05'

12.7K 557 14
                                    

"Cik Iris, saya betul betul sukakan awak" ujar Harris. Dia memandang Iris dengan pandangan ikhlas.

"Jangan merepek lah Harris. Awak tu baru kenal saya. Lagipun, saya tak suka awak" Balas Iris lalu mengatur langkah mahu meninggalkan Harris.

Dengan pantas, dia menggapai lengan Iris. Iris tersentak.

"Saya tak pernah rasa perasaan yang macam ni. Saya betul betul jujur nakkan awak" Harris berkata sayu. Meminta Iris mempercayainya.

Iris hanya memandang sekilas.

"Saya tak suka awak" Dia melepaskan pegangan Harris dilengannya.

"Cik Iris, tolong lah. Saya tak tipu. Sumpah saya sukakan awak" dia terhegeh hegeh mendapatkan Iris yang sudah berjalan mahu beredar.

"Saya ada kata awak tipu ke? Awak ni gelojoh! Belum apa apa dah luahkan perasaan macam ni. Kalau awak betul nakkan saya, awak berusaha dapatkan saya. Bukan terhegeh hegeh macam ni!" Iris menjeling lalu pergi meninggalkan Harris yang sudah terdiam itu.

Iris ni semenjak kaki dah sembuh. Dah tak luka. Makin laju dia berjalan tinggalkan Harris. Yalah, dia tak selesa dengan luahan Harris yang secara tiba tiba itu. Dah lah baru seminggu dua mereka kenal. Lepastu kata sukalah. Ikhlas lah. Aneh aneh je.
Iris mendaki tangga lalu membuka kunci pintu rumahnya. Kakinya menjejak masuk kedalam rumah. Ah lega. Lelaki tu dah tak bersamanya sekarang. Tapi, mesti dia akan muncul lagi nanti.

"Ui Iris" tegur Adhia dari luar rumah.

"Eh Adhia. Masuklah. Aku baru balik ni ha" Iris tersenyum. Adhia masuk lalu duduk disebelah Iris.

"Aku ada sesuatu untuk kau" Adhia menghulurkan patung unicorn kecil kepada Iris. Iris tersenyum menyambutnya.

"Comelnyaa" puji Iris.

"Tu sebagai kenangan kalau aku pergi sana nanti" Kata Adhia sambil ikhlas tersenyum.

"Wah. Aku tak de benda pun nak bagi kau, Adhia. Takpelah nanti aku bagi kau something" Tukas Iris.

"Jangan bagi somepah sudahlah. Busuk" Seloroh Adhia. Mereka berdua ketawa.

Mereka berdua ni kalau jumpa je mesti gelak terbahak bahak. Kalau dah berpisah nanti tahulah ape jadi kat dua orang tu.

**

Harris mencapai telefon pintarnya lalu menelefon abangnya.

"Syar. Kau kat mana?" soal Harris, kasar.

"Kat officelah. Belambak kerja aku tengah buat. Macam mana kat sana?"

"Aku oke kat sini. Kerja pun oke. Kau bila nak datang sini? Ingat aku ni hamba abdi kau ke? Kau sedap ber aircond kat office, aku lit lit (panas) kat sini. Ngek" ujar Harris, sinis.

"Kau baik sikit eh. Kau ingat aku takde kerja ke? Kau baru kerja sikit nak merungut. Selama ni kau mengangkang je kat rumah kan? Lepastu bawa perempuan sana sini" bebel Hansyar, lebih sinis. Padan muka kau Harris.

"Sekarang ni kau yang tak jaga mulut! Aku taknak buat dah kerja tu" lawan Harris. Bengang pulak hati kita ni.

"Taknak buat? Pelik bin Ajaib. Kau dah dapat hidayah ke? Bunian mana sampuk kau ni?" Amboi Hansyar, gurau kasar nampak.

"Diamlah kau" Harris meletakkan panggilan. Siot punya abang. Saje bagi aku panas. Salah ke aku nak berubah? Salah ke?

Demi Cik Iris .

"Saya betul betul mahukan awak Cik Iris. Mata awak, hidung awak, bibir awak, rambut awak. Semua pasal awak saya mahu. Saya akan dapatkan awak. Saya janji. Demi awak, saya akan berubah!" Harris mengangkat ikrar. Kalini memang dia sudah betul betul fall in love. Dengan siapa? Gadis kampung yang cantik bak bunga tu lah. Cik Iris.

Harris tersenyum mengenangkan Iris. Hailah Cik Iris. Susah betul nak dapatkan awak. Perempuan kat KL tu berebut nakkan saya. Tapi awak pandang saya sebelah mata pum taknak. Luar biasa.

Menunggu Kamu ✔Where stories live. Discover now