"Iris!" panggil Adhia. Dia tergesa gesa mendapatkan Iris.
"Ha. Kenapa?" Tanya Iris.
"Sampai hati tak bagitahu!"
"Bagitahu apa?"
"Kau dengan Harris.."
"Ha?" Iris membuntang mata. Apa yang ingin disampaikan itu.
"Aku perhati je kau dengan Harris tu macam mana. Aku nampak Harris tu terhegeh hegeh nakkan kau. Betul kan?"
"Mana ada" dalih Iris. Padahal memang betul.
"Eleh. Jangan tipu aku. Aku ni kawan baik kau. Aku kenal kau oke"
"Hm"
"Oke fine! Kau dah taknak kawan aku kan? Yelah. Aku sedar aku siapa"
"Adhia. Mana ada macam tu. Oke lah aku cerita" Iris membawa Adhia duduk.
"Ha cerita lah" Adhia teruja mahu mendengar.
"Harris tu..."
"Ya.. Cepatlah teruskan"
"Dia nak lamar aku. Tapi aku minta masa" wajah Iris sudah berona merah. Malu nak bagitahu sebenarnya.
"Babe! Untungnya kau! Terima jelah"
"Haish. Aku tak sedialah nak terima siapa siapa"
"Sampai bila kau nak membujang macam ni Iris? Orang dah nakkan kau. Terimalah. Nanti kau yang sunyi bila aku sambung belajar" nasihat Adhia. Dia gembira jika Iris ingin melangsungkan perkahwinan. Taklah dia risau kalau dia jauh dari Iris nanti.
"Tapi tak rasa terlalu awal ke?"
"Janji tak langgar hukum syarak sudahlah. Aku yakin Harris tu boleh jaga kau"
Iris terdiam. Ada benar juga apa yang dikatakan Adhia. Patutkah dia menerima Harris?
**
Harris menapakkan keretanya dihalaman rumah Iris. Dia membawa sekotak coklat. Forerro Rocher.
"Assalamualaikum Cik Iris" Laung Harris.
Iris membuka pintu rumahnya. "Waalaikumussalam" Pandangan Iris tersinggah di kotak coklat yang dipegang Harris.
"For you" Hulur Harris.
Iris terasa segan mahu menerima pemberian itu. Tetapi, setelah didesak. Baru dia ambil.
"Terima kasih" ucap Iris lalu menonjolkan senyuman sebaris.
"Sama sama" balasnya. Iris mahu menutup pintu tapi sempat dihalang oleh Harris.
"Nanti dulu. Saya ada benda nak tanya"
"Apa dia?"
"Saya nak bawa Cik Iris jumpa parent saya. Awak sudi tak?" Soal Harris.
"Saya malu. Nak ke keluarga awak terima saya?"
"Petang ni pun saya boleh bawa awak. InshaAllah mereka terima"
"Eh taknak petang ni. Awal sangat"
"Maknanya Cik Iris sudilah ikut saya jumpa parent saya? Kalau macam tu, esok saya ambil awak. Siap cantik cantik tau! Saya minta diri dulu" belum sempat Iris membalas, Harris sudah beredar dengan senyuman lebar. Gembira benar rasa hatinya.
Iris menggeleng kepala. Boleh ke jadi imam saya kalau perangai macam budak budak?
**
Hari yang dinanti sudah tiba. Iris dengan perasaan berdebar debar masuk kedalam perut kereta milik Harris.
"Cantik Cik Iris harini" puji Harris.
Iris mengenakan kurung berwarna ungu dan merah jambu. Wajahnya juga ditempekkan sedikit bedak dan gincu. Naik seri Iris kerana sebelum dia tak pernah memakai alat solek. Rambut Iris diikat sanggul. Memang cantik. Sebab tu Harris tergoda.
"Dah sedia Cik Iris?" tanya Harris menambahkan lagi debaran gadis itu.
"Saya takut lah" luah Iris.
"Jangan takut, saya ada" Harris menenangkan Iris.
"Awak betul betul serius ke nak saya jumpa ibu bapa awak? Awak takkan menyesal kalau saya bukan pilihan mereka? Awak tahukan saya ni hanyalah budak kampung?" Ujar Iris. Dia tak pasti sama ada dia akan diterima atau.
Harris terdiam. Betul juga. Mama dan papa tu lain. Dia mesti nak kan menantu yang setaraf dengan keluarga mereka. Tapi, apa dia kisah. Hatinya sudah tertulis nama Iris Izzliyana. Mana mungkin ada perempuan lain yang akan dia jadikan isteri. Tidak!
"Jangan risau. Walau apa pun, kita akan disatukan jua" Jawapan Harris membuatkan Iris tergamam. Apa yang Harris cuba sampaikan ni??

YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
RomanceBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...