"Aku terima nikahnya Iris Izzliyana binti Mohd Fahim dengan mas kahwinnya RM80 tunai" Lafaz Harris, lancar. Wakil disitu menyambut lafaz itu dengan kata sah. Harris melepaskan nafas lega. Sekali lafaz sahaja, dia sah bergelar suami kepada Iris. Dia memusingkan tubuhnya kearah Iris. Wajah Iris yang menenangkan itu, dipandang.
**
Hansyar datang kembali ke kampung tempat dia mengekori Harris. Sudah lama sangat Harris tak balik rumah. Setahu dia, kerja dikampung sudah selesai.
Bila Hansyar tanya papa dimana Harris, dia hanya diam dan membuat muka menyampah. Mamanya juga begitu. Mereka bertiga ni bergaduh ke apa? Hansyar galak mahu mencari punca pergaduhan mereka. Lalu dia datang ke kampung untuk bertemu Harris.
Berhenti sahaja di depan rumah gadis itu, kelihatan ramai orang sedang kehulu kehilir. Aneh. Ada apa pula ni?
Hansyar keluar dari keretanya lalu menahan seorang remaja lelaki yang berbaju melayu. Dia memberikan senyuman sebelum dia bertanya ada apa dirumah itu."Ada majlis nikah kat sini" jawab remaja itu.
"Oh siapa eh yang kahwin?" soal Hansyar lagi. Dia menjadi semakin mahu tahu gerangan siapa yang bernikah.
"Kak Iris dengan abang Harris" jawapan remaja itu langsung membuatkan Hansyar ternganga besar. Adik aku ke? Dia..dah kahwin? Hansyar menunduk lalu meminta diri.
"Biar betul!" Hansyar masih tidak percaya. Langsung tak percaya. Adiknya itu kaki perempuan. Kenapa pula dia akan berkahwin?
"Mama dan papa tak boleh tahu semua ni" Harris menggigit jarinya. Sebagai abang, dia mahu adiknya mendapat kehidupan yang baik. Baguslah Harris sudah terbuka hati nak berkahwin. Nampaknya, hati Harris sudah dimiliki mutlak oleh seorang perempuan. Iris. Wajah gadis itu dia masih ingat susuknya. Memang cantik. Tetapi gayanya cuma seperti gadis kampung yang tidak tahu peredaran masa kini.
Tetapi, gadis itu dapat melembutkan hati Harris. Sungguh hebat kuasa gadis itu. Dalam banyak banyak perempuan, dia yang dipilih Harris.
Tak mengapalah, kalau itu yang terbaik untuk Harris. Dia bersyukur. Harap haraplah Harris tak ulang balik perangau buaya dia tu.
Tapi, mama dan papa? Ah biarlah. Dia tahu Harris mesti rahsiakan hal ini. Kalau tak, dah lama mama dan papa datang sini dan serang majlis tu kan? Selagi rahsia ni aku simpan, inshaAllah ia selamat.
Harris memandu pantas kembali ke Kuala Lumpur.
**
Iris menangis. Hari ini dia telah menjadi isteri kepada Harris. Hatinya berdegup apabila Harris mendekati. Dia menyambut huluran tangan Harris. Cincin disarung. Tangan itu disalam dan dikucup dengan penuh kasih. Dahinya dibiarkan dicium oleh si suami.
"Alhamdulillah" ucap Harris, lega. Dia dapat rasa tangan Iris sejuk. Berdebar habis la tu.
Iris hanya menunduk. Malu ada. Gembira pun ada.
"Iris dan sah jadi isteri abang" Harris menukar panggilannya kepada Abang. Dagu Iris ditolak supaya mereka saling berpandangan.
Iris tersenyum. Dia juga sah menjadi isteri kepada Harris.
**
Esok paginya, Iris bangun dari tidur. Dia bangkit dari pembaringan. Tetapi perutnya dipeluk dari arah belakang. Harris membawa Iris kedalam dakapannya. Iris hanya membenarkan.
Harris mencium dahi Iris. Dia tidak mahu lepaskan Iris. Dia masih belum puas mahu bermanja manja dengan isterinya itu.
Eh Harris. Tak puas ke malam tadi? 🌚
"Awak. Saya nak pergi bilik air ni" ujar Iris, perlahan. Dada bidang Harris ditolak lembut.
"Nanti nanti lah sayang. Abang tak puas ni nak peluk Iris" balas Harris. Rambut Iris yang wangi itu dicium.
Iris akur. Tangannya juga meliar ke dada Harris. Harris mengeratkan lagi pelukannya.
Setelah beberapa minit, baru Harris melepaskan pelukannya.
Iris keluar dari bilik lalu melangkah ke bilik air. Harris mengikuti dari belakang.
"Eh kenapa ikut ni?" soal Iris.
"Nak mandi sekali" jawab Harris, selamba.
"Eeee awak ni. Mana boleh!"
"Kan dah halal. Takkan tak boleh kot?" Harris membuat gaya mahu menanggalkan baju.
"Tapi saya tak nak. Saya nak mandi dulu. Lepas saya mandi, awak mandilah pulak" Iris cepat cepat masuk kedalam bilik air itu. Harris ni! Saje je nak buat aku malu!
Harris tersenyum. Tahu takut.
YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
RomanceBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...