Malam ni sudah masuk 2 minggu. Harris menarik beg pakaian masuk kedalam bonet kereta. Dia tak sabar nak balik ke kampung. Mesti Iris menunggu di rumah.
Tangan mama dan papanya dicium. Bahu Hansyar ditepuk lembut.
"Kau betul ke nak bertolak malam ni? Kau tak nak tunggu esok pagi ke?" soal Hansyar.
"Isteri aku dah tunggu kat rumah. Aku taknak lambat jumpa dia" Harris berbisik sambil tersengih.
"Yelah. Hati hati" pesan Hansyar. Harris mengangguk.
"Harris pergi dulu" Pamit Harris. Dia masuk kedalam perut kereta.
Hansyar melambai kearah Harris dengan senyuman yang tidak lekang dibibir.
Tak lama selepas itu, kereta Harris keluar dari perkarangan rumah banglo itu.
Harris menggosok matanya yang terasa penat. Badannya juga keletihan. Tulah, sebelum bertolak tadi tak tidur dulu. Excited nak jumpa bini punya pasal.
Tersengguk sengguk Harris memandu. Kejap kejap dia menguap. Matanya semakin layu dan layu. Tetapi dia tetap memaksa dirinya untuk terus memandu. Iris dah tunggu kat rumah. Tak boleh lambat.
Dia masih memandu. Lama kelamaan pandangannya menjadi semakin kabur. Akibat terlalu lesu dan mengantuk, kepalanya terlentok pada stereng.
Tanpa disedari, Harris memandu lawan arus lalu bertembung sebuah kereta yang melalui simpang jalan itu.
**Iris yang sedang ralit memotong bawang tiba tiba berdecit kerana jarinya terhiris pisau. Dia segera menuju kesingki lalu membasuh lukanya itu.
Dia mengaduh kesakitan. Tiba tiba dia teringatkan suaminya.
"Harris!" sebut Iris tiba tiba. Dadanya seakan sakit kerana risau.
Petanda apa ni ya tuhan. Kepalanya menjadi pusing. Dia duduk diatas kerusi.
**
Harris dikejarkan kehospital. Datin Fatihah sudah menangis melihat keadaan Harris yang seakan akan tidak sedarkan diri itu. Darah darah membasahi tubuh Harris.
Dato Afdan juga menunjukkan riak risau. Dia tergesa gesa mengekori jururawat yang membawa Harris.
"Iris" panggil Harris perlahan. Air matanya gugur dari tubir mata.
"Puan dan Encik sila tunggu sini" arah jururawat itu.
Hansyar melabuhkan punggungnya. Mukanya diraup. Kusut.
"Apa nak cakap dengan Iris?" gumam Hansyar didalam hati. Sebak apabila memikirkan reaksi Iris jika suaminya dikhabarkan kemalangan.
Hansyar geleng kepala. Perkara ni kena rahsia jugak. Iris tak boleh tahu. Kalau tak, nanti papa dan mama terserempak dengan dia. No no!
"Kau selamatkanlah adikku, Ya Allah" doa Hansyar perlahan.
Hansyar menoleh sekilas kearah mamanya yang sudah teresak esak meratapi Harris. Papa pula sibuk memujuk mama.
**
Iris termenung menghadap tingkap menunggu kepulangan Harris. Jari yang berbalut dipandang sekilas.
Hatinya yang resah masih belum reda. Selagi Harris tiada didepan mata, selagi itulah hatinya tak senang. Dia juga taknak apa apa berlaku kepada Harris. Matanya mulai berkaca.
Tiba tiba Iris terasa seperti mabuk yang teramat. Iris memicit kepalanya perlahan. Dia segera menuju kebilik air. Dia mengurut tekaknya setelah selesai memuntahkan isi didalam perut.
Ya Allah. Kenapa aku kerap muntah muntah ni? Aku sakit apa? Sakit rindu suami ke? Janganlah macam ni. Hati aku dah lah tak senang memikirkan si suami. Dapat sakit macam ni pula.

YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
RomanceBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...