31'

13.6K 463 12
                                    

Iris bersiap siap. Dia melihat imej dirinya yang terpantul di cermin. Wajahnya jelas tersenyum lebar. Gembira tidak terkata.

Flashback**

"Kau jangan buat keputusan tak betul tu. Menyesal kau nanti!" marah Hansyar. Iris pula sudah tidak mampu meluahkan apa apa. Dengar saja kalimah itu, dia rasa tergamam. Seperti tiada harapan untuk dia bersama sama dengan Harris.

"Tapi sebelum tu.."

"Aku nak dia keluar dengan aku malam ni. Aku nak dia buktikan kepada aku, dia betul betul isteri aku" pinta Harris. Tersenyum manis.

"Kau biar betul? Jangan main main" Hansyar memberi amaran.

"Kau ada nampak aku main main? Sekarang ni aku nak jawapan, dia nak ke tak nak keluar dengan aku?"

"Iris?" panggil Hansyar. Perasaan ragu ragu terhadap Harris masih ada dibenaknya.

Iris mulai senyum perlahan. Benarkah Harris mengajaknya keluar malam ni?

"Saya nak" balas Iris. Sedikit rasa ragu ragu pun dia tak rasa. Yang dia rasa, dia bahagia.

"Goodgirl. Jom aku hantar aku balik? Malam nanti aku ambil kau. Jangan risau" Bicara Harris sedikit lembut daripada tadi. Iris tersenyum.

End flashback**

Kedengaran bunyi hon dari luar rumah. Mesti Harris dah sampai. Perasaan teruja makin menebal pada dirinya.

Dengan perlahan dia mengusap perutnya. "Nanti ibu bawa abah balik dengan kita ye?" bisiknya lalu dengan segera dia menuju ke muka pintu. Tubuh Harris sudah berada diluar menunggu dia bersiap.

"Ready?" soal Harris membukakan pintu untuk Iris. Iris mengangguk laju lalu masuk kedalam perut kereta.

Harris pula sudah tersenyum sinis. Beria. Kau ingat aku nak sangat keluar dengan kau? Kau tunggu mana akan aku bawa kau. Kau tunggu apa akan jadi dengan kau. Itu saja cara untuk kau berambos dari hidup aku.

Iris langsung tak rasa something bad terhadap Harris. Dia mempercayai Harris 100%. Harris yang berada disebelahnya dipandang lama. Teringat dia masa lutut luka dulu. Harris bawa dia pergi klinik. Tidak semena mena matanya berair.

"Hey sweetie. Stop staring at me like that" tegur Harris sambil tersenyum manis.

Iris pula tersipu. Masih macam dulu. Romantik. Ada harapankah untuk aku bersama dengannya lagi?

Harris memberhentikan keretanya dihadapan kelab malam yang biasa dia melepak. Iris pula sudah terasa janggal.

"Ke--kenapa aw--wak bawa saya kesi--ni?" soal Iris sambil memandang Harris yang masih tersenyum.

Harris mendekati Iris. Pinggang Iris didakap erat. Iris memandang wajah Harris pelik. Harris pula mengelak untuk memandang Iris.

"Kau betul betul cinta dan sayangkan aku kan? Jadi, kau ikut aku. Oke sayang?" Jawab Harris. Bibir Iris dicuit manja. Dahi Iris sudah berkerut seribu. Apa ini?

Iris mengangguk perlahan. Dia membuntuti Harris masuk kedalam kelab itu.

Didalam itu, Iris terasa tidak selesa dengan keadaan sekeliling. Bau arak yang kuat. Asap rokok berkepul kepul. Muzik yang mampu memecahkan gegendang telinga.

Baju Harris digenggam erat kerana takut. Banyak lelaki mabuk yang gatal disini.

"Hey baby" jerit Harris kepada dua orang perempuan. Salah seorangnya adalah Aysha.

