"You, i nak handbag ni! Cantik sangat. Please belikan untuk i" pinta Azy. Dia merayu rayu.
"I tengok biasa je. Tak cantik pun" selamba Harris menjawab.
"Ish cantik lah. Please please. I nak satu je"
"Ambil lah"
Azy sudah bersorak gembira. Harris pula tersenyum. Padahal hati dah meluap luap rasa menyampah. Belum apa apa dah mintak mintak. Takpe duit aku banyak. Tak habis pun kalau beli handbag untuk kau.
Iris berjalan disekitar situ. Tiba tiba dia ternampak Harris dan seorang perempuan berjalan berkepit kepit. Rasa cemburu mula datang. Iris tanpa berlengah mendekati pasangan itu.
"Awak. Sampai hati awak. Kenapa awak buat saya macam ni?" sergah Iris. Harris dan Azy terkejut.
"Ew. Sayang.. Kenapa dengan dia ni?" Azy menunjukkan riak geli teramat.
"Entahlah. Gila kot"
"Harris. Tolong jangan buat saya macam ni. Saya tak boleh tahan perasaan rindu saya kat awak. Jangan seksa saya" Iris merintih meminta belas dari Harris.
"Kau jangan merepek lah perempuan selekeh. Kau pergi dari sini. Busuk!" Harris menghina.
"Kenapa awak cakap macam ni kat saya? Harris. Saya ada berita nak bagitahu.. Saya--kita--akan--jadi.."
"Diamlah. Kau ni kolot betul. Berambus sana! Semak je aku tengok kau!" gertak Harris. Azy pula menolak nolak tubuh Iris agar jauh dari mereka.
"Ee pergilah perempuan. Jangan nak dekat dekat" Gedik sahaja suara Azy.
"Eh diam kau! Ni hal aku dengan lelaki ini!" marah Iris. Hatinya sudah tidak dapat menahan sabar. Iris lantas menarik lengan Harris sekuat hati.
"Lepaskan aku lah perempuan. Kau nak apa?!"
"Apa yang dah jadi kat awak? Kenapa awak boleh lupakan saya? Saya ada salah ke? Kalau ada bagitahu saya!"
"Kau dengar sini! Aku tak pernah kenal kau. Kalau aku kenal pun, aku tak bodoh nak jadikan kau isteri aku" sindir Harris. Dia tidak peduli perasaan Iris.
"Awak tak ingat ke? Macam mana saya nak buat awak ingat?"
"Sorry eh. Kau tengok rupa kau. Kau tengok diri kau tu. Ni, ni baju kau ni. Tudung kau ni. Kau ni datang dari zaman bila? Kau ingat aku berkenan ke? Mimpi lah kau nak aku mengaku kau isteri aku. Cara pakaian kau pun dah buat aku geli" Kata kata Harris membuatkan Iris terpempan. YaAllah. Besarnya dugaan mu ini.
Mata Iris membuntang luas. Mahu sahaja pipi lelaki ini ditampar sekuat hati. Tapi hatinya masih boleh bersabar.
"Dah. Baby, jom pergi dari sini. Panas pulak tengok perempuan ni" Harris merangkul pinggang Azy lalu beredar meninggalkan Iris disitu.
Iris berjalan lambat lambat pulang ke hotel. Didalam hati tak pernah putus doanya agar Harris sedar apa yang dia telah lakukan.
YaAllah, kau bukakanlah pintu hatinya..
YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
RomantikBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...