"Ibu tak sabar nak tengok muka anak ibu ni. Mesti comel sangat. Macam muka ibu. Macam muka abah"
"Tapi ibu minta maaf. Ibu tak dapat nak kembalikan abah untuk kita. Abah dah tinggalkan kita dah. Tapi, macam ibu kata. Bila abah dah ingat balik, mesti dia akan cari kita punya. Jangan risau eh"
"Ibu nak pesan ni. Kalau lah ibu tak sempat nak ada bila abah kembali kat kita. Jagakan abah untuk ibu boleh? Sebab ibu sayang abah sangat sangat"
Adhia daripada tadi curi curi dengan perbualan Iris dengan anaknya. Dia perlahan lahan mendekati Iris.
"Iris? Kau cakap apa tadi? Pasal Harris kan?" soal Adhia.
Iris cepat cepat menyeka matanya yang sudah berkaca. Dia cuba mempamirkan senyuman manis kepada Adhia.
"Haah. Aku cerita lah kalau Harris balik dari outstation nanti" bohong Iris.
"Kau tipu Iris. Muka kau nampak sangat kau lindungkan sesuatu dari aku. Kau bagitahu aku. Harris lupa apa? Jujur dengan aku mana Harris pergi? Dia tinggalkan kau kan? Jujur Iris jujur!"
"Taklah Adhia. Harris tinggalkan kami sebab nak pergi outstation tu"
"Tipu. Sejak bila kau pandai tipu aku ni? Jujur dengan aku boleh tak? Macam ni ke kawan aku?" marah Adhia. Apa yang susah sangat nak mengaku?
Iris diam. Dia menunduk. Matanya terasa panas mahu mencurahkan air mata.
"Iris. Aku kan pernah janji kat kau yang aku akan sentiasa menjadi tempat luahan hati kau. Kau dah tak percaya aku ke?" Bahu Iris dipegang.
"Adhia.. Harris dah lupakan aku. Dia bukan Harris yang aku kenal. Dia bencikan aku" luah Iris sambil menangis.
"Ya Allah. Oke sekarang ni, kau cerita kat aku dari A sampai Z apa yang dah jadi"
Iris menceritakan semua kejadian yang menimpanya dari Harris pulang Ke KL atas sebab mamanya sakit hingga dia ditolak kuat oleh Harris sehingga dia mengalami pendarahan.
"Biar betul? Harris ni memang nak rasa penumbuk aku lah. Nasib baik tau dia tu amnesia. Kalau tak dah lama aku langgar guna kapal layar. Kurang ajar betul buat kawan aku macam ni" geram Adhia bila teringatkan perbuatan Harris.
"Dahlah. Aku dah redha dah pun. Malas dah nak kisah. Cuma buat masa sekarang, aku taknak tengok muka dia. Aku sakit. Bila teringat dia, aku terkenang kejadian dimana aku hampir gugur sebab perbuatan dia"
"Aku akan jaga kau masa aku ada kat sini. Jangan risau eh. Berani dia nak sakitkan kawan aku lagi. Kalau tak paku tekan melayang kat muka dia tu" tubuh Iris didakap erat. Sayang benar dia dengan sahabatnya yang seorang ini.
"Terima kasih Adhia sebab ada untuk aku" ucap Iris, terharu.
"Kau kawan aku"
Kedengaran bunyi deruman kereta. Iris dan Adhia segera menoleh.
"Siapa tu?" soal Adhia.
Iris diam. Tu macam kereta Hansyar saja tu.
Hansyar keluar dari keretanya. Iris tersenyum. Adhia pula sudah naik pelik.
"Assalamualaikum" sapa Hansyar.
"Waalaikumsalam" serentak Iris dah Adhia menjawab.
"Iris, dia ni sape. Hensemnya" bisik Adhia. Iris tergelak kecil.
"Adhia, ni Hansyar. Abang kepada Harris"
Hansyar tersenyum sambil mengangguk.
"Oh yang tu ke?"
"Iye, Puan Adhia. Puan kan?" usik Hansyar. Muka Adhia naik sebu. Puan? Amboi amboi amboi. Tua sangat ke aku ni sampai kau ingat aku dah kahwin. Im still young oke. Forever young. Dia menjeling.
"Saya cik. Bukan puan" jawab Adhia sedikit kasar.
"Lah yeke? Kalau awak dah jadi milik saya baru awak jadi puan kan?" Hansyar tersengih.
Wajah Adhia naik merah menahan malu.
"Merepek je ergh" Adhia lantas meninggalkan mereka berdua. Dia tak lepas menjelir lidah kepada Hansyar.
Hansyar terhibur dengan kelakuan Adhia. "Kelakar lah dia tu. Baru usik sikit dah jadi macam tu" Hansyar tergelak.
"Dia memang macam tu. Comel" balas Iris turut terhibur.
Hansyar tidak lepas memandang Adhia yang dari tadi mengintainya dari celahan tingkap.
"Oh ye. Ada apa awak datang sini?"
"Saya ada berita gembira. Harris, dah ingat sikit pasal awak. Tapi tak sepenuhnya. Awak nak jumpa dia?"
"Alhamdulillah. Nak, memang nak. Tapi saya rasa macam belum sedia nak jumpa dia. Awak faham faham je lah eh"
"Saya faham. Tapi kalau saya bawa dia kesini, mungkin dia boleh ingat lagi kenangan masa kat kampung ni kan?"
"Tolong jangan bawa dia jumpa saya ye? Kalau saya dah sedia, saya akan datang jumpa dia nanti"
"Hm baiklah. Saya minta diri dulu"
"Nak balik dah ke? Taknak masuk minum dulu?"
"Takpelah. Saya datang nak cakap itu je. Kirim salam saya kat Adhia eh" Hansyar meminta diri.
Adhia masih mengintai. Eh dah nak pergi dah mamat tu? Hm
YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
RomanceBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...