudah selesai memasak nasi goreng. Dia mengambil bekas besar lalu dicedok makanan itu kedalamnya. Air teh panas dituang kedalam cawan.

"Awak. Dah siap ke belum tu?" Pekik Iris. Lama benar Harris memakai baju.

"Ye sayang. Dah siap" Harris menuruni anak tangga satu persatu.

"Awak buat apa lama lama dalam bilik?" Soal Iris sambil mendekati. Hidung Harris dicuit.

"Pakai baju lah" jawab Harris. Dia tersenyum.

"Lamanya? Sampai saya dah siapkan hidangkan makanan dah"

Harris tersengih. Lama sangat ke?

"Oke dah. Jom makan. Saya masak nasi goreng" Iris memegang erat tangan Harris lalu membawanya duduk. Pinggan dicapai. Dia mencedok nasi goreng kedalam pinggang lalu menyerahkannya kepada Harris.

"Terima kasih sayang" ucap Harris.

"Sama sama" Iris menjawab. Dia menyuap nasi kedalam mulutnya.

"Assalamualaikum" ucap seorang perempuan dari luar pintu belakang rumah.

Iris menuju ke pintu lalu mengintai siapa yang memberi salam itu.

"Waalaikumsalam Adhia" jawab Iris.

"Buat apa? Ganggu ke?"

"Tak lah. Aku tengah sarapan ni. Jomlah sarapan sekali" Pelawa Iris.

"Takpelah. Nanti ganggu pulak korang berdua nak sweet sweet"

"Eh takdelah. Makan lah sini" laung Harris pula. Apa salahnya makan sama sama.

"Dengar tu Harris kata apa? Dah jom" Tangan Adhia ditarik. Adhia melabuhkan punggung di hadapan Iris. Iris mencedok nasi kedalam pinggan untuk Adhia.

"Thanks my friend" ucap Adhia tersenyum lebar.

"Sama sama" balas Iris dengan senyuman menguntum.

"Kenyang abang. Sedap Iris masak" ucap Harris yang sudah selesai makan.

"Awak letak pinggan tu kat situ. Nanti saya basuh ye"

"Eh takpe. Sayang kan dah masak. Abang tunggu Iris dan Adhia siap makan, nanti biar abang yang basuh pinggan"

Iris hanya mengangguk.

"Uit Iris. Bertuah kau dapat suami macam tu" bisik Adhia. Untung sahabatnya itu. Bagus apa. Ada jugalah Iris teman bila dia berangkat sambung belajar nanti.

Iris memandang Harris sekilas. Ya dia memang beruntung. Sedikit sebanyak rasa sayang dia terhadap Harris bertambah.

**

"Okelah aku balik dulu. Terima kasih jemput makan. Aku merajuk dengan mak aku tadi. Aku taknak makan. Aku lari rumah kau. Kenyang jugak aku" ujar Adhia. Mereka berdua ketawa. Apalah Adhia ni. Merajuk taknak makan konon. Padahal melantak dua pinggan nasi kat rumah Iris.

Harris pula menggeleng kepala mendengar kata Adhia tadi. Dia meletakkan pinggan ke rak. Selesai sudah kerja dia mencuci pinggan. Sekarang, dia mahu meluangkan masa bersama isterinya pula.

"Iris jom naik atas. Abang ada sesuatu nak bagi sayang" Harris mendapatkan tangan Iris. Dia menarik Iris naik ke tingkat atas.

Iris hanya mengikut. Agak agak apa yang akan dihadiahkan Harris kepadanya? Tak sabar nak tahu.

Mata Iris ditutup dengan sehelai kain. Harris membuka almari lalu mengeluarkan sehelai baju kurung berwarna merah.

"Sayang dah boleh buka ikatan kain tu" Arah Harris.

Iris membuka matanya. Dia melihat Harris sedang melilit baju kurung dikepalanya. Seakan akan memakai tudung. Kainnya pula dibuat seperti kain penari zapin. (Penari zapin perempuan ada pegang kain untuk menari. Tapi tak semua)

Harris lagak seperi sedang menari. Iris ketawa berdekah.

"Cantik tak i pakai macam ni?" Harris bergaya seperti perempuan. Semakin galak Iris ketawa.

"Sudahlah awak. Sakit perut saya ketawa" Ujar Iris.

Harris juga ketawa. Seronok dapat buat Iris gelak macam tu. Comel je tengok.

"Nah" Harris menghulurkan sepasang baju kurung itu kepada Iris.

"Cantik. Terima kasih" Ucap Iris. Pipi Harris dicium laju.

Menunggu Kamu ✔Where stories live. Discover now