Pagi itu, Harris terjaga dari tidurnya. Dia melihat Afina yang elok tidur disebelahnya itu. Jam tangan ditilik. Waduh! Dah lambat nak pergi office ni!
Harris segera masuk kebilik air untuk membersihkan mukanya. Setelah siap, dia keluar dari situ meninggalkan Afina.
"Siot lah. Mesti aku kena marah nanti!" Harris sudah takut takut. Dia juga bengang dengan Afina. Bukan reti nak kejut aku. Sial.
Sampai di pejabat, Harris terserempak dengan Hansyar. Dia sudah pasrah jika Hansyar akan mengadu dengan papa.
"Kau dari mana? Asal lambat?" soal Hansyar.
"Kau sibuk apa? Lantak aku lah" balas Harris. Dia menjeling tajam.
Hansyar menggeleng. "Aku tanya elok elok. Kau jawab elok elok. Jangan sampai aku hilang sabar dengan kau" kasar kata kata dari Hansyar.
Harris diam membatu. "Aku nak jumpa papa" pamit Harris. Hansyar hanya membenarkan.
**
"Im so sorry, pa. Perempuan tu tak kejut Harris tadi" Ujar Harris menyalahkan Afina.
"Perempuan mana satu?" Soal Dato Afdan. Harris ada banyak perempuan. Mana lah dia tahu mana satu yang tidur dengan Harris.
"Afina lah"
"Oh dia. Oke tak pe. Next time, Harris lambat lagi, papa tak maafkan Harris. Tak kesahlah Harris nak tidur dengan siapa pun. Pastikan datang awal. Jangan jatuhkan reputasi syarikat kita" bebel Dato Afdan. Harris pula memekakkan telinganya.
**
Menjelang petang, Iris keluar dari perut teksi. Dia tetap pendirian. Dia akan cari suaminya! Dia sendiri akan meminta Harris pulang.
Gambar kahwin dia dan Harris disimpan elok sebagai kenangan dia bersama lelaki itu. Biarlah apa berlaku sekalipun, dia sanggup menerima risiko untuk mencari suaminya.
Dia mundar mandir disekitar bangunan KLCC itu. Bertanya setiap orang mengenai Harris. Tetapi tiada satu pun mengenalinya.
"Cik. Cik ada nampak suami saya. Ni dia" soal Iris kepada seorang perempuan berskirt pendek.
Afina memandang Iris dengan wajah geli. Ew. Perempuan mana ni? Rupa macam perempuan kampung. Gambar yang dihulur Iris langsung tak dipandang.
"Cik" panggil Iris lagi. Dia menyentuh tangan Afina.
"Hey. Jangan sentuh i" wajah Afina berubah kelat. Ee. Dah lah pakai baju kurung. Zaman bila? Ketinggalan lah perempuan ni. Tudung yang di pakai pula. Selekeh. Ikat macam orang tua.
"Saya tanya. Nampak suami saya?"
"You carilah suami you kat tempat lain. Ataupun you cari kat kampung you tu. You pasti ke husband you ada kat Kuala Lumpur ni?"
"Saya pasti"
"Kalau macam tu, you tanya lah orang lain. I tak kenal mana mana orang kampung kat KL ni. Maklumlah, i bukan asal dari sana" angkuh jawapan Afina. Huwala, gambar suami dia pun kau tak tengok lagi.
"Takpelah Cik. Saya boleh tanya orang lain" Iris meminta diri.
Afina masih menunjukkan riak geli. Macam mana perempuan kampung tu boleh sesat kat sini.
Dia menyusun langkah ke office Harris.
**
"Afina. You buat apa kat sini?" tanya Harris.
"Saja jumpa you" dia membelai Harris dengan manja.
"I busy sekarang. Nanti kerja i habis baru lah kita nak buat apa apa together"
"Tapi i rindu you sangat sangat. Tinggalkan lah kerja you tu. Demi i"
Harris mula naik marah. Dia bingkas bangun dari duduknya.
"You ingat kerja i ni kerja apa? Senang senang nak tinggal? You ni memang tak faham bahasa eh? I kata nanti, nanti lah. You keluar sekarang!" Arah Harris. Wajahnya bengang.
Afina sudah cuak. Tanpa berlengah, dia keluar dari bilik itu.
Itu adalah kali pertama Harris menaikkan suara kepadanya. Sebelum ni Harris mana pernah tengking tengking. Hatinya seakan akan koyak akibat dimarahi. Ah! Aku benci dia! Aku tak nak jumpa dia lagi!
Afina berlari. Dia menangis sepuas hatinya. PADAN MUKA KAU! 😂Harris hanya menunjukkan reaksi menyampah. Lantak kau lah. Malas aku nak layan. Dah lah tak kejut aku pagi tadi.
**
Iris masih cekal mencari Harris. Namun sama saja jawapan dari orang dia tanya. Tak kenal.
Namun, Iris masih gigih bertanya.
"Encik. Nampak suami saya?" tanya Iris kepada..
Hansyar.
Gambar yang diberi, dipandang lama.
Hansyar terkejut. Ni gambar Harris. Dan wanita ini, mesti Iris.
"Encik. Tolong saya. Kalau Encik kenal suami saya, tolong bagitahu saya. Saya penat nak cari dia" pinta Iris. Wajahnya jelas sekali kelihatan penat.
"Puan mesti dahaga kan? Mari saya belanja minum?" pelawa Hansyar.Iris seakan buntu. Ya dia memang terlalu haus. Tapi, dia nak cari Harris.
"Takpelah. Saya tak dahaga. Saya cuma nak tahu mana suami saya. Kalau Encik tak tahu, saya mintak diri dulu lah" tolak Iris. Dia tersenyum tawar.Hansyar memandang wanita yang bergelar isteri kepada adiknya itu, lama.
"Puan" panggil Hansyar lagi. Iris menoleh.
"Panggil saya Iris saja. Takperlu berpuan puan" Iris tersenyum.
"Kalau macam tu, panggil saya Hansyar saja. Tak perlu berEncik encik"
Iris hanya tersengih kecil.
"Saya nampak awak letih sangat. Apa kata awak berhenti cari dulu. Awak rehat. Saya belanja minum hilangkan haus kat tekak awak tu. Jangan risau, niat saya baik. Nak menolong" pelawa Hansyar lagi. Dia mahu mengenali wanita ini dengan lebih mendalam lagi. Dia juga akan membantu Iris untuk berjumpa dengan Harris.
YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
RomanceBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...