Dato Afdan duduk sambil memikirkan sesuatu. Dia memandang Harris yang sedang berjalan dihadapannya.
"Harris!" panggil Dato Afdan sedikit kasar.
"Ye, pa?" Harris lambat lambat jawab.
"Papa nak tanya something"
"Tanyalah"
"Harris masih berhubungan dengan perempuan tu?" soal Dato Afdan membuatkan dada Harris berdebar pantas.
"Pe--perempuan mana, pa?" jawab Harris, gagap.
"Perempuan kampung tu" selamba saja Dato Afdan menggelarkan Iris perempuan kampung.
Dada Harris berombak kerana marah dengan gelaran yang diberikan untuk isterinya.
"Stop call her perempuan kampung" Perlahan Harris melawan.
"Habistu? Perempuan miskin?" sinis wajah Dato Afdan.
Harris terdiam. Dia menunduk menahan panas dihati. Tangan digenggam. Hatinya ditahan supaya bersabar.
"Harris nak pergi dapur" Harris melajukan langkahnya meninggalkan Dato Afdan.
"Harris tak jawab soalan papa lagi" Dato Afdan mendesak.
"Harris pelik lah dengan papa ni. Kenapa papa nak sibuk dengan hal Harris?"
"Dengar sini. Harris tu anak papa. Apa apa pasal Harris. Papa wajib tahu!"
"Wajib? Selama ni. Papa ada ke buat benda wajib? Sekarang ni baru papa nak bercakap pasal wajib?"
"Memang selama ni aku tak cakap pasal wajib. Tapi kau tu tetap anak aku! Kau kena dengar cakap aku!"
"Sampai Harris tak boleh rasa nikmat bahagia ke? Papa! Masa Harris kecik dulu papa dan mama tak pernah ambil tahu tentang Harris! And now. Harris dah besar. Harris dah boleh buat keputusan Harris. Yang pastinya, keputusan Harris adalah yang terbaik untuk Harris. Dah terlambat untuk papa ubah segalanya"
Dato Afdan terdiam seketika. Nampak api kemarahan di mata Harris. Wajah Harris juga berubah menjadi bengis. Mungkin geram dengan sikapnya.
"Pergi dari sini!" Dato Afdan menghalau Harris. Dia mengipas ngipas tangannya menyuruh Harris pergi.
Harris menurut. Dia beredar dari situ.
"Harris" Hansyar menahan bahu Harris."Kau nak ape?" Tangan Hansyar ditepis laju.
"Aku tahu kau geram dengan papa. Tapi kau kena dengar cakap aku ni"
"Apa?"
"Aku dengar perbualan kau dengan papa. Bila aku hadam balik kata kata kau, kau hampir bocorkan rahsia kau tadi"
"Rahsia apa? Apa maksud kau?"
"Iris" perlahan Hansyar berkata.
Harris tergamam.
"Aku cakap apa? Mana kau tahu pasal Iris??"
"Kau hampir cakap keputusan kau adalah berkahwin dengan Iris. Tapi, nasib kau baik. Papa tak sedar pun apa kau cakap"
Harris mengurut dadanya.
"Mana kau kenal Iris?"
"Kau ikut aku pergi luar. Kita cakap kat luar. Kat sini bahaya" Hansyar menarik lengan Harris. Mereka duduk diatas pondok.
"Aku tahu kau dah kahwin dengan dia"
Harris menunduk.
"Dia pengubah aku. Aku sayangkan dia. Bila papa dan mama halang hubungan kami, aku rasa terbeban. Aku tak sanggup kehilangan dia" luah Harris.
"Aku nampak perubahan kau dan aku berterima kasih kat dia" Hansyar tersenyum.
"Aku risau. Aku takut papa akan buat sesuatu untuk kami berpisah"
"Kau kena simpan rahsia ni elok elok. Jangan sampai mama dan papa tahu. Jangan risau, aku akan simpan rahsia kau sebaik mungkin" Bahu Harris ditepuk perlahan.
"Terima kasih" ucap Harris.
"Aku kan abang kau"
YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
RomanceBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...