32'

14.1K 469 7
                                    

Iris menangis semahu hatinya. Dia teringat Harris.

"Iris. Kenapa tak makan?" soal Hansyar. Dia menunduk. Iris tidak bertudung. Jadi, dia tak boleh tengok seperti biasa.

"Hansyar..." panggil Iris, lembut.

"Ye?" Hansyar menyahut.

"Terima kasih sebab jaga saya"

"Awak tanggungjawab saya kat KL ni. Dah awak makan eh? Jaga kesihatan baby" Pesan Hansyar.

Iris mengangguk. Perutnya diusap usap. Kandungannya selamat alhamdulillah.

"Saya pulang dulu. Dari malam saya tak mandi. Nanti pengsan pula awak bau badan saya. Kejap lagi saya datang" Pamit Hansyar. Dia tersenyum. Iris turut membalas senyuman itu.

**

Tiga hari berlalu, Iris sudah dibenarkan keluar dari hospital. Tudung selendang dililitkan di kepalanya.

Hansyar pula mengiringi setiap langkah Iris. Takut apa jadi pula nanti.

"Hansyar.."

"Ye?"

"Saya tak nak duduk sini dah. Saya nak balik kampung" Pinta Iris. Dia sudah tidak mampu lalui hari harinya dengan kesakitan ini. Dia hampir gugur kerana perbuatan suami sendiri. Tak mungkin dia mahu bertemu dengan lelaki jahat itu lagi.

"Baiklah. Saya hantar" Hansyar menurut. Dengan lafaz bismillah, kereta itu meluncur meninggalkan hospital.

Iris termenung panjang mengenang nasib diri. Hidupnya berulang menjadi sebatang kara kembali. Ternyata kebahagiaan yang dicipta hanya untuk sementara. Bukan seperti suami isteri lain yang sudah mengecapi bahagia.

"Lepasni, aku tak kan jumpa dia dah. Aku tak nak anak aku jadi mangsa kekejaman dia. Biarlah apa yang dia nak buat. Aku redha kalau dia nak lepaskan aku. Aku memang tak layak untuk dia. Aku busuk. Aku kampung. Tak layak untuk dia yang berharta. Aku sedar. Dari dulu lagi. Aku tahu aku tak mampu untuk menjadi isteri yang baik. Aku tak mampu nak kembalikan ingatan dia" luah Iris. Tetapi didalam hati saja. Tak mampu untuk dia menyuarakan perasaannya dibibir.

"Saya minta maaf atas apa yang berlaku. Saya memang tak berguna sebagai abang" ujar Hansyar serba salah.

"Tak pe. Saya tahu bukan senang nak tegur orang. Lagi lagi adik sendiri kan? Saya faham. Lepasni, saya teruskan hidup saya di kampung macam biasa. Tak perlulah saya cari orang yang tak mahu saya lagi" Iris tersenyum tawar. Biarlah dia rawat hatinya dikampung. Daripada telinga pedih mendengar penghinaan. Daripada dia menahan sakit dihati.

Hansyar diam seribu bahasa. Dia meneruskan pemanduannya.

**

Selepas menghantar Iris pulang, Hansyar kembali ke Kuala Lumpur. Dia mencari kelibat Harris. Kali ini dia memang tak boleh lepaskan Harris.

Dia memecahkan pintu bilik Harris. Harris terperanjat.

"Kau apahal? Tak reti nak ketuk ke bukak baik baik?" Tegur Harris. Sebenarnya dia sudah naik takut melihat wajah Hansyar yang bengis itu.

Tidak bercakap banyak, Hansyar mendapatkan Harris. Kolar baju milik Harris digenggam kuat. Wajah Harris ditumbuk berkali kali.

"Aku dah lama sabar dengan kau"

Harris sudah tidak mampu melawan. Badannya terasa lemah.

"Cukup Syar" pinta Harris. Sakit pipinya ditumbuk Hansyar.

"Jangan sampai kau menyesal kemudian hari. Kau tunggu situ!" Hansyar meninggalkan Harris. Dia kembali membawa sebentuk cincin.

"Ni bukti kau kahwin dengan dia. Aku ambil masa kau kemalangan. Sekarang kau puas?" cincin itu dicampak kearah Harris. Harris segera menangkap cincin itu.

"Kenapa kau sorok cincin ni? Kau ingat aku akan percaya ke? Ni semua menipu!" Harris menolak tubuh Hansyar sehingga tumbang. Dia keluar dari bilik itu. Kereta dipandu meninggalkan rumah.

Menunggu Kamu ✔Where stories live. Discover now