"Harris. Lambatnya you datang. I rindu tau dekat you. Cop cop. You bawak siapa ni? Ew?" Seorang perempuan bernama Jehanna menunjukkan riak geli. Aysha pula sudah ketawa kecil. Harris? Juga turut mentertawakannya.

"Jomlah duduk?" pelawa Harris kepada Jehanna dan Aysha. Iris pula hanya mengikut dari belakang.

"So? Apa kau boleh buat untuk kau buktikan yang kau isteri aku?" Harris mengangkat keningnya. Iris terdiam.

"Wife you?! Ew you buta ke Harris?" ujar Jehanna sambil menjeling Iris.

"Rilekslah. Dia yang kata dia wife i. I nak dia buktikan dulu" jelas Harris.

"Hey. Kau tak dengar ke soalan aku?"

"Sa--ya" Iris tergagap gagap.

"Kenapa gagap? Kau takut eh? Dah takut nak menipu? Aku dah agak!" Harris naik berang. Dia memanggil dua orang lelaki disiti lalu diperintahkan untuk..

"Harris. Jangan macam ni Harris! Saya tak tipu!" Iris meronta ronta mahu dilepaskan. Ya Allah takut benar dirinya melihat dua orang lelaki mendekati. Takut apabila dirinya disentuh sentuh oleh mereka.

"Dari dulu lagi aku dah agak kau cuma membohong aku. Kau gunakan abang aku, untuk keseronokan kau. Lepastu nak aku tanggung kau?" Harris tergelak kuat. Sungguh terhibur melihat perempuan 'murah' itu.

"Saya tak tipu. Lepaslahhhh!" Tangan lelaki lelaki itu direntap kasar. Lutut Harris dipaut.

"Jangan pegang aku!"

"Harris. Awak suka rambut saya kan? Awak kata rambut saya cantik" Iris sudah tidak berfikir apa apa. Dia langsung membuka hijabnya. Rambutnya kini tidak berlapik.

Harris terdiam membatu. Kepalanya dipegang. Ya dia seperti teringat sesuatu.

"Kau.." Ayat Harris tersekat sekat. Dia bangun dari duduknya. Wajah bujur sirih milik Iris ditatap lama. Cantik. Dia sungguh cantik tanpa memakai tudung. Terserlah keayuannya.

Iris menangis sepuas hati.

"Kau cantik.." Harris tersenyum. Tidak semena mena keluar sifat ikhlas dihatinya.

"Tapi kau penipu. Aku benci kau!" tubuh Iris ditolak kuat. Dia terjatuh. Terasa senak di punggung dan perutnya.

Iris memegang megang perutnya yang sakit. "Sakit Harris.." dia menangis teresak esak. Harris hanya memandang. Dia berlalu dari situ meninggalkan Iris yang sedang menahan kesakitan.

"HANSYAR!" jerit Iris.

Hansyar terdetik sesuatu. Iris. Dia dapat rasa ada sesuatu yang terjadi kepada Iris. Dengan segera dia datang ke kelab.

Sampai dikelab. Dia ternampak kereta milik Harris menapak disitu. "Aku dah agak kau bawak dia kesini! Jahanam!" Hansyar berlari masuk.

Dia mencari kelibat Harris. Aduh ramai sangat orang disini. Dia berjalan dan berjalan mencari.

Dia ternampak sekujur tubuh terbaring disitu. Menangis nangis. Segera dia mendapatkannya.

"Ya Allah Iris. Sabar" tubuh genit Iris didukung kemas. Lalu dia bawa masuk kedalam kereta.

"Saya sakit.. Selamatkan anak saya" Suara Iris sudah tidak mampu dilepaskan.

"Sabar. Saya akan bawa awak ke hospital"

Sesampai dihospital, Iris dibawa keruang ICU. Hansyar pula terasa gusar.

"Sial kau Harris. Sanggup kau buat dia macam ni! Kau tunggu" Hansyar memberi amaran. Mukanya jelas sekali kusut.

TBC🌚











Menunggu Kamu ✔Where stories live. Discover now