10'

12.1K 481 17
                                    

Mereka sampai disebuah rumah banglo 3 tingkat yang besar dan mewah. Iris memandang rumah itu dengan pandangan teruja. Dia tak pernah tengok rumah yang besar macam ni. Dia sedikit jakun. Mulutnya ternganga melihat kediaman banglo itu.

"Awak, saya takut" Iris menggenggam tangannya sekuat hati. Malu, takut, risau. Semua ada. Dia keluar setelah Harris membukakan pintu untuknya.

"Jangan takut. Jom masuk rumah" pelawa Harris. Dia tersenyum memandang Iris.

Pembantu rumah keluarga Harris membukakan pintu untuk mereka berdua. Tetapi Iris menyorok di belakang Harris kerana takut.

"Mama dan papa ada?" soal Harris kepada Mak Kiah. Manalah tahu papa dan mama pergi enjoy ke apa tak balik balik.

"Ada. Jap Mak Kiah panggilkan" Mak Kiah beredar dari situ.

"Jom masuk" Harris memegang lengan Iris. Berlapik oke.

Mereka berdua duduk di atas sofa empuk bersama. Sambil itu, Harris menenangkan Iris yang gusar.

"Saya--nak balik" Iris merengek manja.

"Janganlah. Kejap lagi mama dan papa saya sampai" Harris memujuk. Tahu sangat macam mana perasaan berdebar Iris tu.

"Harris" Panggil Datin Fatihah Azzahra. Harris bangun lalu mencium tangan milik mamanya.

"Dah balik? Siapa yang Harris bawa tu?" Soal Datin Fatihah. Iris tersenyum. Dia bangun ingin bersalaman dengan wanita itu.

Datin Fatihah hanya membenarkan. Tetapi, ketika Iris ingin mencium tangannya, dia menarik dengan pantas. Eww geli.

Senyuman Iris kelihatan hambar. Tetapi dia cuba mengembalikan senyuman manisnya tadi.

"Mama. Papa mana?" soal Harris mengubah topik. Dia tidak mahu memberitahu lagi siapa Iris.

Lagipun, dia nampak apa yang mama dia buat tadi.

"Ada kat atas. Kejap lagi dia turunlah?" Jawab Datin Fatihah. Dia sempat menjeling kearah Iris.

"Papa" Panggil Harris setelah ternampak kelibat papanya.

"Harris bila sampai?"

"Baru tadi, pa" Jawab Harris.

"Siapa perempuan tu?" Soal Dato Afdan pula.

"Er. Papa, mama" Harris memulakan kata.

"Ni Iris. Iris Izzliyana"

"Mama taknak tahu apa nama dia. Mama nak tahu, siapa dia sampai Harris bawa dia jumpa mama dan papa" Sinis Datin Fatihah berbicara.

"Ma, Harris nak kahwin...dengan Iris" Harris lantas melepaskan apa yang terbuku di mindanya.

Dato dan Datin terkejut mendengar pernyataan Harris.

Dato Afdan segera bangun dari duduknya. "Harris! Kamu jangan buat gila!" jerkah Dato Afdan.

"Gila apanya pa? Harris serius" Balas Harris.

"Papa tak setuju!"

"Mama pun! Dia perempuan yang Harris kutip dekat kampung tu kan? Cakap dengan mama!" giliran Datin Fatihah melepaskan kata kata.

Tidak semena mena Iris terasa dengan kata kata Datin itu. Dia tertunduk.

"Mama! Harris tak kutip dia. Jaga mulut mama!" bentak Harris. Matanya membulat memandang mamanya.

Iris segera mengusap dengan Harris menyuruhnya bertenang. Dia bangun. "Tak pelah Harris. Awak jangan naikkan suara dengan mama dan papa awak" lembut suara Iris.

"Saya tak benarkan awak dihina, Iris" Balas Harris.

"Eh perempuan! Kau buat apa dengan anak aku? Bomoh apa kau pakai sampai anak aku sanggup lawan cakap aku semata mata sebab kau!" jerit Datin Fatihah. Bahu Iris terhenjut kerana terkejut. Datin Fatihah bangun lalu menolak bahu Iris. Tapi sempat dihalang oleh Harris.
"You are too much, mama!" bidas Harris. Datin Fatihah tergamam.

"Harris! Apa masalah kau?" Mata Dato Afdan memerah menahan marah terhadap anak lelaki bongsunya itu. Wajah Harris ditampar laju. Bengang!

