"Jaga diri kau baik baik kat sana. Aku akan selalu rindu kau, Adhia" Iris memeluk sahabatnya itu. Air mata mula gugur. Rindu.
"Kau pun sama. Dengar cakap suami elok elok. Jaga kesihatan kau" pesan Adhia pula.
"Harris. Jaga Iris dengan sebaiknya. Tolong ada jika dia memerlukan seseorang" Wajah Harris dipandang. Harris mengangguk faham. Bahu isterinya dipeluk erat.
"Mak. Maafkan Adhia ye. Doakan Adhia sihat sihat kat sana" Adhia menangis. Wajah bondanya itu ditilik dengan penuh kasih. Dia akan pergi jauh meninggalkan maknya.
"Adhia. Jagakan mak aku" pinta Adhia.
"Aku akan jaga mak kau. Jangan risau"
"Terima kasih. Aku pergi dulu" Adhia menyeka airmatanya. Beg roda ditarik. Dia melangkah meninggalkan mereka bertiga. Tangan dilambai lambai.
**
Iris menjemur kain di belakang rumahnya. Panas terik ni sesuai kalau jemur baju. Cepat sikit kering.
"Sayang. Mari abang tolong" Harris mengambil baju dari bakul. Dia menyidai baju di ampaian.
"Takpe. Saya boleh sidai. Awak dah makan ke?" soal Iris.
"Belum. Abang tunggu Iris makan. Nanti kita makan sama sama ya lepas habis sidai baju?"
Iris mengangguk.
Selesai sahaja menjemur baju, mereka berdua beriringan ke dapur.
Harris menghidangkan makanan untuk Iris.
Mereka berdua menikmati makanan dengan berselera.
"Nanti kita jalan jalan nak tak?" ajak Harris.
"Nak" jawab Iris. Mukanya kelihatan teruja.
"Lepas makan ye"
**
"Sayang. Jom" Suara Harris sedikit kuat. Takut Iris tak dengar pula dia memanggil.
"Jap" Iris memakai selipar lalu menuju kearah Harris. Dia memandang Harris yang sedang menunggang basikalnya.
"Kenapa awak naik basikal saya?" soal Iris, pelik.
"Kita jalan jalan naik basikal lah"
"Abang pandai ke bawak basikal?" tanya Iris.
"Tak tahulah. Iris bawak, abang duduk belakang boleh?"
"Saya tak larat lah. Awak dah lah berat. Nanti jatuh menonggeng macam mana?" Iris sudah terfikir risiko jika dia membawa basikal dan dibelakangnya adalah Harris.
"Tahu takpe. Mestilah abang yang bawa. Abang pandai bawa basikal tau. Ingat awak reti pandu kereta je ke?" Harris mengangkat sebelah keningnya persis penyanyi dan pelakon cantik Ziana Zain.
"Eleh" Iris memutarkan bebola matanya keatas. Menyampah pula kita.
"Dah cepat naik" Arah Harris. Iris akur.
**
Harris mengayuh basikal dengan penuh berhati hati. Dia melalui tepi bendang yang hijau menyejukkan mata.
"Sejuk mata memandang" puji Iris. Pinggang Harris dipegang erat.
"Kan. Macam abang tengok Iris. Cantik. Sejuk je mata" Iris tersipu mendengar ayat leleh dari Harris. Ada ada saja.
Harris tersengih. Ah bahagia rasa. Kalau dari dulu dia berjumpa dengan Iris. Pasti dia tidak akan mengotorkan diri bersama perempuan seksi dulu. Duit tak de kot nak beli kain.
YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
RomanceBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...