Hansyar tersenyum sendiri. Wajah Adhia bermain di mata. Selama ni tak tahu pula Iris ada kawan. Baru nampak pula si Adhia tu.
Ada sesuatu yang membuatkan Hansyar tertarik dengan Adhia. Perangai yang comel macam budak budak. Mesti jenis nak menang orangnya. Aduh Adhia. Puan Adhia eh?
"Macam yang saya cakaplah, kalau saya memiliki awak. Baru awak dapat gelaran puan. Tapi, dapat ke saya memiliki awak?" jarinya bermain didagu memikirkan sesuatu.
"Alah. Perlahan lahan lah. Saya nak kenali awak dengan lebih dalam lagi"
Enak dia mengelamun, pintu biliknya diketuk.
"Masuklah. Pintu tak kunci pun"
Harris memulas tombol pintu lalu masuk kedalam bilik Hansyar.
"Ha ada apa?" soal Hansyar.
"Kau pergi mana tadi?"
"Jumpa Iris" jawab Hansyar.
"Oh. Dia sihat?"
"Alhamdulillah. Sihat je aku tengok. Tapi, dia dah sarat sangat dah"
"Aku nak jumpa dia. Boleh tak? Aku nak minta maaf sebab buat dia macam kucing kurap. Dan aku tolak dia sampai jatuh" Harris menunduk.
Hansyar bangun dari pembaringan. Dia duduk sambil memandang adiknya itu.
"Nanti nanti lah. Dia belum sedia lagi nak jumpa kau tu" belakang Harris ditepuk lembut.
"Aku bersalah, Syar. Salah aku sebab lupa dia. Aku tuduh dia menipu. Aku buat dia macam hamba aku. Besar salah aku kat dia. Memang patut pun kalau dia benci aku"
"Kau bagilah dia masa nak sejukkan hati dia tu oke? Dia tak benci kau. Dia cuma taknak ganggu kau je"
"Aku masuk tidur dulu lah"
Hansyar mengangguk sambil tersenyum nipis.
**
Tiga hari berlalu begitu pantas. Iris termenung lama. Dia sudah membayangkan kehidupannya dengan orang baru. Siapa? Anaknya lah.
Mesti seronok kan dapat cium anak hari hari? Mandikan anak. Sapu bedak kat dia. Pakaikan minyak angin kat perut dia. Pakaikan baju cantik cantik untuk dia. Best sangat.
Iris tersenyum sendiri. Dia tak sabar nak tatap wajah bayinya itu.
"Ibu nak anak ibu ni sihat selalu ye?" ujar Iris.
"Ui tak sudah sudah ke borak dengan baby tu? Dah lah mari makan. Aku dah siapkan nasi goreng ni" seloroh Adhia sambil membawa dua pinggan nasi goreng.
Iris bangun. Dia melenggang lenggok berjalan kearah Adhia. Dia duduk diatas kerusi.
"Sedapnya bau nasi goreng kau ni" puji Iris.
"Mestilah. Kau macam tak kenal lak Adhia. Tukang masak tercomel dan terhebat sekali tau" giliran Adhia pula memuji diri sendiri. Iris ketawa.
"Yelah Adhia. Aku tak sabar nak makan ni" Iris menadah tangan lalu membaca doa. Dia menyuapkan sesudu nasi kedalam mulutnya.
Adhia hanya memerhatikan Iris sambil tersenyum.
"Iris" panggil Adhia.
"Hm" Iris menghenjutkan bahunya.
"Kau tak nak jumpa Harris ke?"
"Nak buat apa?"
"Yelah. Sebelum kau bersalin ni. Kau taknak ke tengok dia?"
Iris hanya membatu.
"Ye memang sepatutnya dia yang kena cari kau. Tapi, kau sendiri tak bagi dia datang sini jumpa kau kan?"
"Adhia. Aku malas lah nak cakap tentang hal ni"
"Iris, kau tu masih isteri dia"
"Dia tak mengaku aku isteri dia"
"Tu masa dia betul betul lupa. Tapi sekarang dia dah ingat pasal kau sikit kan? Apa kata, kau buat dia ingat sepenuhnya?"
"Bukan senang..."
"Tak semua benda senang kat dunia ni, Iris. Kalau kau sayang dia, kau jumpa dia. Oke? Aku bukan nak bagi kau makin sakit. Tapi, aku nak kau sendiri yang buat dia ingat kau. InshaAllah dipermudahkan"
"Hm. Tengoklah" Iris mengangguk.
"Yelah. Sambung makan tu"
YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
RomanceBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...