3 bulan berlalu. 3 bulan Iris duduk seorang diri dikampung seperti dulu. 3 bulan dia tidak menatap wajah Harris. 3 bulan dia merindui Harris.
Iris tersenyum sendiri melihat baju yang pernah Harris hadiahkan kepadanya. Dengan gaya seperti perempuan yang Harris buat. Memang dia rindu semua tu.
Tapi semua tu kenangan semata mata. Iris menyimpan baju itu kedalam sebuah kotak lalu disimpan dibawah katil.
"Biarlah semua ni, jadi kenangan. Saya sedang melupakan awak, perlahan lahan. Saya cuba buang perasaan sayang, cinta, rindu ni. Saya takkan tunjuk lagi muka saya kat awak" Tangis Iris dalam sendu. Dia cuba menahan diri dari menangis. Kini, dia tidak mahu mengharapkan apa apa lagi. Dia dah redha untuk bersendirian.
Kandungan Iris semakin sarat. Kalau wanita hamil lain, pasti suami mereka melarang untuk buat kerja berat berat. Tapi Iris, dia kena buat juga kerja walaupun dalam keadaan sebegitu. Kalau dia tak kerja keras, siapa nak sara dia?
Takpelah, dah biasa. Itu sahaja jawapan Iris. Penat memang penat. Tapi kalau dia berhenti buat kerja. Berhenti jugalah dia makan.
Mengidam, apa yang diidam pasti akan dapat. Tapi, kalau ibu lain. Kalau dia? Alamatnya kempunanlah. Tapi, dia tak pernah salahkan sesiapa. Dia anggap semuanya dugaan dari Allah. Dia sanggup korbankan nyawanya demi membesarkan anaknya.
"Takpe. Ibu ada. Walaupun abah taknak tengok kita. Tapi, ibu tak pernah salahkan abah. Abah tak macam ni sebenarnya, sayang. Abah berubah sebab dia kemalangan je. Nanti, bila dia ingat balik.. Mesti dia akan cari kita. Dia akan jaga anak ibu ni" Iris menenangkan hati sendiri.
**
"Hansyar!" pekik Dato Afdan lantang.
"Apa dia papa?" sahut Hansyar, dingin. Dia memandang wajah papanya itu tanpa rasa takut.
"Hansyar tahu tak apa Hansyar buat?"
"Hansyar buat apa, papa? Salah ke apa yang Hansyar buat?" Soal Hansyar kembali. Dia tahu papanya marah sebab dia memaksa Harris untuk mengingat kembali peristiwa dulu."Jangan sesekali nak ingatkan dia apa hubungan dia dengan betina kampung tu! Papa tak terima! Sudah lah selama ni mereka memang dah berkahwin. Kalau papa tak nampak cincin tu. Takdenya papa tahu semua ni! Kenapa Hansyar sorokkan dari papa?"
"Papa, Harris berhak tahu dan ingat balik. Dia ada tanggung pa. Bini dia tu sarat mengandung. Kasihankan mereka papa"
"Tanggungan? Takkan ada tanggungan lepas mereka bercerai nanti!"
"Iris tu mengandung. Dah nak bersalin pun. Tolong berperikemanusiaan sikit! Jangan tahu ikut otak ayah je!" seloroh Hansyar. Mata Dato Afdan menjadi bulat mendengar jawapan anak sulongnya itu.
"Baiklah. Lepas betina tu beranak je. Harris harus ceraikan dia" Dato Afdan menyusun langkah beredar dari situ.
Datin Fatihah turun tangga menuju kearah Hansyar.
"Mama dengar apa yang Hansyar cakap dengan papa tadi. Apasal dengan Hansyar ni? Nak sangat bela perempuan tu. Dulu Harris buat perangai. Lepas Harris, Hansyar pula"
"Iris tu baik. Dia tak buang masa pergi karaoke macam papa dan mama. Allah tu maha adil. Orang yang baik akan selalu dibantu. Walau apa pun yang jadi, Hansyar akan paksa Harris ingat semula apa jadi dulu. Kalau susah sangat, biar Harris ceraikan Iris. Dan Hansyar pula yang akan berkahwin dengan Iris. Muktamad!" Hansyar meninggalkan mamanya yang sudah diam membisu. Tergamam dengan jawapan Hansyar.
![](https://img.wattpad.com/cover/149403646-288-k116210.jpg)
YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
RomanceBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...