"You..." panggil Datin Fatihah. Dia menyuruh suaminya berhenti menampar Harris.

"Papa tak pernah tampar Harris.." Iris serta merta berasa serba salah. Harris ditampar kerana dia!

"Sudah Harris. Dari awal saya dah cakap kat awak. Saya tak layak untuk awak! Saya takkan diterima oleh keluarga awak. Cukuplah!" Iris melangkah mahu beredar dari situ. Tetapi Harris sempat menarik tangan Iris.

"Tolong jangan pergi Cik Iris" Pinta Harris.

"Jangan buat drama murahan kat sini! Berambus kau perempuan! Aku tahu niat kau. Kau datang nak cungkil harta anak aku je! Kau jangan tunjuk muka kau lagi! " tengking Dato Afdan, keras. Mukanya naik baran.

Air mata Iris mengalir laju. Tangan Harris direntap kasar. Dia berlari meninggalkan keluarga itu.

"Mulai hari ini! Harris bukan anak papa dan mama!" Harris menjerit marah. Dia sudah tidak peduli. Apa salah Iris sehingga dia dihina sampai begitu sekali. Harris menjeling mamanya yang terkejut melihat tindakan papa. Tetapi dia hanya diam. Dia pantas mengejar Iris.

Iris berlari sekuat hati. Dia menangis. Hatinya sakit bagai ditusuk tusuk oleh pisau tajam!

Apa dosa aku sampai aku kena kutuk, kena hina macam ni! Aku sedar aku siapa. Tapi niat aku bukan untuk merampas harta mereka. Aku bukan macam perempuan kat luar sana!

"Cik Irisss!!" panggil Harris dari dalam kereta. Dia memandu sedikit laju supaya Iris tidak jauh.

Iris meneruskan larian. Dia tidak mahu berjumpa dengan Harris lagi. Sungguh sakit hatinya.

Harris keluar dari kereta lalu berlari mengejar Iris. Dia semakin hampir dan hampir. Akhirnya dia berjaya mengaut lengan Iris. Iris berhenti berlari.

"Awak nak apa lagi!" marah Iris. Wajahnya merah kerana menangis.

"Saya mintak maaf bagi pihak keluarga saya"

"Betul apa yang keluarga awak cakap Harris. Saya memang nakkan harta awak. Saya tak ikhlas pun! Jadi, tinggalkan saya. Jangan tunggu saya lagi" Iris menyeka airmatanya.

Lelaki dihadapannya ini amat dia sayangi. Dia sendiri tidak tahu bila perasaan sayang itu datang. Tetapi, yang dia tahu. Dia juga takut kehilangan Harris. Namun apakan daya. Harris bukan diciptakan untuknya.

"Tak. Awak perempuan yang baik. Saya tahu. Sebab tu saya pilih awak. Tolong Cik Iris. Saya tak boleh kehilangan awak. Saya--cintakan awak dan saya sanggup buat apa saje demi awak" Air mata lelaki Harris juga turun tanpa disedari. Dia begitu sebak atas apa yang Iris rasa hari ini.

"Saya--tak cintakan--awak--langsung" bohong Iris. Dia nak Harris lupakan dia. Dia tahu, Harris takkan menjadi miliknya.

Harris terdiam. Dia menarik tangan Iris lalu membawa Iris masuk ke dalam perut kereta. Iris meronta ronta mahu dilepaskan.

Hansyar yang baru pulang dari kerjanya langsung ternampak kelibat Harris dan.. Seorang perempuan yang tidak pernah dia nampak. Girlfriend baru agaknya. Malas lah dia nak ambil tahu.

Tetapi, lain pula perempuan itu. Tak seksi macam perempuan yang Harris selalu berkepit. Siap berbaju kurumg tradisional pula. Apa ke gila ke namanya ni. Tukar taste ke apa.

Hansyar menjadi ingin tahu akan situasi itu. Dia memberhentikan keretanya lalu memerhatikan mereka berdua. Harris tidak menyedari Hansyar dengan melihatnya.

"Harris. Saya nak keluar!" jerit Iris.

"Kita balik kampung! Dan saya takkan balik kesini lagi!" Harris membuat keputusan muktamad. Iris terdiam.

Kereta itu meluncur laju pulang ke kampung Iris. Hansyar mengekori dari belakang tanpa pengetahuan Harris.






Menunggu Kamu ✔Where stories live. Discover now