"Sampai hati awak tinggalkan saya " wanita itu menangis sayu. Matanya berkaca sambil memandang Harris. Bunyi sendu jelas kedengaran dari dirinya.
Harris tersedar dari tidurnya. Muka diraup berkali kali. Aku mimpi apa lagi ni!
"Betul ke dia tu isteri aku? Hansyar ke papa dan mama yang menipu? Atau perempuan tu yang menipu aku??" soal Harris sendiri.
Sungguh dia keliru tika ini. Apa tidaknya? Naluri dia kuat menyatakan bahawa wanita itu adalah kekasih halal buatnya. Tapi papa dan mama kata lain pula. Jadi, apakah kebenarannya?
Kepalanya terasa perit apabila memikirkan perkara itu. Dia bertekad untuk berhenti memikirkan hal demikian, malangnya wanita iti selalu muncul dalam tidurnya.
Lama berfikir, dia terdengar ketukan pintu dari luar biliknya.
Tuk tuk
Harris segera menuju ke pintu biliknya itu lalu. Pintu dikuak perlahan.
"Harris tidur ke?" soal Datin Fatihah, lembut.
"Tak lah. Mama dan papa nak pergi mana ni?" tanya Harris pula. Dia melihat mama dan papanya yang segak berpakaian seperti mahu keluar rumah.
"Oh ye. Mama dan papa nak keluar. Ada party sikit"
"Sampai bila mama dan papa nak pergi kelab?" tanya Harris, sinis.
Datin Fatihah terkedu seketika. "Nanti Harris jangan lupa makan eh? " Jawab Datin Fatihah lalu terus berlalu keluar dari bilik itu.
**
"Dah cepatlah kita bertolak sekarang. Sebab aku teringin sangat nak pergi shopping dekat area bukit bintang. Orang kata best. Haish tak sabar aku" Adhia mula berangan angan sampai tersengih.
Iris hanya menggelengkan kepalanya lalu bangkit dari tempat duduknya itu. "Kau lupa dah ke tujuan asal? Boleh pulak nak shopping shopping"
"Ala apa salahnya sambil menyelam minum air. Alang alang kan? " Sengihan Adhia makin menjadi jadi.
"Macam macam lah nenek Adhia ni. Dah aku dah siap dah ni. Jom jom" sampuk Iris. Dia terus menuju ke pintu utama. Perutnya diusap lembut. Didalam hati tidak sabar ingin bertemu dengan sang suami.
Walaupun sakit dihatinya masih bersisa. Tapi dia sanggup melakukan apa saja demi anaknya. Dia mahu bakal anaknya itu merasa kasih sayang seorang ayah seperti kanak kanak lain.
Dia sudah berkali kali membuang rasa sayang dihatinya terhadap lelaki itu. Tetapi, apakan daya. Sayang itu semakin kuat mengisi ruang dihati.
Sudahlah. Banyak kali fikir, buat dia seperti mahu menangis pula. Dia menyusun langkah kearah kereta Myvi kepunyaan Adhia.
Adhia membantu Iris menggalas beg pakaiannya.
"Maklumlah mak buyung. Mana larat nak buat kerja" perli Adhia.
"Alah kau yang nak tolong, bukan aku yang suruh. Ha mengeluh mengeluh" tempelak Iris sambil menjeling.
"Mana ada lah. Aku ikhlas"
"Yelah. Selagi aku ada disisi kau ni.. Tolong lah aku. Aku dah lah sebatang kara, takde suami" ujar Iris sambil mencebik bibirnya.
"Apa cakap macam tu pula. Dah jom mak buyung" Adhia masuk kedalam perut keretanya.
Iris hanya akur. Dia tersenyum nipis. Tubuhnya memasuki kereta itu dengan penuh berhati hati.
Didalam kereta, Iris mencuri pandang Adhia. Mulutnya terkumat kamit seperti ingin mengatakan sesuatu.
YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
RomanceBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...