19'

10.2K 403 6
                                    

Harris cepat memarkir keretanya didalam garaj. Dia segera mendapatkan Hansyar yang menunggunya dihadapan pintu.

"Mama mana?" soal Harris. Hansyar memberi isyarat yang Datin Fatihah ada dibiliknya. Harris segera berlari mendapatkan Datin Fatihah.

Hansyar pula tercari cari kelibat sesorang. Isteri Harris tak ikut ke? Harris tak bawa dia?

Oh ya. Mama dan papa mana boleh tahu hubungan Harris dan gadis kampung yang bernama Iris itu.

Hansyar mengangguk sendiri. Dia mengatur langkah kebilik mamanya.

**

"Mama, mama oke?" soal Harris yang baru tiba.

"Im not oke. Kepala mama sakit sangat" adu Datin Fatihah.

"Apa jadi sebenarnya?" Harris mula rasa ingin tahu.

"Tanyalah papa" Datin Fatihah menunding jarinya kearah Dato Afdan yang sedang termenung di balkoni.

"Kenapa papa?" soal Harris ingin tahu. Namun, papanya itu hanya diam membatu. Tidak menjawab soalan yang diajukan oleh Harris kepadanya.
"Papa? Apa jadi ni?" Harris masih berkeras ingin tahu. Tapi, sekeras keras Harris. Dato Afdan lagi berkeras. Dia masih tidak menjawab pertanyaan itu.

"Syarikat kita akan bankrup tak lama lagi" jawab Hansyar selamba. Harris menunjukkan riak terkejut.

"Why?"

"Sebab kitorang kehilangan kau. Semenjak kau tak masuk office. Semenjak kau letak jawatan. Semuanya tergendala" terang Hansyar. Dia duduk di sofa bilik itu.

Harris terdiam. Benarkah?

"Semuanya terpulang kepada kau. Kalau kau masuk kerja balik. Masa depan syarikat kita akan cerah. Pilihan kat tangan kau"

Dato Afdan menunduk. Dia juga berharap Harris akan kembali berkhidmat disitu. Dan dia juga tak sanggup untuk kehilangan hartanya. Tapi egonya tinggi menggunung. Wajah Harris langsung tidak dipandang. Apatah lagi kata maaf keluar dari mulutnya? Memang tidak lah.

"Harris please. Mama sakit sebab terkejut keluarga kita akan jatuh miskin. Mama tak nak macam tu. Harris tak kasihan kan mama ke?" rayu Datin Fatihah.

Harris hanya menunduk.

"Harris perlukan masa, mama" pinta Harris.

"Kalau macam tu, baiklah. Tapi Harris tolong tinggal sini balik ye? Mama rindu dengan Harris"

Rindu? Herh. Bukan ke selama ni kita hanya membawa haluan masing? Boleh pula mama cakap mama rindu?
Boleh jalan rindu mama tu. Namun, segala kata kata itu tersimpan elok dibenaknya. Tak mampu untuk dia luahkan. Kang tak pasal pasal mukanya ditumbuk oleh papa sebab kurang ajar.

"Harris akan tinggal sini sampai mama sihat sepenuhnya. Kalau mama dah sihat, Harris kena balik semula ke kampung" ujar Harris.

"Ada apa disana? Kerja dah selesai kan?" Datin Fatihah tidak berpuas hati.

Harris membatu. Hal itu mama tak patut tahu.

Kalau mama dan papa tahu dia sudah berkahwin dengan perempuan yang mereka tolak dulu, mesti mereka mengamuk habis. Tak boleh jadi ni. Dia kena berdiam diri.

"Ada lagi kerja yang bersisa disitu. Harris turun dulu, ma. Beg pakaian Harris masih ada dalam kereta. Nak ambil jap" pamit Harris lalu terus meninggalkan bilik itu.

Buat apa mahu berlama lama? Buat panas saja apabila dia melihat wajah papanya.

**

Iris yang elok menguli tepung tiba tiba berhenti kerana terasa perit dikerongkongnya. Dia memejamkan mata. Kepalanya turut sakit yang teramat.

Dia segera menuju ke bilik air lalu memuntahkan segala isi perut. Setelah lega, dia bersandar pada pintu bilik air itu.

Kakinya perlahan berjalan mahu naik kebilik. Dia mendaki tangga kayu itu dengan penuh berhati hati. Takut jatuh nanti.

Sesampai dihadapan bilik, matanya seakan akan kabur. Kepalanya makin perit terasa. Dia menjatuhkan tubuhnya diatas katil. Ulian tepung tadi tergendala.


Menunggu Kamu ✔Where stories live. Discover now