Adhi berlari kearah Iris yang sedang menyiram pokok dihalaman. Di baru sahaja pulang kesini.
"Opocot!" latah Iris.
"Babe. Kau dah mengandung? Berapa bulan? Sarat sangat dah kau ni" soal Adhia. Pipi Iris dicubit manja.
"8 bulan dah. Aku menunggu masa nak beranak je ni HAHAHA" Iris cuba melawak. Nak sorok wajah kusut.
"Babe. Harris mana? Takkan kau kot yang siram pokok?" Adhia mula menuju kedalam rumah Iris. Nak panggil Harris.
"Adhia. Er Harris takde. Dia outstation. Lagi seminggu baru balik" Bohong Iris."Oh yeke? Haih Iris. Aku rindu kat kawan aku yang sorang ni! Jom lah kita borak borak" ajak Adhia.
"Dah berapa lama Harris pergi oustation ni? Kau makan minum oke?" Soal Adhia.
"Aku makan minum oke je" jawab Iris. Soalan mula mula tadi tidak dijawab. Taknak lah bohong banyak sangat.
"Oh. Seronoklah tak lama lagi nak timang baby" Adhia tersenyum melihat perut Iris yang membuyung itu.
"Mestilah seronok. Cuma, aku nak mintak tolong kau. Kalau aku takboleh ada kat sisi anak aku nanti, kau tolong jaga boleh?" pinta Iris.
Wajah Adhia berubah. "Kau kenapa cakap macam tu Iris? Tak baik tau. Anak kau ni mesti nak kasih sayang ibu dia"
"Aku cuma ingat mengingat je. Mana lah tahu kan? Kau kat sana baik baik ke?"
"Haih. Aku baik je kat sana. Aku cuti ni seminggu. Nanti pergi sana lagi" jawab Adhia.
"Oh"
"Kau oke tak Iris? Muka macam kusut je ni?"
"Aku oke lah. Biasalah ni"
"Kau tak jawab lagi soalan aku. Harris dah berapa hari pergi outstation?"
"Er dah dua hari"
"Dua hari?"
"Haah"
"Baiklah kalau macam tu. Aku balik jap eh. Nanti aku datang sini balik. Aku nak temankan kau. Nanti apa apa senang" Adhia meminta diri. Dia beredar dari situ.
Iris menghantar pandangan kearah Adhia. Dia tersenyum sendiri.
**
Harris meracau racau didalam tidur. Dia menjadi tak keruan. Mimpi apa yang dia alami tu?
"Aku terima nikahnya Iris Izzliyana binti Mohd Fahim dengan mas kahwinnya RM80 tunai"
Wajah Iris mula muncul didalam mimpi itu menunjukkan riak menangis kerana terharu disaat Harris melafaz akad.
"Iris jom naik atas. Abang ada sesuatu nak bagi sayang" Harris mendapatkan tangan Iris. Dia menarik Iris naik ke tingkat atas.
Iris hanya mengikut. Agak agak apa yang akan dihadiahkan Harris kepadanya? Tak sabar nak tahu.
Mata Iris ditutup dengan sehelai kain. Harris membuka almari lalu mengeluarkan sehelai baju kurung berwarna merah.
"Sayang dah boleh buka ikatan kain tu" Arah Harris.
"Huarghhhhh!" jerit Harris lalu tersedar dari tidurnya. Belum sempat mimpi itu sampai penghujung, dia terus bangun. Dia meraba raba sekeliling.
"Ya Allah" Harris langsung berlari mendapatkan Hansyar.
"Hansyar. Hansyar. Iris.." Harris terjerit jerit kerana takut.
"Tenang. Kenapa dengan dia?"
"Dia datang lagi dalam mimpi aku. Dan aku dapat dengar aku lafazkan akad nikah. Nama dia..Iris Izzliyana"
"Lepastu?"
Dada Harris turun naik. Dia sedang cuba mencuri nafas ketika bercakap.
"Dia--isteri--aku" ujar Harris.
"Bukan!" jerit Dato Afdan. Matanya tajam memandang Hansyar dan Harris.
"Papa?" kata mereka berdua serentak.
"Jangan mengarut Harris! Kamu tak pernah berkahwin. Hansyar, jangan cakap bukan bukan!"
Datin Fatihah disebelah hanya memerhati sambil menyilangkan tangan.
Harris segera menoleh kearah Hansyar. "Mana satu ni Hansyar?" bisiknya.
Hansyar menggeleng.
"Harris! Kamu nak kena halau dari rumah ni ke? Kalau taknak, pergi naik bilik!" Arah Dato Afdan.
Harris akur. Dia segera naik kebilik.
"Apa ni pa? Papa nak bohong apa ni? Papa sedar tak apa papa buat?" Soal Hansyar naik marah.
"Diam! Korang berdua ni. Memang saja nak menjatuhkan nama baik keluarga kita!" Lawan Dato Afdan.
"Jatuhkan nama baik? Papa cakap kami jatuhkan nama baik keluarga sebab bawak masuk perempuan kampung? Habistu? Papa dan mama yang tiap tiap malam mabuk tu tak jatuhkan maruah pula?" bidas Hansyar lebih pedas.
Dato Afdan dan Datin Fatihah terdiam seribu bahasa.
"Jangan ingat...harta dan kemewahan boleh bawa mati. Kukuhkan iman tu. Jangan disebabkan rasa takbur, bongkak. Papa dan mama lupa diri. Sanggup jadikan anak sebagai hamba abdi. Apa saja kehendak papa dan mama kami kena turutkan sehingga sanggup korbankan kebahagiaan anak anak"
"Berhenti bercakap!" arah Dato Afdan.
"Kami pun ada hak bersuara. Kalau sebelum papa mama bagi kami bersuka ria. Enjoy sana sini. Kenapa mama dan papa tak bagi kami pilih jodoh sendiri?"
"Hansyar! Papa kata diam!"
"Papa dan mama memang lupa daratan! Tunggulah masa tuhan tarik balik kemudahan yang ada ni. Dulu pun keluarga kita hampir jatuh kan? Tapi sebab Allah masih beri kita kesenangan. Syarikat papa naik balik. Tapi papa masih lagi tak tahu apa yang Allah nak sampaikan. Papa masih lalai dengan kesenangan dunia. Papa bongkak. Papa dan mama memang manusia paling.."
PANG! Satu tamparan melayang kearah muka Hansyar. Pedih. Sakit. Itu sahaja ayat yang dapat dihambarkan. Hansyar mengusap pipinya yang sakit itu.
"Kau ingat dengan mulut kau yang kurang ajar ni, dapat melembutkan hati aku ke? Kau buat lah apa pun. Kau jangan sibuk hal aku! Kurang ajar. Kalau dari dulu aku tahu kau macam ni. Memang kecik kecik dulu aku dah pijak kau sampai mati!" Dato Afdan naik bengang. Hatinya sekarang seperti dirasuk setan. Susah nak terima nasihat.
"Hansyar.." panggil Datin Fatihah lembut. Dia mahu melihat luka diwajah Hansyar.
Hansyar hanya diam. Tangan Datin Fatihah ditepis lembut. Tak payah lah nak tengok tengok lebam kat pipi ni. Hati ni lagi sakit!
YOU ARE READING
Menunggu Kamu ✔
RomanceBook Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu...