01

2.9K 166 12
                                    

Malam ini langit sangat gelap. Kawasan yang mereka lalu juga sangat sunyi. Jauh ke dalam hutan.

Di dalam kereta yang dipandu sederhana laju itu ada 2 orang gadis yang sangat cantik dan comel.

"Jauh lagi ke tempat kawan kau ni Eun?"

Haera bertanya pada kawannya yang sedang memandu itu sambil tangannya memegang erat seat belt kerana takut dengan cara pemanduan kawannya itu.

Shi Eun menoleh memandang Haera disebelah yang ketakutan.

"Relaxlah. Dah nak sampai dah. Chill okayy?"

"Chill kepala hotak kau berjambul. Dah la bawak kereta macam nak tempah maut je. Haa elok la kawan kau punya rumah ni jauh dalam hutan. Kot kot ada kubur boleh singgah jap aku tanam kau kat situ"

Haera menjeling selepas berkata begitu pada Shi Eun. Puas! Bawak kereta macam dah bosan hidup je.

"Okayy dah sampai~"

Mata Haera tak lepas lepas melihat kawasan rumah itu.

Gelapnya..

Shi Eun mematikan enjin kereta dan memandang Haera.

"Haera-yah! Kau tunggu dalam kereta eh. Kawan aku tu nak jumpa aku sorang je. Nanti dah settle aku keluar eh"

Haera hanya mendiamkan diri memandang Shi Eun yang telah keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah yang boleh dikatakan agak usang.

1 jam 30 minit kemudian...

"Apalah lama sangat kau ni Eun.. Bosan dah aku kat sini ni. Dah la gelap. Takut pulak aku."

Haera mengomel sendirian dan sesekali menoleh ke pintu rumah kawan Shi Eun itu.

Tiba tiba pintu rumah di buka dari dalam dan kedengaran suara perempuan menangis dan menjerit.

"Lepaskan aku lah! Lepaskan aku!! Sakit lah!!"

Haera pantas keluar dari kereta Shi Eun dan mendapatkan kawannya yang tengah diseret keluar dari rumah oleh dua orang pemuda berbadan tegap.

Dia masih lagi tidak menghampiri Shi Eun. Dia masih menunggu di tepi kereta sehingga pemuda itu hilang dari pandangan matanya kemudian baru dia mendapatkan Shi Eun.

"Shi Eun-yah! Kenapa ni? Kau kenapa weh??!" Suara Haeya kedengaran sedikit perlahan takut lelaki lelaki tadi keluar balik.

Haera memandang badan Shi Eun yang lebam lebam dan juga terdapat beberapa kesan kemerah merahan di badan dan lehernya. Nak pula malam tu Shi Eun mengenakan mini dress yang agak seksi. Jadi boleh menampakkan bentuk tubuh badannya yang kecil dan langsing.

"Weh! Aku tanya ni!! Kau kenapa?!" Haera mula panik bila melihat keadaan badan Shi Eun itu.

"Haera-yah! To..tolong aku weh.. A..ak..ku kena ro..ro..gol" usai sahaja memberitahu Shi Eun menangis pada bahu Haera.

Haera terduduk dilantai. Ini apa yang dia takutkan jika keluar rumah pada waktu malam.

Lelaki dan malam sangat bahaya. Mereka boleh jadi lain bila tiba waktu malam. Siang mereka menjadi manusia yang biasa. Apabila tiba malam mereka bertukar bagai serigala.

Haera masih lagi terkaku. Lalu dia tersedar apabila mereka masih lagi dihadapan rumah pemuda pemuda tadi.

Pantas Haera menarik tangan Shi Eun agar bangun dan mereka menuju ke kereta Shi Eun. Shi Eun tidak boleh memandu jadi Haera yang akan memandu.

Kereta bergerak laju meninggalkan kawasan di situ.

*****

Beberapa minggu telah berlalu selepas kejadian malam itu.

Selepas kejadian itu ibu Haera tidak lagi benarkan Haera keluar malam. Kalau dia mahu keluar juga malam dia harus kahwin.

Dengar sahaja perkataan kahwin Haera jadi takut. Dia terlalu fobia dengan lelaki.

Sejak kecil hanya dia dan ibu sahaja. Dia membesar hanya dengan ibu. Tiada ayah. Ayahnya sudah pergi ketika dia di baru lahir. Mati ditikam ketika cuba menyelamatkan seorang perempuan yang sarat mengandung ketika perempuan itu diragut.

Haera merenung ke luar jendela. Dia teringat malam kejadian. Buat pertama kalinya kawannya sendiri di rogol dan dia tidak tahu langsung ketika itu walaupun dia berada dekat dengan kawannya.

Haera mengeluh.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now