"Adhia, aku risau sangat ni" Ujar Iris. Beg pakaian di zip kemas.
"Nak risau apa? Aku kan ada"
"Aku dapat rasa sesuatu akan jadi nanti"
"Ish kau ni Iris. Jangan cakap bukan bukan boleh tak?" marah Adhia. Mulut tu masin nanti tahulah.
"Kenapa kau nak paksa paksa aku jumpa dia?"
"Sebab aku taknak kau jadi derhaka. Tahu tak?"
"Derhaka? Bukan dia yang tak nak tengok muka aku ke?"
"Iris. Jangan lah macam ni. Kau sayang dia kan?"
Iris mengangguk perlahan.
"Kalau macam tu, kau pergi Kuala Lumpur jumpa dia ye? Kan aku ada temankan. Kalau dia buat jahat kat kau, terus aku bukak silat. Biar lebam muka dia aku kerjakan" Adhia mahu menenangkan Iris. Muka Iris masih lagi kelihatan berkerut.
"Dah. Siap packing dah? Jom turun" Tangan Iris ditarik.
Iris memandang wajah Adhia lama.
Adhia, terima kasih sebab jadi kawan baik aku. Sanggup jaga aku. Kat mana mana pun, aku takkan jumpa kawan seikhlas kau. Aku sayang kau sangat sangat. Aku doakan kau akan temui jodoh yang baik satu hari nanti.
"Jalan perlahan lahan Iris. Tangga ni tinggi tau. Mata tu pandang mana? Pandang tangga kat bawah. Jangan pandang muka aku yang lawa ni" sempat lagi Adhia membuat jenakan. Iris tergelak.
"Iris. Abang Harris datang tu. Nampak tak kereta dia?" Adhia tanpa segan silu menunding jari kearah Hansyar yang sedang berjalan kearah mereka.
"Ish. Jangan main tunding jari macam tu" tangan Adhia dipukul lembut.
"Kenapa awak tunjuk jari kat saya? Hari ni saya nampak kacak macam Syafiq Kyle ke?" Hansyar tersengih.
Adhia sudah menunjukkan riak meluat. "Sorry, macam tapak kasut Syafiq Kyle" Mata Adhia berputar keatas.
"HAHAHAHA. kelakar lah Adhia ni" Gelak sakan Hansyar dibuatnya.
Iris turut ketawa. Ada ada saja Adhia ni. Mulut tak reti jaga.
"Korang berdua sihat?" tanya Hansyar.
"Sihat alhamdulillah" jawab Iris.
"Kalau tak sihat dah lama terlantar kat katil" Adhia menjeling.
"Adhia" tegur Iris. Pinggangnya dicubit kuat.
"Aduh. Kenapanya?"
"Adhia, Adhia. Muka cantik. Mulut macam bangkai kan?" selamba Hansyar.
Adhia mengetap bibir. Bangkai? Daripada kau muka hensem tapi mulut cam lori sampah.
Lori sampah? HAHAHAHAHA. Bodohlah aku ni. Adhia tergelak sendiri.
"Ha kenapa ni ketawa sorang sorang?" soal Iris. Pelik dengan perlakuan Adhia.
"Hah? Er saja je"
"Saya nak cakap pasal Harris ni" muka Hansyar berubah serius.
"Er Hansyar, saya rasa saya taknak cakap tentang dia sekarang" Iris berpaling ke arah lain.
"Em. Baiklah kalau macam tu. Tapi, saya harap awak akan jumpa dia nanti. Sekali pun jadilah" pinta Hansyar sambil tersenyum ringkas.
"Kitorang memang nak..." mulut Adhia lantas ditekup laju oleh Iris. Adhia tersengih.
Iris menjegilkan matanya. Jangan berani nak bukak mulut eh pasal aku nak pergi Kuala Lumpur. Aku tak jadi pergi karang.
Kening Hansyar terjungkit tinggi. Apa yang cuba disembunyikan ni?
"Ada apa apa ke?" soal Hansyar mahu kepastian.
"Takde apa. Saja"
"Kalau macam tu, saya balik dulu lah. Eh sebelum terlupa..." Hansyar berlari anak ke arah keretanya. Dua beg kertas dicapai lalu dia menuju kepada Iris dan Adhia.
"Apa ni?" soal Iris apabila Hansyar menghulurkan satu beg kepadanya dan satu lagi kepada Adhia.
"Baju. Er Adhia sini kejap saya nak bisik"
"Ish apa dia? Sampai nak bisik bisik pula" dahi Adhia berkerut.
"Nanti awak buka masa awak tengah sorang sorang ya. Jangan buka depan Iris" bisik Hansyar perlahan. Selesai berbisik Hansyar tersenyum.
"Kenapa pula? Ada bomb eh?" ragu ragu Adhia. Jangan cari pasal eh. Mana tahu ada bomb ke mercun ke tak pasal pasal terbakar satu rumah.
Hansyar menggeleng laju sambil memuncungkan bibir. Mana ada bomb. Banyak songeh pula minah ni.
"Hm.. Yela" Adhia memutarkan bola matanya.
"Haish. Apa apa jela korang berdua ni. Terima kasih ye" ucap Iris tersenyum manis."Sama sama. Ingat ye Adhia" Hansyar mengingatkan. Adhia menjeling sambil mengangguk.
Hansyar berlalu pergi meninggalkan rumah kampung Iris itu.
**
Ketika Iris sedang ralit didapur, Adhia perlahan lahan membuka beg yang diberi Hansyar kepadanya.
Dengan berhati hati tanpa sebarang bunyi, Adhia mencapai baju yang ada didalam beg itu. Dia memeriksa lagi beg kertas itu. Ada sekeping kertas didalamnya.
"Adhia, terima kasih sebab menerima pemberian saya ni.."
Adhia membaca permulaan surat itu.
"Sama sama. Bak kata pepatah.. Besar tapak tangan, lautan hindi Adhia tadahkan" Afhia berloyar buruk. Dia menyambung bacaanya.
"Dari sini saya, Hansyar ingin berkata bahawa saya mahu mengenali awak dengan lebih rapat lagi. Sebab apa? Sebab saya taknak bagitahu apa sebabnya..."
"Hak alamak mamat ni! Kalau tak nak bagitahu tak payah lah tulis kat dalam kertas ni!" tukas Adhia sedikit kuat. Menyedari suaranya yang terlebih oktaf itu, Adhia lantas menutup mulutnya.
Dia menyambung lagi.
"Kalau sudi, saya mahu sesekali berborak panjang dengan awak tapi nampak gaya macam awak tak suka je. Tapi takpe, saya tak amik hati pun. Cuma, jangan lah garang sangat. Mana tahu kalau dari berkenalan dengan lebih rapat perlahan lahan kita akan ke jinjang pelamin?..."
Wajah Adhia sudah memerah. Apa yang dia ni merepek do. Tapi apa salahnya kan? Saya pun harap begitu juga.
Adhia ni nampak je macam tak suka Hansyar. Tapi dengan sikap jual mahalnya itulah mampu menambat hati lelaki milik Hansyar. Siapa tahu?
Dia suka sebenarnya :)
Adhia sudah tersengih sengih. Dengan cermat dia menyimpan kembali beg itu.

YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
RomanceBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...