Iris pulang kehotel dengan wajah yang kecewa. Masuk saja didalam bilik, airmatanya gugur semakin laju. Gambar kahwin dia dan Harris dicapai lalu dia menilik gambar itu dengan perasaan rindu yang teramat.
"Sampai hati awak hina saya. Kenapa awak buat saya macam ni" sedu Iris.
Hati Iris luluh saat ini. Suami yang ditunggu tunggu selama ini, ternyata sudah melupakannya. Atau dia salah orang?
Tak mungkin. Hatinya kuat menyatakan itu adalah Harris. Harris yang dicintai dan disayangi. Cuma ada perbezaan dia yang dulu dan sekarang.
Iris menangis semahu mahunya. Dia tak sangka benda ni boleh jadi kepadanya. Apa salah dia? Sampai dia harus menerima dugaan ini. Dihina oleh suami. Dilupa oleh Harris.
Dia teringat pesan ayahnya.
"Kalau Iris sedih, kalau Iris marah, kalau Iris sakit hati.. Iris ambil air wuduk. InshaAllah tenang. Bersabar, Allah sayang orang yang bersabar. Ingat pesan ayah.."
Iris sentiasa ingat pesan itu. Perlahan dia bangun dari duduknya. Dia mengambil wuduk secara tertib. Hatinya sedikit tenang dari sebelum ini.
**
Harris pulang dalam keadaan mabuk. Dia mengambil arak terlebih tadi. Serabut.
Bila dia bla je dari perempuan tu, dia terus teguk rakus segelas arak. Kemudian dia teguk lagi. Nasib baik dia selamat semasa memandu pulang. Kalau tak, Innalillah lah kau.
"Asal kau balik mabuk macam ni? Busuk lah" Hansyar menolak tubuh Harris yang terhuyung hayang berjalan.
"Kau diamlah. Aku nak lepaskan stress" balas Harris.
"Lepaskan stress kepala hotak kau. Kau minum banyak sangat ni!"
"Kau jangan banyak cakap eh. Kau pun sama je. Depan kitorang kau lagak baik. Tapi entah entah kat belakang. Cam setan" balas Harris, sinis.
"Eh dia ni" BUK! Penumbuk sulung hinggap kat muka Harris.
Harris meraup mukanya. Dia sedar dari mabuknya tadi.
"Kau asal tumbuk aku?"
"Dah kau merapu. Kau rasalah. Lepasni kalau kau nak adu kat mama dan papa. Terpulanglah. Kau kan memang anak manja. Tak boleh kena usik sikit. Semua nak sorok bawah ketiak diorang" Hansyar sedikit mengejek. Dia berlalu dari situ.
"Otak kau!" bentak Harris. Ikut hati memang dah lama Harris bagi sedas penyepak kat muka Hansyar. Tapi, sabar jelah.
"Semua orang nak bagi aku serabut lah!" Jerit Harris. Ah peduli apa dia!
Hansyar tak habis habis buat onar. Ni lagi satu. Perempuan tadi! Lagi buat aku serabut. Dunia ni saje nak bagi aku mati sebab stress ke apa!
Pintu bilik dihempas kuat. Geram yang teramat geram! Kalau boleh nak saja dia robohkan satu rumah ni.
Semua tak boleh tengok aku bahagia. Ada saje menganggu. Sorang tak habis habis desak aku kerja. Sorang lagi asyik semak hal aku dan sorang lagi, mengaku aku suami dia. KEPALA LAH. Ingat aku apa!?
Malam itu, dia tidur dengan marah yang menebal dijiwanya.
YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
RomanceBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...