"Kenapa awak tak bagitahu saya awal awal? Kenapa awak tak cakap kat saya dia adik awak? Awak sengaja ke buat saya merana macam ni?"
"Saya minta maaf" Hansyar menunduk. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.
"Dah tak de guna dah. Dia dah tak mengaku saya isteri dia. Kalau saya tahu dari awal pun, tak mungkin dia akan cinta saya macam dulu" Iris seakan akan berputus asa.
"Saya ada lagi satu hal nak bagitahu awak"
"Apa lagi yang awak rahsiakan dari saya?!"
"Harris.."
"Apa?" Iris terasa tidak sabar.
"Dia pernah kemalangan--masa dia nak balik kekampung.. Dia koma dan lupa ingatan. Saya--"
"Ha?" Iris terkejut.
"Kenapa awak tak cakap?" Dada Iris semakin sesak menahan kejutan.
"Saya terpaksa rahsiakan semua ni. Saya tak nak awak datang KL dan jumpa dia. Mama dan papa saya akan hina awak habis habisan nanti. Saya tak nak awak kecil hati. Saya dah janji dengan Harris"
"Saya tak peduli pun kalau saya dihina. Saya sedar saya memang miskin. Saya orang kampung. Saya tak kisah kalau mereka nak hina saya. Awak tak patut rahsiakan semua ni" mata Iris memerah.
"Itu janji saya. Saya nak lindungi awak"
Iris menangis. Bahunya terhenjut henjut kerana terlampau kecewa.
"Jangan risau. Saya akan tolong awak"
"Sia sia je. Hati dia dah beralih arah"
"Jangan putus asa macam ni. Awak sayang dia kan?"
"Isteri mana tak sayang suami?"
"Jangan mengalah ye? Saya akan usaha kan ia" Hansyar senyum.
Iris mengangguk lemah.
**
Harris menolak laju tubuh Iris. Ish dia ni. Aku ingatkan lama tak jumpa dia nak berambus dari hidup aku. Ada lagi rupanya.
"Kau boleh bla tak? Aku nak tenang" tengking Harris. Mukanya jelas marah dan meluat. Ee kolot.
"Saya tak pernah putus asa nak awak balik kepada saya. Awak lupa ke kita pernah lalui kenangan manis sama sama. Awak lupa ke macam mana awak dapatkan saya? Macam mana awak kejar saya?" panjang lebar Iris meluah.
"Aku kejar kau? Kau ni dah bangun tidur ke belum? Kuat mimpi betul kau kan?" Serious la dirinya terhegeh hegeh kat Iris. Sejak bila dia bodoh?
"Saya tak mimpi. Benda ni kenyataan. Awak pernah kata awak sayang saya sepenuh hati. Cintai saya setulus jiwa awak. Tapi saya tahu apa yang awak lalui. Saya cuma nak awak ingat balik"
"Jangan merepek. Nonsense. Kau pergi dari sini. Sakit lah mata aku tengok kau. Telinga aku pun berdesing dengar suara kau" Hina Harris. Iris menahan air matanya dari keluar. Dia harus nampak kuat.
"Saya tak kan pergi dari sini!" Iris makin mendekati. Mata Harris dipandang sayu. Mereka saling bertatapan.
Hati Harris seakan akan terdetik sesuatu. Panahan mata itu. Seperti pernah dia nampak.
"Saya nak awak ingat saya semula. Bagi ruang kepada saya untuk buat awak ingat" Rayu Iris. Matanya berair. Hatinya sudah tidak mampu menahan sedih.
"Kau.." Kata kata Harris seperti terhenti. Dia tak boleh teruskan ayatnya.
Lama mereka memandang sesama sendiri. Harris tak mampu mengalihkan matanya dari memandang Iris.
"Berhenti pandang aku!" arah Harris perlahan. Kepalanya mulai sakit.
"Saya takkan jauh dari awak. Saya nak awak balik. Awak pernah kata, Iris untuk Harris. Harris untuk Iris"
Hati Harris naik gugur. Dia lihat Iris sudah menangis.
Tangisan itu. Dia pernah nampak.
Harris berpaling kearah lain. Dia sudah tidak mahu memandang Iris. Sakit.
Iris mendekati. Mahu sahaja tubuh itu didakap. Tapi cepat cepat Harris menepis.
"Jangan berani sentuh aku. Aku geli!" Marah Harris. Tangannya naik mahu dihayunkan pada pipi Iris.
Iris tidak mengelak. Tamparlah. Dia redha apa yang akan jadi kepadanya.
"Jangan cepat naik tangan" Tangan Harris pantas ditahan dari menampar Iris. Hansyar mencerlung tajam.
Harris tergamam. "Kau jangan masuk campur. Biar aku ajar perempuan tak sedar diri ni!"
Iris membatu. Begitu sekali dirinya dihina.
"Kau dengar sini. Sepanjang dia kat sini, aku yang jaga dia. Sebab apa? Sebab dia isteri kepada adik aku. Adik aku kata dia sayang isteri dia"
Harris diam. Aku lah adik dia. Ah asal aku rasa semacam ni. Kenapa Hansyar kenal dia ni? Aku tak kenal pun. Jangan jangan.
"Tak payah reka cerita. Kau tengok la dia. Aku rasa dia mengandung.." teka Harris.
"...mesti dia bunting anak kau kan? Lepastu kau tuduh aku suami dia. Tak perlu bodoh bodohkan aku. Kalau korang taknak jaga baby tu, gugurkan sajelah. Tak payah susah susah nak reka cerita. Sia sia. Aku takkan percaya. " sambung Harris. Serta merta hati Harris panas mendidih.
Mata Iris membulat kerana terkejut. Perutnya diusap.
"Mulut kau jangan kurang ajar!" Ey mahu saje dia tumbuk muka Harris sekarang. Tapi dia tahu mesti Iris akan pertahankan Harris. Nanti jadi apa pula.
"Kalau awak tak mengaku, tak mengapalah. Saya faham" Iris menunduk. Dirinya sangat lemah tika ini. Hatinya bagai dicoret coret dengan pisau tajam.
"Sudahlah Hansyar. Saya dah penat. Bukan sekali saya dihina macam ni. Takpe. Bagilah dia masa untuk ingat kembali" Iris senyum pahit. Sebak terasa apabila Hansyar melihat raut wajah Iris.
Hansyar mengangguk. Dia akur lalu berjalan bersama Iris meninggalkan Harris.
"Tunggu" Jerit Harris. Hansyar dan Iris berhenti berjalan. Mereka berpaling memandang Harris.
Harris datang menghampiri mereka berdua.
"Kalau betul dia isteri aku..biar aku lafazkan talak kepada dia"
YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
Storie d'amoreBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...