Sungai yang mengalir dipandang lama. Deruan bunyi air berkocak disungai itu seiring dengan perasaannya sekarang. Celaru, pilu. Tapi masih lagi mampu mengukirkan senyuman.
"Kat sini, tempat pertama abang nampak jodoh abang. Abang..." Airmata Harris mengalir perlahan.
Cincin dijari dipandang. Dicium cincin itu sekejap.
"Abang bersyukur dapat isteri macam Iris. Abang rindu Iris.." ucap Harris.
Iris berjalan kearah Harris lalu melabuhkan punggung disebelah lelaki itu.
"Abang.." panggil Iris lembut. Kepalanya dilentokkan dibahu Harris.
Flashback**
"Tolong selamatkan isteri saya, doktor. Iris, tahan sikit lagi Iris. Abang ada kat sisi Iris sekarang" cemas Harris mengiringi perjalanan Iris kedalam ICU.
"Tunggu diluar ye encik" pesan jururawat sambil mengusung Iris kedalam ruang kecemasan itu. Harris hanya akur.
Hansyar segera mendapatkan adiknya. Dipeluk Harris dengan erat. Dia juga turut rasa apa yang Harris rasa.
"Selama ni aku buat dia macam sampah. Sekarang aku yang menyesal buat dia macam tu" sayu sahaja suara Harris.
"Sabarlah Harris. Doakan anak kau dan Iris selamat"
Datin Fatihah dan Dato Afdan turut berada disitu. Mereka masih lagi terkedu melihat kejadian tadi.
"Harris" Panggil Dato Afdan. Tubuh Harris segera ditarik lalu dipeluk.
"Maafkan papa. Papa terlalu menekan Harris. Papa berdosa dengan Iris. Papa tak sangka perempuan yang papa benci. Perempuan yang papa jijik. Adalah orang yang selamatkan papa. Papa bersalah. Kalau Harris nak hukum papa. Hukumlah, nak. Papa memang penyebab semua kemalangan ni. Papa sedar" pertama kali airmata Dato Afdan menitis.
Datin Fatihah turut mengangguk lemah. "Mama serahkan semua keputusan dekat tangan Harris. Kalau Harris nak buang kami, buanglah. Baru kami sedar, Harris dan Iris memang jodoh kuat. Sebabtu kami tak mampu pisahkan kamu berdua"
"Buat masa ni, papa dan mama baliklah. Harris serabut. Harris taknak dengar cakap sesiapa. Harris hanya fikirkan Iris. Baliklah!" perintah Harris. Mukanya memang jelas kusut.
Datin Fatihah dan Dato Afdan akur. Mereka meminta diri untuk beredar.
Adhia hanya menjadi penonton. Tidak bercakap. Didalam hati, dia juga bersalah kerana tidak menjaga Iris.
"Selamatkan isteri aku Ya Allah" Pinta Harris.
Selepas beberapa jam. Doktor menuju kearah Harris.
"Encik" panggil doktor itu.
"Macam mana dengan isteri saya?"
"Bayi encik selamat dilahirkan. Lelaki" doktor itu tersenyum.
"Alhamdulillah. Isteri saya doktor?" Soal Harris lagi sekali.
"Isteri encik.. Maafkan kami. Kami sudah cuba sehabis baik untuk selamatkannya. Tapi.." Bergetar suara doktor itu menyampaikan berita.
Mata Harris membulat besar. "Doktor! Jangan main mainlah. Mana isteri saya? Saya nak jumpa dia!" Harris berlari kearah bilik dimana Iris berada.
Sampai sahaja disitu, Harris menekup mulutnya apabila melihat susuk tubuh sudah ditutup dengan kain putih. Kakinya menggeletar. Tangannya membuka kain itu.
Iris. Memang Iris.
"Kenapa?" Harris terduduk lemah. Dia masih tidak mampu menerima kenyataan.
"Kenapa cepat sangat Allah pinjamkan Iris untuk abang? Abang tak sempat lagi nak minta maaf dengan Iris. Kenapa Iris tinggalkan abang?" Teriak Harris. Dia menangis semahu mahunya.
"Harris.. Bawak bersabar " Belakang Harris ditepuk lembut oleh Hansyar.
"Aku sayang dia. Aku tak mintak pun nak lupa ingatan. Aku nak dia bersama aku. Kalau aku tak kemalangan. Mesti dia dah ada kat sebelah aku sekarang"
"Semua ini ketentuan Allah. Kita kena redha"
Adhia menghampiri Harris sambil mengendong seorang bayi lelaki. "Azankan anak kau"
Harris menyambut anaknya. Wajah bayi itu ditatap lama. Comel.
"Iris.." panggil Harris
"Terima kasih sebab bagi abang anugerah yang paling terindah ni. Abang minta maaf. Abang pernah cuba nak bunuh anak abang sendiri. Abang akan jaga dia seperti mana abang jaga nyawa abang" Dahi Iris yang pucat tiada darah itu dicium lama. Jiwa Iris ada pada bayi ni. Jasad Iris mungkin tidak akan abang lihat lagi lepasni. Tapi ingatan abang pada Iris akan kekal setiap hari abang hidup. Tenanglah Iris.
End flashback**
"Awak, ketahuilah bahawa saya sayangkan awak sejak dari awak cuba dapatkan saya. Saya hargai segala usaha awak. Saya mungkin takkan muncul lagi lepasni. Maklumlah, awak dah buang saya jauh dari hidup awak. Saya maafkan segala dosa awak. Saya tahu awak tak sengaja buat saya macam tu kan? Terima kasih sebab sanggup terima saya. Jagakan Hazziq Muqriz untuk saya. Tapi, kalau awak tak nak jaga dia, awak serahkan pada Adhia ye? Saya taknak anak kita rasa terpinggir. Banyak mana pun halangan, saya tetap cintakan awak. Harris untuk Iris dan Iris untuk Harris, selamanya"
Hazziq Muqriz. Cahaya mata agung untuk dua pasangan berlainan darjat tapi sama perasaan.
"Walaupun Iris dah jauh dari abang. Tapi abang tak lupakan semua kenangan kita sayang. Akan abang jaga Hazziq sepenuh kasih sayang abang. Iris, abang dah tak dapat tatap wajah Iris, rambut Iris, bibir Iris. Kenapa cepat sangat Iris tinggalkan abang? Tapi takpe. Abang redhakan pemergian Iris" Air mata diseka. Dia tersenyum nipis.
Iris tersenyum. Iris pun akan rindu abang. Bayangan Iris hilang. Hilang buat selamanya.
Tinggallah Harris seorang termenung diatas batuan sungai itu.
<TAMAT>
YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
RomanceBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...