Iris berbaring di lengan Harris. Harris pula sibuk dengan telefon pintarnya.
"Awak awak" Panggil Iris.
"Ye sayang" Harris menjawab. Tetapi dia tidak menoleh.
"Awakk" panggilnya lagi.
"Ye Iris. Kenapa?" Harris masih lagi melayan telefonnya.
"Apa yang awak buat sampai taknak pandang saya ni?" Rajuk Iris. Mukanya ditenggelamkan di ketiak Harris.
"Abang tengok instagram ni sayang" jawab Harris. Tangannya membelai rambut Iris dengan lembut.
"Apa ke jadahnya instagram tu?" soal Iris seakan tidak mengerti. Pelik pelik je nama.
"Ni ha" Harris menunjukkan aplikasi itu kearah Iris.
"Oh"
"Best ke? Boleh tengok gambar ye?" banyak pula soalan Iris ni.
Harris tidak menjawab. Dia asyik melayan aplikasi itu sehingga tidak mendengar pertanyaan Iris.
Iris mengerut dahinya. Haih dia ni! Pinggirkan saya pula!
Dengan pantas Iris merampas telefon pintar itu.
"Sayang.." panggil Harris lembut. Dia terkejut dengan tindakan Iris.
"Tulah. Tak jawab lagi soalan saya. Sibuk dengan telefon kan?" marah Iris.
"Yelah abang mintak maaf. Pulangkanlah sayang.." pinta Harris.
"Tak boleh" Jawab Iris. Dia menggeleng kepala. Nanti kalau dah dapat balik telefon, dia taklayan lagi.
"Kalau abang gigit sayang macam mana? Nak bagi ke tak nak?" Ugut Harris. Muka gatal mula muncul di wajahnya.
"Tetap taknak bagi" balas Iris. Dia segera berjauhan dari Harris. Kakinya pantas berlari.
"Sayang.." Harris mengejar Iris yang berlari itu. Habis satu meja bulat dikelilingi. Iris berlari kearah dapur pula.
"Iris jangan lari kat tangga tu. Jatuh nanti!"
Iris masih berlari. Lari dan lari. Eleh selamat je. Tak jatuh pun. Dia mengelilingi meja makan pula. Harris masih mengejar.
Iris ketawa terbahak bahak. Dia mendaki anak tangga. Sampai dihadapan bilik, Harris berjaya memeluk Iris dari belakang.
"Harris" Jerit Iris. Dia masih ketawa.
"Ha! Abang dah dapat Iris!" Harris mendakap erat tubuh Iris yang kurus ramping itu.
Iris ketawa. Ala dah dapat tangkap pula.
**
"Abang suka rambut Iris. Hitam sihat je. Ikal mayang" puji Harris. Bunga plastik didalam pasu dicabut lalu diselitkan ditelinga milik isterinya.
Iris tersenyum. Gembira apabila dipuji suami sendiri.
"Abang teringat masa pertama kali abang jumpa Iris kat sungai tu. Iris macam ni lah. Selitkan bunga kat celahan telinga. Memang ayu sangat. Sejak dari tu abang mula terpikat dengan Iris. Tergoda dengan kecantikan isteri abang ni" Dahi Iris dicium kasih.
Iris membatu. Dia malu.
"Mujurlah abang yang dapat Iris dulu. Kalau tak, melepaslah abang" Harris memasamkan mukanya.
"Kan awak dah dapat saya sekarang. Tak melepaslah kan?" balas Iris.
"Alhamdulillah. Terima kasih sayang. Iris lah perempuan yang boleh cairkan abang. Cik Iris milik Harris Affan selamanya"
Iris menjadi terharu dengan kata kata yang keluar dari mulut Harris. Dia juga rasa begitu. Perasaan sayang dia terhadap Harris semakin mekar. Harris milik Iris sampai bila bila.
YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
RomanceBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...